4 Jan 2013

Red Velvet Cupcake Tempahan Pertama 2013







Kali ini saya ingin berkongsi pula gambar gambar Red Velvet Cupcake dengan Creamcheese frosting yang ditempah oleh rakan sepejabat saya. Beliau terpandang gambar Red Velvet cupcake dalam handphone saya semasa beliau menengok gambar Nana pada hari pertunangan baru baru ini. Bila saya memberitahu yang cake itu ditempah, beliau bertanya samada saya boleh membuatnya secepat yang boleh. Saya lantas memberitahu bahawa jika dia mahu, keesokannya saya boleh membawanya ke pejabat. Sebelah malamnya, kami membakar kek dan pagi pagi sebelum ke pejabat, dipaipkan frostingnya supaya ianya kelihatan fresh. 

Syukur Alhamdulillah dengan rezeki kurniaan Illahi ini. Oleh kerana perlu menghantarnya pagi pagi hari dan rushing ke pejabat, telah terlupa nak mengambil gambar cupcake yang telah dimake up dengan frosting menggunakan resepi yang baru. Jangan marah ya, saya guna gambar lama untuk gambar bermake up di atas tu. Kalau tak ada gambar, entri jadi tak berapa menarik dan tak meriah kannn... Gambar yang lain lain, adalah gambar yang di snap malam tadi sebaik dikeluarkan dari oven.

Di samping itu, saya ingin catatkan di sini resepi Creamcheese Frosting yang dikatakan sangat mudah menyediakannya dan sangat sedap. Resepinya diambil di SINI di mana penulisnya menggunakan resepi ini berdozen dozen atau beratus kali. Jom kita tengok resepi dulu.




Vanilla Cream Cheese Frosting  
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
4 oz butter (suhu bilik dalam 10 minit tapi masih sejuk)
8 oz cream cheese (dari peti sejuk)
1 sk pure vanilla extract
4 cawan powdered confectioners sugar
1-4 sb heavy cream/heavy whipping cream/susu

Cara cara:
Masukkan butter di dalam mangkuk dan putar sekejap. Masukkan cream cheese dan putar sehingga sebati selama 30 saat.

Masukkan vanilla extract dan gula dan putar dengan kelajuan perlahan, dan naikkan kelajuan sederhana sehingga ianya menjadi kembang gebu.

Masukkan heavy cream sedikit demi sedikit sehingga mencapai konsistensi yang diingini dalam 1 minit. Jangan letak banyak jika mahukan frosting kekal selepas di pipe atas cupcake.

Boleh terus digunakan atau disimpan di dalam peti sejuk untuk selama beberapa hari dan perlu diputar semula sebelum digunakan.

Nota:
Untuk Chocolate Frosting, tambahkan 1/2 cawan unsweetened cocoa ke dalam adunan sebelum dimasukkan gula supaya ianya menjadi sebati dengan butter dan cream cheese.






12 ulasan

Salam tahun baru...rasa nak bt bisnes jgk le kak..hehe..brapa agak boleh jual st cup tu?

salam kak azie cyg...
sedapnya RV CC...lama dh asz x membaking... :))

LP,it is so moist. I love the texture

Dear, I suka makan kek tp bila buat selalunya tak habis kerana I sorang jer yg memakannya. Jadi bila ambik tempahan ni, dpt lah juga sambil praktis sambil makan sikit sikit

As, I suka jer tengok kek yang As buat. Simple tp sgt membuatkan saya terliur melihatnya

patut la nmpak special dh dpt tempahan rupanya..moga lagi byk tempahan yg akan dtg untuk K.Azie nanti..

Alhamdulillah, ini dah kali ke 4. Yang paling banyak order cupcake dan kuih muih utk 100 orang.

Hi Kak,

That's great. This can be your part time business and retirement plan in future.

Btw, saya kurang suka bake cupcake di souffle case warna putih. kadang2 dia berminyak. Saya biasa guna soufle cup yg ada pattern. Di dalamnya biasa ada 1 lining yg mcm plastik or wax.

Regards,
Sally

Yes Sally, I am thinking of doing it after retiring from service.

Klau berminat nak order camana nak contact?

Boleh email ke azieshoppe@hotmail.com saya akan respond dan beri contact nbr seterusnya.


EmoticonEmoticon