10 Jan 2018

Perjalanan ke Edinburgh


Hari ketiga 29 Disember di London dan 30 Disember di Malaysia. Tidak seperti hari hari sebelumnya, saya tidur kepenatan dan hanya terjaga pukul 5.30 pagi. Selepas solat Subuh, mula packing barang untuk check out dari hotel. 

Kami bersarapan di rumah Juita dengan nasi goreng dan ayam goreng. Juita dan Nelly juga menyediakan sandwich telur sebagai bekalan dalam perjalanan. Kami bertolak dari rumah Juita pukul 9.00 pagi. 


Selepas itu, kami bergerak ke University of Manchester. Kali ini Alain yang drive. Tapi sayang tak dapat turun kerana hujan ais dan kereta tidak dapat masuk ke kawasan kampus. 

Subhanallaah pengalaman pertama melihat hujan ais yang sangat menakjubkan. Sewaktu kami singgah mengisi minyak, keliihatan bahagian depan kereta penuh dengan ais yang telah membeku. Hujan yang jatuh di atas jalan di tempat kami mengisi petrol juga kelihatan mula membeku. 



Dari situ, waktu menunjukkan pukul 9.30 kami mula bergerak ke Lake District. Kalau ikut plan asal, kami ingin bermalam di Lake District tapi kerana kesuntukan masa, kami hanya singgah sahaja.


Kami singgah di Lancaster untuk mengisi angin tayar. Sempat masuk shopping sedikit bekalan makanan dan kudapan. Pukul 10.30 pagi bertolak ke Lake District. Nantikan entri di Lake District yang sangat sangat mengujakan dalam hidup saya. Nak tahu kenapa, kenalah tungguuu...

Selepas Lake Distirct, kami telah meneruskan perjalanan ke Edinburgh yang sangat cantik dengan salji yang memutih di kiri kanan. Kami berhenti untuk mengambil gambar di tepi jalan. 

Kebebetulan ada juga sebuah kereta berhenti. Rupanya orang Malaysia juga. Apalagi kami pun bergambar sebagai kenangan selepas meminta anak perempuan mereka mengambil gambar kami sekeluarga. Alhamdulillah, mereka juga ada follow blog Azie Kitchen. Saya lupa namanya, kalau ada terbaca di sini, harap dapat berhubung ya. 




EmoticonEmoticon