Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Majlis Pertunangan Hafez dan Mira Yang Meriah


Hari yang ditunggu tunggu telah tiba di mana majlis pertunangan Hafez dan Mira telah diadakan dengan meriah di Casa Iman, kediaman Dato Salehuddin dan Datin Nursinah. Boleh lihat di SINI catatan persiapan pertunangan keduanya. 

Kami menyediakan 5 bekas hantaran yang terdiri dari cincin, tepak sireh, sepasang kain lace, sejadah dan naskah Al Quran serta skarf DUCK. 


Pihak Mira membalas dengan 7 bekas hantaran yang terdiri dari kek, cookies, buah buahan, sejadah, kain dan sampin songket, tepak sireh dan naskhah Al Quran.


Pelamin yang disediakan simple tapi menarik dan cukup elegan. Kalau lah mereka memakai pakaian berwarna putih, pasti kelihatan seperti pasangan pengantin yang sama cantik dan sama padan di atas pelamin. 

Ketibaan kami disambut dengan sessi berbalas pantun antara Datin Nik Junainah mewakili keluarga Dato Salehuddin dan Dr Abdol Aziz Sahat bagi pihak kami. Sebelum memulakan perbincangan, juga wakil kedua pihak memulakan dengan berbalas balas pantun bagi menyampaikan hajat kami dan penerimaan dari pihak tuan rumah. 


Selepas selesai perbincangan, barulah Mira dipimpin oleh Bondanya Datin Nursinah untuk duduk di pelamin yang disediakan bagi upacara menyarungkan cincin pertunangan. Aduhai terasalah pulak nervous ketika itu seolah kita pulak yang hendak disarungkan cincin. 

Selepas sessi bergambar untuk keluarga kedua dua pihak, kami beredar untuk menikmati makan malam yang disediakan di khemah yang sangat meriah dengan cahaya lampu. Hidangan yang disediakan juga sangat sedap. Masih teringat keenakan kari ikan yang disediakan. Tapi seperti biasa, saya tidak berselera untuk makan dek kegembiraan agaknya.





Sebagai ibubapa, kami sangat gembira dan mendoakan agar mereka akan hidup berbahagia selamanya sehingga ke jannah. Kami akan sentiasa menyokong dan memberikan bimbingan kepada kedua mereka pada bila bila masa yang diperlukan.

Majlis pertunangan Hafez dan Mira juga diraikan oleh ramai rakan rakan alumni ETHICA Kolej Ketiga Universiti Malaya yang menambahkan kemeriah majlis. Terima kasih atas sokongan selama ini.



Terima kasih kepada keluarga bakal besan kami atas layanan istimewa serta juga kepada keluarga saya dari Kelantan dan keluarga sebelah suami dari Perak yang turut hadir untuk meraikan majlis pertunangan Hafez dan Mira. 


8 ulasan for "Majlis Pertunangan Hafez dan Mira Yang Meriah"

  1. bestnya.. family arrange ke ni.. pn azie nmpk cantik sgt..

    BalasPadam
  2. Tahniah Kak Azie....tumpang gembira dengan kedatangan seorang lagi bakal menantu.Saya doakan jodoh mereka kekal hingga ke Jannah. Rasanya macam baru aje Hafez habis sekolah kan.Saya sentiasa mengikuti perkembangan keluarga kak Azie dan terasa seolah2 Hafez adalah salah seorang anak bujang saya.Tahniah lagi sekali, kak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Puan. Betul masa sgt cepat dan pantas. Terasa mereka baru shj habis belajar. Saya sedih bercampur gembira. Hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaan saya. Terima kasih kr follow blog saya. Keep in touch ya.

      Padam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. Lebih baik pertunangan jangan diheboh2 kan.

    BalasPadam
  5. Tahniah Puan dapat menantu educated cantik anak orang berada dan sederhana. tak sabar nak tengok masa nikah dan bersanding nanti..

    BalasPadam