Rendang Ayam Yang Sedap dan Tahan Lama





Sebelum masuk bab resepi, hari ini saya sangat terkejut apabila mendapat mesej dari anak anak tentang ikan koi Jepun yang dibela sejak kecil lagi telah diserang oleh makhluk apa pun tak pasti. 9 ekor kesemuanya. Ada yang hilang sebahagian kepala, ada yang hilang ekor dsb. Walaupun berulang kali saya mengucap kalimah Istirja' Inna lillahi wa inna ilaihiroji'un namun saya tidak dapat menahan sebak apabila setiba di rumah. Saya menangis kesedihan. Serasa sangat trajis kematian ikan ikan kesayangan saya itu. Mudah mudahan saya diberikan kesabaran yang tinggi menghadapi musibah ini. Gantikan lah dengan yang lagi baik, Ya Allah. Ameen.



Ini adalah resepi Rendang Ayam yang saya sediakan sebaik balik dari pejabat hari Jumaat yang lalu. Setelah berhari hari tak menjamah nasi, teringinlah pula untuk meratah ayam dengan sedikit nasi. Namun segalanya tak seperti yang diinginkan bila badan badan tiba tiba merasa seram sejuk dan berpeluh seperti hendak pengsan. Agaknya terlalu lama saya berdiri menyiapkan bahan bahan dan saya pulak agak keletihan. Jadi masa makan pun, saya gagahkan sebab mahu makan bersama suami dan anak anak. Memang sungguh tak berselera bila badan tak sihat.






Resepi di bawah adalah untuk 2 ekor ayam walaupun saya memasak hanya untuk seekor ayam sahaja. Senang untuk masak masa raya nanti kalau resepi untuk 2 ekor ayam terus. Rendang ini lebih sedap dikacau lama lama dengan api kecil sehingga berwarna gelap. Oleh kerana bahan bahan dihiris dan ditumis terlebih dahulu, rendang ini sangat tahan lama dan lambat basi. Saya bercadang untuk menggunakan resepi ini untuk masakan rendang pada hari raya nanti. Lol puasa pun belum, dah bercerita pasal raya. Seperti biasa, bulan Ramadhan adalah bulan di mana saya menggantung periuk belanga. Saya akan kurangkan sama sekali kegiatan di dapur dan menggunakan masa yang ada untuk perkara lain. Bukanlah maknanya tidak memasak langsung, tapi akan dikurangkan.

Jom kita tengok resepi yang saya pelajari dari sahabat saya, Puan Rohaya aka Roy yang merupakan resepi keluarga beliau sejak dulu dan biasa dimasak untuk hidangan di hari raya. Kata Roy lagi, dia biasanya memasak sehingga 5 ekor ayam dan pada hari raya pertama sudah licin semuanya. 




Rendang Ayam 

Bahan bahan:
2 ekor ayam
1 kg bawang merah - hiris
3 labu bawang putih - hiris
4 inci halia - hiris
4 inci lengkuas - tumbuk
2 inci kunyit hidup - tumbuk
4 batang serai - titik
4 senduk cili kisar - ikut suka pedas
Kayu manis, buah pelaga, bunga lawang
4 kg santan 
2 keping asam keping - ikut rasa
Garam 
Gula
Daun kunyit - opsyenal
Sedikit kerisik - opsyenal utk warna gelap

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis rempah penumis bersama bahan hiris serta serai sehingga wangi. Kemudian masukkan cili kisar dan kunyit serta lengkuas yang ditumbuk. Tumis sehingga cili benar benar garing.

Masukkan ayam dan gaul rata sehingga ayam kecut. Masukkan sedikit santan cair bagi membolehkan ayam masak. Setelah itu, baru dimasukkan semua santan dan masak dengan api perlahan sahaja. 

Akhir sekali, masukkan kerisik, garam, gula dan asam keping secukup rasa. Masak sehingga kuah kering dan pecah minyak. Jika suka, boleh taburkan daun kunyit yang dihiris halus sebelum ditutup api.





Nota:
Setelah ayam masak, boleh keluarkan ayam terlebih dahulu dan masak bahan perencah sambil dikacau dengan api perlahan untuk menjadikan kuahnya berwarna agak gelap.



Rendang Ayam Yang Sedap dan Tahan Lama Rendang Ayam Yang Sedap dan Tahan Lama Reviewed by Azie on May 26, 2014 Rating: 5

82 comments

  1. Assalam kak azie,
    mmg nmpk sungguh menyelerakan...kalau buat time raya rasanya 2 ekor pun xcukup ni..
    Banyak2 berehat yea..stress kot tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Slm..sy telah mencuba resepi ini...ternyata mmg sedap sekali...terima kasih krn memberi resepi yg sedap utk kami semua..mudah2an..berpanjangan pahala tuan/puan....aminnnnnnn

      Delete
  2. stiap kali saya datang blog ni..
    kerja telan air liur memanjang..

    ReplyDelete
  3. Assalam Azie
    mengancam Rendang ayam ni...boleh simpan resepi tuk raya nanti...hehehe...tq

    ReplyDelete
  4. sedapnya! nak try buat ni lah

    ReplyDelete
  5. Mcm menarik rendang ni.. kuah nampak pekat.. best

    Assalamulaikum dan salam perkenalan. Jemput singgah di blog http://www.kedaivitamin2u.blogspot.com. Di sini ada info supplement produk keluaran Shaklee

    ReplyDelete
  6. Setelah di upgradekn, tambah bawang besar/serai/ kerisik lebih sikit.xrugi mncoba :-)

    ReplyDelete
  7. Saya sedang cuba resepi puan ni..
    Harap menjadi. Sbb resepi ni sedikit berbeza dr rendang family saya.

    Visit me back
    www.momsmilkyway.com

    ReplyDelete
  8. dah cuba banyk resipi dri blog ni..semua sukses..kali nak cuba ini pulak..;)

    ReplyDelete
  9. nak try buat esok...(raya 6)thanks for the resepi:)

    ReplyDelete
  10. Nmpak sedap...esok boleh trt ni...

    Jom singgah www.myhealthsolutionshoppe.com

    ReplyDelete
  11. Sedapnyaaa.... baru dok google resepi nak masak untuk raya haji. Maklumlah dok perantau di semua kena masak sendiri. Tq sis!

    Jemput ke blog saya sis
    http://souqvitamin.blogspot.com

    ReplyDelete
  12. Sedappnya...sis masak mmg best laaaa.
    Sy selalu singgah blog nie kalau nk masak2..hihi..
    thanks tau kongsi2 resepi...
    jemput ke blog saya ariedawanda.blogspot.com

    ReplyDelete
  13. Kenapa byk sgt santan ... 4kg?? Mak saya bt jadi bminyak. Tapi sedappp

    ReplyDelete
  14. mantab resepnya sis,boleh dicoba nih, makasih ye

    ReplyDelete
  15. Terima kasih kak kongsi resepi..selama ni sy ikut resepi kak tak penah mengecewakan! Td br try resepi rendang kak..alhamdulillah menjadi :)

    ReplyDelete
  16. Kak azie tq share resepi..sy nk try utk wat juadah buka ptg ni...nampk terangkat....hidayah

    ReplyDelete
  17. Dah cuba buat...sangat sedap...cuma cili tu jer tukar pada cili padi.cuma colour jd kuning r..tp still yummy

    ReplyDelete
  18. Assalam...saya ni silent reader kat blog ni...apapun tq sgt2 kat kak azie kerana resepi yg best2...sahur td saya try resepi ayam rendang kak azie...makan ngan ketupat...happy sbb menjadik hehe..mudah2an ka azie sekeluarga sentiasa dimurahkan rezeki...amiin...������

    ReplyDelete
  19. sedap ni buat time raya..best

    ReplyDelete
  20. Nak tergelak baca komen2 omputeh kat sini...kelakaq sungguh. Nak gak ler try this recipe

    ReplyDelete
  21. salam kak,
    malam tadi saya buat rendang ikut resipi akak.. api slow je tapi sbb dh ngantuk sgt..kuah dh kering skit.. ingat sahur nak sambung panas lagi.. amik ayam yg ada tulang tapi tulang nmpk merah lagi. terpaksa tambah air & masak ngan api besar. layan anak nyusu.. kehangusan laks kuali..hihi

    ReplyDelete
  22. Salam. Kenapa sy masak rendang ikut resepi ni tapi rendang sy rasa kelat ye? Mohon reply.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kelat tu, kena sesuaikan asam, gula dan garam.

      Delete
  23. terima kasih resepinya kak azie..dah cuba sedap sangat....

    ReplyDelete
  24. kak azie, saya baru nak belajar memasak. blhtak ka azie kongsi resepi sambal nasi lemak? sebab susah betul nak buat biasanya tak jadi je. tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak dalam blog Azie Kitchen. Search Sambal Tumis Ikan Bilis atau Nasi lemak.

      Delete
  25. Tiap kali nak masak sy mesti gugel dan ambik resepi dari blog ni.smua sedap2

    ReplyDelete
  26. Salam.. santan tu mmg 4 kg ek?mcm byk je ekk 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Lagi banyak santan dan bawang merah, serdak rendang lagi banyak. Boleh juga jika mahu dikurangkan pada 2 atau 3 kilo sahaja. Kurangkan bawang merah pada 1/2 atau 3/4 kg.

      Delete
  27. Nak buat jap lg..
    Tq share resepi ni :)

    ReplyDelete
  28. Masa ray aidilfitri but resepi ni sedap sangat....suami suka sgt
    masa open house buat juga resepi ni cuma ayam banyak 4 ekor jadi resepi main agak2 tp bolehla jadi juga...
    Ray hji nk buat rendng ni lgi dokn menjadi y...aminnnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masak rendang boleh agak agak shj. Kalau rasa kurang rencahnya masa tgh dimasak pun boleh tambah bawang bawang atau santan atau apa sahaja.

      Delete
  29. Replies
    1. {\rtf1\ansi\ansicpg1252
      {\fonttbl\f0\fnil\fcharset0 ArialMT;}
      {\colortbl;\red255\green255\blue255;\red34\green34\blue34;\red255\green255\blue255;}
      \deftab720
      \pard\pardeftab720\partightenfactor0

      \f0\fs26 \cf2 \cb3 \expnd0\expndtw0\kerning0
      \outl0\strokewidth0 \strokec2 Hanya bergoreng dengan bahan tumisan. Boleh juga jika digoreng seketika supaya tidak mudah hancur. Tetapi saya lebih suka ayam yang tidak digoreng. }

      Delete
  30. best la semua resepi kak azie...

    ReplyDelete
  31. Terima kasih! Fantabulous!!! Since last year... Inilah resipi rendang saya!

    ReplyDelete
  32. Mmg terbaekkk...dh dua kali buat....

    ReplyDelete
  33. Assalamualaikum,
    Tengok gambar tu pun sudah terliur. Mak Long ni tua aja tapi tak pandai masak. Suami pula suka makan rendang. Mak Long ingin mencuba resepi ini telahan semua bahan pun ada. Terima kasih Azie.

    ReplyDelete
  34. Akak, cili kisar tu macam mana ye? Cili kering ditambah air sikit lepas tu blend ataupun blh beli dari pasar? Thank you :)

    ReplyDelete
  35. Slm Kak 1kg bwang merah tu agak2 byk mana ye?sy xde running and bru first time nk msak tendang.mohon bantuan

    ReplyDelete
  36. Saya dah buat dah selasa baru2 ni. Husben sy ckp..sedap sangat..hihi..thanks kak ya share resepi ni..

    ReplyDelete
  37. Alhamdulillah resepi kak azie semua betul dan sedap. 👍🏻 saya baru2 belajar masakan melayu, dan dengan adanya resepi dari kak azie 1 kali trial pun dah berjaya buat 😊😊

    ReplyDelete
  38. Saya tengah mencuba resepi rendang kak azie...tp agak2 ja laa bahan2 guna apa yg ada...byk resepi kak azie sy dah try..best...!! Jazakillah atas perkongsian ilmu ini..

    ReplyDelete
  39. Kak azie klau rendang kering camner ya,sy suka berkuah .boleh ke dah masak nk tambah santan lg or air ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tambah air panas dan keringkan mengikuf kepekatan yg kita mahu

      Delete
  40. Projek kul 4 pg..
    Terbaikkk!!
    Menjadi juga rendang sy pg2 ni..
    Thank you...

    ReplyDelete
  41. salam kak, sedapnye ayam rendang ni. hihi tengok gambar dah nampak sedap. heheh nak cuba jugak lah. tak perlu tunggu raya nak buat rendang ayam ni hahaha nak buat utk makan ngn nasik. uishhhh sedapppp hehehe

    ReplyDelete
  42. Resepi kak azie mmg owesome..terbaik dr ladang laaa...sedap...tq kak azie share resepi rendang ni.

    ReplyDelete
  43. Assalam...kak saya nak tanya rempah penumis tu apa je bahan dia ye?? Minta maaf sy sy baru belajar memasak. Tolong balas ye.. tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm. Rempah penumis adalah kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga. Ada yang panggil 3 sekawan. Berapa nak masuk tu, ikut suka. kalau kecil, masuk 2 batang kayu manis, 2 bunga lawang dan beberapa biji buah pelaga

      Delete
  44. Tq Azie... baru lps buat utk ibu mertuaku.. wat sarapan ngn lemang periuk kera.. susah nk dengar mak mertuaku sebut sedaaapp... kali nie menjadi.. tqvvm

    ReplyDelete
  45. Baru nak tnya rempah penumis tu apa...baca2 komen..jumpa pula jawapan..nak buat la rendang ni utk ramadhan 2017 kali ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramadhan Kareem. Semoga menjadi dg sedap

      Delete
  46. Thxs for d recipe puan...on the stove now...sok nk bw gi potluck...moga menjadi...heheheh...

    ReplyDelete
  47. Kak azie..tq untuk resepi yg sgt sedap.1st time buat menjadi.

    ReplyDelete
  48. Resepi kak azie memang tidak mengecewakan.
    Terima kasih kerana telah banyak bekongsi resepi.

    ReplyDelete
  49. Assalam kak nak tanya serai tu kena tumis sekali ke atau titikkan je. Dalam bahan2 ckp titikkan, dlm cara2 ckp masukkan skli. Sori bru blaja memasak huhu

    ReplyDelete
  50. Assalam kak nak tanya serai tu kena tumis sekali ke atau titikkan je, sebab dalam bahan2 ckp titikkan tp dlm cara2 ckp tumis skali. Sori bru blaja masak huhu

    ReplyDelete
  51. Kak Azie, I love your blogs and recipes. Thank you. Kak pernah masak rendang ayam sedap and tahan lama, ayam rendang pedas, ayam rendang minang and ayam rendang mertua, boleh I tahu mana ialah masakan traditional and kegemaran kak? frankly speaking, I pernah makan masa raya. I want to cook for my future in-law. thank you

    ReplyDelete
  52. Amazing!!!!
    Sy dh cuba...
    Ianya sngt menarik!!!

    ReplyDelete
  53. Kak azie, kalau x letak kerisik xpe ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh juga tapi tak cukuplah bahan bahannya.

      Delete
  54. slm klu ayam 1kg nk bahagikn cmne ye bahan2 dia sbb saya bru nk blaja buat .. klu untuk ayam 1kg brp bahan2 dia ye ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Boleh bahagi dua. Atau boleh juga guna semua utk sekor ayam jika suka kuah dsn perencah yg banyak utk dicicah dg lemang atau ketupat atau nasi impit.

      Delete
  55. 3 labu bawang putih.tak byk sgt ke kak? Sy buat jadi kuat bau bwng putihnye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya buat tak ada pulak bau. Lagi pun, bawang merah juga banyak. Sesuai utk 2 ekor ayam

      Delete
  56. alhamdulillah sedap kata kwn2 ofis...rendang ni sy bt utk jamuan raya kt ofis...mmg sedap...sy slalu cari resepi dlm blog kak azie ni kalau buntu nk masak apa utk suami dan ank2...trima kasih kak azie share byk resepi utk ibu2 d luar ni

    ReplyDelete
  57. Salam kak azie boleh x kalau gunda resepi ni tapi tukar pada daging??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Boleh. Saya ada resepi rendang daging dlm blog yg juga sedap.

      Delete
  58. It's good...
    Going to be a chef one day

    ReplyDelete
  59. Sedapnya nampak rendang nin tengah cari idea nak beropen house hehe. Raye dah nak habis pun 😂😂

    ReplyDelete
  60. Assalamu'alaikum.. akak, kalau lengkuas tak letak tak boleh ke? kiranya kena cari jugak lah? :D

    hehehe XD

    btw baru perasan, selalu mai sini tak follow =_= semalam jumpa akak dkt Insta O.O ads.. first time tgok :D

    ReplyDelete
  61. Assalam..kak azie nk tanya la klu ayam sekor mcmn resepi dia?nk rendang ayam yg berkuah

    ReplyDelete
  62. Salam.
    Dah 3 tahun ikut resepi rendang akak yg ni. Tak pernah tak jadi. Tadi pun baru buat rendang resepi yg ni. Sangat sedap. Hehe tq kak.

    ReplyDelete
  63. salam kak. sy buat mlm tadi utk raya harini tapi xtau kenapa manis rasa rendang ni kak. mmg ikut resepi ni. gula lgsg x letak pun. kenapa ye kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rendang memang letak sedikit gula. Kalau tak letak, macam mana boleh manis.

      Delete