18 Nov 2014

Petua Menyimpan Petai


Petua Menyimpan Petai


Pernah tak berdepan dengan masalah bila mana petai yang dibeli mula mengecut dan bertukar warna? Sedang kita pula tidak punya waktu untuk memasaknya. Maklumlah wanita bekerja macam saya, bukan boleh memasak setiap hari. Adakalanya, bila sampai rumah, hari telah senja terutama kala hari hujan yang menyebabkan jalan sesak di sana sini. Petai adalah antara jenis sayuran kegemaran saya dan Juita. Tapi saya hanya akan makan petai rebus waktu sedang bercuti kerana tidak mahu bau mulut menganggu saya waktu bekerja. Mengikut petua pembantu rumah Dato Zack sewaktu kami mengunjungi rumah mereka di Kemensah Height untuk makan malam, petai hendaklah digoreng supaya tidak berbau. Goreng dengan kulit kulitnya sekali. 

Hari ini saya ingin kongsikan bagaimana menyimpan lebihan petai supaya tahan lama. Caranya ialah dengan mengeluarkan biji petai dan basuh dan biarkan kering. Setelah itu susun di dalam bekas dan masukkan ke dalam freezer sehingga ianya agak beku dan mengeras. Setelah itu, bolehlah dipindahkan ke dalam tupperware kerana setelah mengeras, petai tidak lagi akan melekat antara satu sama lain.


Petua Menyimpan Petai


Bila tiba masa hendaklah digunakan, keluarkan dari peti dan biarkan sehingga ianya kembali pada suhu bilik. Sedia untuk digunakan seperti biasa. Petai masih kekal segar seperti biasa. Selamat mencuba...

Petua Menyimpan Petai

Selamat mencuba...


2 ulasan

sedapnya petai.. ada resepi2 petai tak..? hehe. terliur pulak tengok

salam Azie. Nak tanya..bila petai dah mengeras simpan dalam tupperware lepas tu simpan kat bhgan bwh peti sejuk ke atau kat atas? konpius sikit.


EmoticonEmoticon