19 Oct 2017

Telur Masak Kicap Blackpepper Mudah dan Sedap

Telur Masak Kicap Blackpepper Mudah dan Sedap

Telur masak kicap adalah masakan yang digemari ramai orang, atau mungkin semua orang. Kalau lama tak makan, mula terasa rindu. Resepi yang mudah tetapi sangat sedap di tekak. Kiranya macam resepi penyelamat. Kalau di bulan Ramadhan, masakan macam ini cukup membangkitkan selera makan terutama ketika bersahur. 

Telah lama Juita meminta saya memasak Telur Masak Kicap tapi asyik tak menyempat jer. Ketika itu Juita masih di kolej, tapi cepat jer masa berlalu. Sekarang dia dah berada jauh di Manchester. 

Bila bangun pagi hari minggu, saya tiba tiba teringin nak makan telur masak kicap. Kebetulan pula, saya tak mengaji kerana suami Kak Kamariah masih tidak sihat. Aduhai lama pulak, saya bercuti mengaji ni. Lagi pulak, saya sendiri agak kurang sihat sedikit. Sikit sahaja lagi nak khatam.

Telur Masak Kicap Blackpepper Mudah dan Sedap

Saya meletak juga beberapa tangkai cili padi merah sekadar untuk menambahkan warna. Selain sedap, masakan yang dihidangkan biarlah cantik dan berwarna warni. 

Seperti biasa, saya memasukkan serbuk MAGGI Cukup Rasa untuk melengkapkan keenakan masakan yang saya sediakan. Tak perlu lagi diletakkan garam pun. Ianya menjadikan masakan kita secukup rasa. Masakan biasa akan menjadi sedikit luarbiasa rasanya. Hahaha...

Telur Masak Kicap Blackpepper Mudah dan Sedap


Jom layan resepi mudah tetapi sangat sedap dan bertindak sebagai lauk penyelamat kalau rasa malas nak memasak atau malas nak keluar makan. Memasaknya semudah ABC gitu. 

Jangan lupa singgah Instagram Azie Kitchen untuk melihat video. Video sekadar untuk mencuci mata sahaja, sekadar mengisi masa dan menambah keseronokan berada di dapur. 

Bukanlah video yang sangat complicated pun. Jadi kalau nak komen kat video saya tu, fikir fikirlah juga. Jangan lah terlalu sarkastik hingga bertanya berapa tahun nak dibakar kek pisang. Kena lah jaga bahasa kerana bahasa melambangkan keperibadian. Kan dah ditulis di bawah video untuk resepi sila rujuk ke blog. Link blog pun dah diberi sekali.....


Telur Masak Kicap Blackpepper Mudah dan Sedap

Telur Masak Kicap Blackpepper
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
4 biji telur - goreng mata 
4 sudu makan kicap lemak manis 
1 sudu kecil lada hitam - tumbuk kasar
1 biji bawang besar Holland 
1 tangkai cili hijau - cili Solok 
3 tangkai cili padi merah - untuk menambah warna
1 sudu kecil serbuk MAGGI Cukup Rasa
Sedikit air

Bahan tumbuk:
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih

Cara cara:
Mula mula panaskan minyak yang banyak dalam kuali untuk menggoreng telur mata. Jika tidak menggunakan kuali non-stick, masukkan sedikit garam supaya ianya tidak melekat. 

Pastikan minyak betul betul panas sebelum dimasukkan telur. Goreng dengan api besar, goreng dan cepat cepat angkat. Barulah telurnya cantik. 


Telur Masak Kicap Blackpepper Mudah dan Sedap

Panaskan minyak (boleh guna minyak lebihan menggoreng telur) dan tumis bahan tumbuk sehingga wangi. Masukkan kicap lemak manis. Masukkan sedikit air. 

Telur Masak Kicap Blackpepper Mudah dan Sedap

Telur Masak Kicap Blackpepper Mudah dan Sedap

Masukkan lada hitam tumbuk, dan serbuk MAGGI Cukup Rasa.

Telur Masak Kicap Blackpepper Mudah dan Sedap

Kemudian masukkan bawang besar dan cili hidup. Setelah hampir layu, masukkan telur satu persatu dan dikacau rata supaya ianya bersalut dengan kuah kicap. 

Telur Masak Kicap Blackpepper Mudah dan Sedap

Akhir sekali, masukkan daun sup dan bolehlah ditutup api. Saya letak juga cili padi merah, sekadar menambah warna lauk hari ini. Sedia untuk dihidangkan. 

Telur Masak Kicap Blackpepper Mudah dan Sedap

Nota:
Boleh juga menggunakan cili kering kisar bagi menggantikan lada hitam tapi ianya bukanlah Masak Kicap Blackpepper lagi. 


EmoticonEmoticon