Khamis, 5 April 2018

Sup Petola Dengan Telur Yang Sangat Sedap


Sup Petola Dengan Telur Yang Sangat Sedap

Sup Petola dengan Telur hari ini saya sediakan untuk hidangan makan tengahari. Dihidangkan sekali dengan daging goreng garam kunyit dan telur dadar. Bila badan rasa tak sihat, selera makan akan menurun. Keinginan untuk makan lauk lauk yang bersup atau masak air sahaja. Tak lalu dengan makanan berempah atau bersantan.

Saya sebetulnya terlupa untuk mengambil sedikit daging untuk dijadikan perencah sup. Setelah dilumur garam kunyit, baru teringat untuk mengambilnya. Itulah sebab kuah sup saya hari ini berwarna sedikit kekuningan. 

Sup Petola Dengan Telur Yang Sangat Sedap

Saya hari ini memasukkan telur selepas menumis kerana saya mahukan telur yang keras. Boleh juga, dipecahkan telur ketika kuah sup mendidih. Tapi adakala kuah sup akan berbau sedikit hanyir telur. Saya tidak mahu kuah berwarna putih dengan telur dan berbau, itu yang saya biarkan telur mengeras sebelum dimasukkan air. 

Apa apa pun, ikutlah gerak hati masing masing. Memasak ni adalah satu seni yang perlukan kreativiti. Perlu kreatif menggunakan apa apa bahan yang ada. Juga boleh pelbagaikan cara antara hari ini dan esok. Bukanlah hanya satu cara sahaja. Jadi rasanya juga akan pelbagai. 

Jom layan resepi yang saya gunakan hari ini. 

Sup Petola Dengan Telur Yang Sangat Sedap

Sup Petola Dengan Telur
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
2 batang petola - siang dan hiris sederhana tebal
1 mangkuk kecil daging - hiris kecil
2 biji telur
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Suhun
Garam
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih yang telah dihiris sehingga wangi. Masukkan daging dan kacau rata sehingga daging berubah warna.

Masukkan telur dan biarkan telur sedikit mengeras, baru dikacau supaya jadi ketulan kecil. 

Sup Petola Dengan Telur Yang Sangat Sedap

Sup Petola Dengan Telur Yang Sangat Sedap

Masukkan air secukupnya. Masak sehingga mendidih. 

Masukkan petola dan suhun sehingga hampir lembut. Masukkan garam dan serbuk lada hitam. 

Sup Petola Dengan Telur Yang Sangat Sedap

Sup Petola Dengan Telur Yang Sangat Sedap

Boleh lah tutup api. Jika suka, boleh tabur cili merah hiris sebagai menambah warna, daun bawang dan bawang goreng. 

Nota:
Jika suka, boleh letakkan fish ball juga. 

Boleh juga dimasukkan telur setelah kuah mendidih. Telur akan menjadi sebiji biji besar. 


3 ulasan:

  1. Salam Azie...dah keluar hospital ya. Syukur.

    BalasPadam
  2. sedapnya. lama tak masak sup petola

    BalasPadam

Add your comment
EmoticonEmoticon