Sabtu, 5 September 2015

Mee Goreng Sedap Pujaan Hati


Mee Goreng Sedap Pujaan Hati



Memang diakui resepi di blog saya memang banyak resepi ulangan. Ini adalah kerana blog saya ni bukanlah buku resepi atau blog masakan semata. Tetapi lebih kepada blog berkenaan Dapur Azie dan juga catatan sekitar kehidupan diri dan keluarga. Apa yang dimasak, apa yang dimakan, apa yang dibuat dsb. Maklumlah makanan masyarakat Malaysia ni, berkisar tang resepi yang sama. Jadi ianya lebih kepada catatan perjalanan hidup keluarga kami. Setakat ini, maklumbalas dari pembaca blog Azie, adalah positif. Mereka tidak ada masalah dengan resepi ulang ulang kerana peristiwa dan kisah di sebalik penyediaan masakan itu juga yang menjadikannya berbeza dengan entri sebelumnya.


Mee Goreng Sedap Pujaan Hati

Kalau biasa setiap kali saya memasak mee goreng, saya akan menyediakan Mee Goreng Azie atau Nur Qaseh di SINI yang telah saya masak secara trial and error berpuluh tahun lamanya sehingga menepati selera saya. Klik di SINI untuk melihat langkah demi langkah. Saya hanya gemar makan mee goreng, tidak lain lain mee. Jadi saya agak cerewet bila memesan mee goreng di luar. Kalau selepas masuk ke mulut, tak kena dengan selera memang saya akan putus selera. 

Mee yang sedap pada selera saya mesti ada rasa masam dan manisnya. Mee pulak tak boleh terlebih lembik, apa lagi keras seperti tidak masak. Hari ini, saja lah nak buat sedikit kelainan dengan memasukkan seafood dan sos tiram serta menyediakannya agak basah basah sedikit. Bahan bahan masih sama. Kalau biasa mesti ada ayam jer, baru rasanya sama dengan mee goreng yang saya gemari di Bachok 30 tahun lalu. Kali ini juga saya terlebih rajin di mana saya menyukat bahan sos yang digunakan. Kalau biasa, main tuang tuangkan sahaja ke dalam kuali. Bukan apa, untuk dijadikan panduan. Rasa sebenarnya terpulang lah pada citarasa masing masing.

Jom layan resepi mee goreng yang saya hidangkan untuk sarapan pagi anak anak. Saya mula memasak selepas balik dari berbasikal sekeliling tasik. Alhamdulillah, sejak melakukan sedikit aktiviti riadah, masalah sakit lutut saya telah hilang. Tidak lagi sakit untuk bergerak atau menaiki tangga...



Mee Goreng Sedap Pujaan Hati

Mee Goreng Basah
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 pek kecil mee kuning
4 ulas bawang putih - ketuk & cincang
1 sudu besar cili kisar
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
Garam
Kicap secukupnya
1 ikat sayur sawi
Udang dan sotong
Limau nipis - perah
Daun bawang - tabur

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga kekuningan. Lepas itu, masukkan cili kisar dan tumis sehingga cili garing.

Setelah cili garing, masukkan semua bahan sos, kicap dan sedikit air. Masak sehingga mendidih dan terbit minyak. Sementara ianya mendidih, ketika ini bolehlah kita memotong sayuran atau apa sahaja. Air lebih kurang 1/2 mug tapi dimasukkan sedikit sedikit supaya tidak terlembik pulak mee.

Masukkan udang dan sotong serta batang sawi. Kacau rata. Kemudian masukkan mee dan daun sawi. Masukkan sedikit garam, kacau rata dan setelah secukup rasa, bolehlah ditutup api. Saya suka mee yang sedikit basah belengas seperti dalam gambar, bukan basah berair macam mee hailam, jadi ketika ini saya akan letak sedikit lagi sos dengan sedikit air supaya ianya melekat pada mee. 

Sebelum dihidangkan, bolehlah tabur cili merah hiris dan daun bawang serta bawang goreng. Jika suka, perahkan air asam limau nipis. 

Nota:
Ada ketika, saya akan tuang kicap ke atas mee kuning dan gaul rata sebelum dimasukkan dalam kuali. Ikut mood lah. Kicap akan lebih menyerap pada mee dan lebih cepat bergaul sebati semasa digoreng.


26 ulasan:

  1. thank you for sharing recipe kak azie. saya selalu fail bab goreng mee and this one nak try esok.

    BalasPadam
  2. Assalam Kak Azie.. kebetulan pulak sambil baca post mee goreng ni sy sedang menikmati mee goreng. Terasa2 mcm sedang makan masakan Kak Azie pulak.. hihi. Kalau tengok pada bahan & cara, cara penyediaan mee goreng sama sahaja kan.. yg membezakan kesedapannya adalah air tangan seseorang dan sy percaya air tangan Kak Azie pastinya sedap dan sentiasa dirindui orang yg pernah menikmatinya.. semoga dipermudahkan dalam segala urusan Kak Azie sekeluarga.. Amiiinnn YRA.

    BalasPadam
  3. Mee goreng basah sedap di makan sejurus selepas di masak
    nyum nyum :)

    BalasPadam
  4. Tak ape lah kak walaupun resepi ulangan. Saya tetap jadi pembaca blog kaa azie yg setia...

    Salam perkenalan,
    Silent reader - nora zainal ��

    BalasPadam
  5. Rasa nak makan mee goreng pulak ptg ni. Nak cuba resepi k azie. terima kasih k azie

    BalasPadam
  6. Saya selalu masak pakai resepi kak azie..mudah..ringks dan paling penting sedap..terima kasih berkongsi resepi dan mohon halalkan ye semua resepi2 yg sy amik..semoga murah rezeki akk sekeluarga..amin..

    BalasPadam
  7. Nk try resepi kak azie utk berbuke ptg ni. Tq share resepi :)

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum...kak azie,mohon share resepi nya ye,tqsm

    BalasPadam
  9. Slm. Ada org letak udang kering. Masa bila gaknya nk masukkn udang kering tu ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh ditumis bersama cili kisar.

      Padam
  10. Assalamualaikum kak azie.. saya selalu refer pada blog kak azie kalau nak masak terutama sekali kalau ada org dtg rumah.. hehe alhamdulillah, setakat ni blog kak azie adalah blog feveret saya kalau bab2 memasak ni 😊😊

    Saya mohon kak azie halalkan ilmu yg kak azie taburkan di dalam blog ini ya πŸ˜€

    -dayang, 25 😊

    BalasPadam
  11. terima kasih berkongsi resepi dan mohon halalkan ye semua resepi2 yg sy amik..semoga murah rezeki akk sekeluarga..amin..

    BalasPadam
  12. sodap lah, terimo kasih kak azie!!!

    BalasPadam
  13. Letak lagi sedikit sos tu sos apa ye yang ditambahkan tu ?

    BalasPadam
  14. Hi kak azie! Thanks for your recipe :) nak confirmkan ada any difference ke between mee goreng yg akak letak bawang merah & putih dgn mee yg just letak bawang putih je for tumis?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasa nya berbeza. Saya suka kedua duanya. Tapi saya lebih suka menggunakan bawang putih. Bawang merah dijadikan bawang goreng.

      Padam
  15. Thanks for the recipe ..menjadi lahh ..sedap sgt 😊😊

    BalasPadam
  16. Hari ni nk.berbuka ngn mee goreng.. Ermm nk.cuba resepi azie kitchen.. Tq 4 sharing..

    BalasPadam
  17. Memang banyak resepi Kak Azie saya ambil & kebanyakannya menjadi. Blog kak Azie banyak membantu beginners mcm saya. 😊😊😊

    BalasPadam
  18. Assalam kak... tenks 4 d recipe... sedap sngt.. 2 thumbs up..

    BalasPadam
  19. ok dah try dah sedap jugak lahπŸ‘πŸ‘πŸ‘

    BalasPadam
  20. Assalammualaikum , cili kisar kak azie pakai cili apa yaa ? antara sos life and kimball mana sedp ? hehe kalau boleh nak jee sebiji rasa mcam kak azie punya , dalam gambar pun sedap jee huhu . nanti nak try masak and kalau jadi inshaaAllah ingat nak buat resepi ni untuk meniaga 😍

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Cili kisar biasanya cili kering yg tak kerinting. Tgk entri saya sediakan cili kisar sos cili sos tomato biasanya saya guna Maggi

      Padam
  21. kak azie, laki saya ni suka betul kalau masak ikut resepi kak azie. apapahal mesti dia kata "tu ikut cara aziekitchen' sebab resepi kak azie sentiasa jadi dan sedap. terima kasih :) terharu saya tengok laki saya makan sampai jilat pinggan sebab sedap kalau follow resepi kak azie :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Seronok memasak kalau husband suka. Air tangan seorang isteri.

      Padam

Add your comment
EmoticonEmoticon