29 Feb 2016

Asam Pedas Ikan Merah Melaka Yang Sedap



Asam Pedas Ikan Merah Melaka Yang Sedap


Assalamualaikum pembaca blog Azie Kitchen yang budiman. Sebelum saya meneruskan catatan dalam entri ini, saya ingin membuat sedikit pengumuman bahawa saya telah meletakkan Nuffnang mobiles Ads. Jadi iklan yang dipaparkan akan muncul bila ada melayari blog Azie Kitchen menggunakan mobile phones. Jadi saya berharap, sudi kiranya anda semua singgah dan klik iklan yang dipaparkan. Kerjasama anda didahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Sejak balik dari Melaka, asyik terkenang kenangkan keenakan Asam Pedas Restoran Rahmah di Ayer Keroh yang sangat sedap. Nampak simple dan kuahnya tidak lah terlalu pekat tapi tak tahu apa rahsia sehingga menjadi sangat sedap. Saya siap makan hingga menghirup kuahnya lagi. Isi ikannya pula sangat lembut dan manis. 



Asam Pedas Ikan Merah Melaka Yang Sedap

Saya menghantar mesej pada hubby supaya singgah kedai runcit untuk membeli ikan merah. Alhamdulillah, ada rezeki. Ada hanya 2 ekor sahaja. Sampai rumah dah pukul 6.15 petang. Bergegas ke dapur untuk memasak supaya semua dapat diselesaikan sebelum Maghrib. Memasak dengan berbaju kurung. Lepas memasak, baju pun berbau ikan. Tapi semuanya berbaloi baloi walaupun memasak dalam keadaan tergesa gesa, kerana hasilnya ialah Asam Pedas yang sangat sedap. Saya mendapat resepi ini sebelum ke London lagi, masa tu dah teringin untuk memasak Asam Pedas. Ada juga hajat untuk memasak asam pedas salmon masa di London tapi memikirkan tiada blender jer di sana. Kalau tidak pasti dah berasam pedas di London.


Asam Pedas Ikan Merah Melaka Yang Sedap
  
Resepi ini saya dapat dari anak buah saya, Farhana yang mempelajarinya dari housemate beliau, Azie yang pandai memasak. Katanya ini adalah resepi turun temurun keluarga Azie yang berasal dari Melaka. Setelah mendengar cerita dari Farhana tentang kepandaian dan keenakan masakan Azie, saya meminta Farhana menyalin resepi semasa Azie memasak. Katanya Azie memasak main campak campak jer. Saya meminta anggaran sukatan bahan yang digunakan supaya lauk yang terhasil adalah sama atau hampir sama dengan masakan Azie. Maklum air tangan berbeza beza walaupun menggunakan resepi yang sama. Satu yang unik dengan resepi ini ialah penggunaan ketumbar dan jintan manis. Kali pertama saya memasukkan rempah ke dalam asam pedas. Kalau boleh rempah yang ditumbuk sendiri, lebih sedap berbanding dengan rempah serbuk yang dijual. 

Sangat sedap lauk ini lebih lebih lagi menggunakan ikan merah yang isinya sangat lembut yang perlu dimasak sekejap sahaja supaya ianya tidak hancur. Cari ikan yang sederhana saiznya, yang boleh dipotong 5-6 keping. Saya cadangkan anda mencuba resepi ini dan rasakan sendiri kelainannya.

Jom layan resepi yang saya olahkan dari apa yang diberi oleh Farhana kepada saya. Jom layaann...



Asam Pedas Ikan Merah Melaka Yang Sedap
Asam Pedas Melaka
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 ekor ikan merah - potong 6 keping atau 5 ekor ikan
sudu kecil pes asam jawa - jgn terlalu banyak, terlebih masam tak sedap
Garam
2 sudu ketumbar biji - tumbuk
2 sudu jintan manis - tumbuk
5 sudu cili kering kisar - boleh tambah

Bahan kisar:
8-9 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 inci kunyit hidup
2 inci halia
Cara cara:
Kisar semua bahan di atas. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar, bahan tumbuk dan cili kisar sehingga wangi dan cili benar benar garing dan masak. Masukkan air secukupnya.

Bila kuah mendidih, masukkan ikan. Masukkan garam dan air asam secukupnya. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.



Asam Pedas Ikan Merah Melaka Yang Sedap


Nota:
Jika menggunakan ikan merah, masak sekejap sahaja supaya ikan tidak hancur.

31 ulasan

wahhhs edapnye...mmg tercari2 resepi asam pedas .....

Pekat kuahnya, sedap ni..kalau saya masa makan nasi tu tambah kicap ckit, lagi sedap..

Saya pernah bekerja di Melaka. Asam pedas yang disediakan oleh ibu kawan saya sangat sedap. Bila ditanya resepi, ibu kawan saya beritahu dia akan masukkan rempah ikan cap Peladang di dalam asam pedasnya. Tapi rempah ikan tu cuma ada di Melaka sahaja kalau tak salah saya.

Wslm. Boleh share resepi yang digunakan.

Slm. T kasih pn Azie krn sudi berkongsi resipi ini..sedap sgt2 umpama mkn di kedai. Saya masak menggunakan ikan jenahak dan di akhir masakan saya tambah daun limau. Thumbs up! Barakah atas pn Azie sekeluarga...

mak saye memang guna resepi ni...kalau d kampung, ade 2 jenis..asam tumis dan asam pedas... kalau resepi yang ni dipangil asam tumis...kalau yg xtumis tu, yang rebus je, di pangil asam pedas...itu bab asam tumis n asam pedas...ade lagi 1, jeruk ikan..bukan ikan di jerukkan..tapi dinamakan jeruk ikan...nanti kite bagi..insyaAllah...best tengok akk masak..

Da try mmg sedapp...terbaik la kak azie...mekasih yea..

salam, boleh gunakan ikan lain seperti ikan tengiri atau pari dan bawal tak untuk resepi ini?

Kalau tambah daun kesum sesuai tak

Boleh juga jika suka. Kantan ke

Sal..kak..resepi nie pedas x...?nmpk menarik ..boleh Cuba Hr ni nk buka posa

Pedas bergantung pada cili kisar yg kita gunakan. Ada cili yg sgt pedas. Boleh tambah atau kurangkan cili ikut kepedasan yg disukai

Mohon izin nk Cuba resepi ni....sedap nampaknya.....

Slm puan azie kitchen..stakat hri ni..resepi dr blog puan jer yg saya sntiasa yakin nk mncuba... tq so much... sgt byk mmbantu..

Slm puan azie kitchen..stakat hri ni..resepi dr blog puan jer yg saya sntiasa yakin nk mncuba... tq so much... sgt byk mmbantu..

Mmmm..mmg sedap. Tp klau sudah ltk asam jawa blh ker masukkn asam keping..

Ikan pari pn bole kn..sy suka msk guna resepi dr bloq ni, bahan dye xbanyak, xrumit sgt.. Tqvm

Ikan pari pn bole kn..sy suka msk guna resepi dr bloq ni, bahan dye xbanyak, xrumit sgt.. Tqvm

Boleh. Ikan pari, ikan senangin, okan tenggiri, ikan parang. Semua pun sedap. Ikan kembung juga sedap

Salam Azie.. nk tanya sukatan sudu tu.. sudu besar atau kecil? Utk biji ketumbar n jintan tu

Assalamualaikum Aziae. Terima kasih byk atas resepi2 yg menarik termasuk tazkirah2 yg diberi. Akak nak tanya resepi ni sesuai tak utk masak ikan darat spt keli, haruan dan puyu?

Wslm. Boleh utk semua jenis ikan tapi ikan darat mesti lah dibersihkan mengikut cara yg biasa spt guna asam keping utk hilangkan hanyir

Excellent. Sudah cuba sangat sedap. Tapi saya tambah daun kesum byk-byk,belacan sedikit n garam digantikan dengan kiub ikan bilis. Terangkat! TQVM.

Wah, tahniah dear. Alhamdulillah.

Terima kasih kak Azie kerana sudi kongsi resipi

Kalau kuah pekat macam kuah kari pun mungkin tak sedap sangat... tetapi yang kuah sederhana x pekat sangat dan x cair sangat... itulah yang agak susah nak buat...satu lagi rasanya pun mestilah sempurna cukup rasa... itulah asam pedas yang terbaik...

Assalam puan..kalau ikan kembung/selar boleh ke utk asam pedas ni?

Rasanya kalau x ada bunga kantan n daun kesom or belacan kurang kit asam pedasnya

Saya ada pelbagai resepi asam pedas. Ads yg guna bunga kantan dsn kesum. Ada yg guna belacan. Tapi saya jarang guna belacan kerana anak anak saya tidsk boleh makan belacan.


EmoticonEmoticon