21 Dec 2012

Kuih Talam Durian Untuk Hidangan Petang


Kuih Talam Durian Untuk Hidangan Petang

20.12.2012. Cantikkan tarikh ini? Tapi tak ada apa yang signifikan pun tarikh ini cuma ianya adalah saat di mana keluarga saya dari Kelantan berkumpul di rumah kami di Villa Nur Qaseh sempena majlis pertunangan Nana. Selain bonda, kedua dua kakak dan abang ipar telahpun sampai malam tadi. Manakala abang saya dan keluarganya akan menyusul petang atau malam nanti. Cuma adik bongsu saya, Cik gu Hasliza dan keluarganya akan datang esok kerana masih perlu menyelesaikan tugasan.


Kuih Talam Durian Untuk Hidangan Petang


Sejak berpindah masuk ke rumah ini, 2 tahun yang lalu, inilah kali pertama semua adik beradik saya akan turun ke Kuala Lumpur. Maklumlah semua adik beradik saya tinggal di Kelantan. Hanya saya sahaja yang tinggal di sini. Tetapi hubungan kami sangat rapat dan saling tolong menolong. Malahan saya merasakan Villa Nur Qaseh adalah terbina dengan semangat saya sebagai wanita Kelantan yang sejati. 

Bahan bahan pembinaan yang banyak dibawa dari Kelantan seperti kayu cengal untuk tingkap dan pintu. Walaupun anak anak tidak tahu bercakap loghat Kelantan, namun saya merasakan mereka anak Kelantan yang dibesarkan dengan semangat Kelantan yang menebal dalam diri saya. Kalau ikutkan, saya mahu masakan yang dihidangkan di majlis kami adalah masakan Kelantan yang dimasak oleh Tukang Masak yang di bawa dari Kelantan. Namun dek kesihatan yang tidak mengizinkan, saya hanya menempah dari katerer sini sahaja.

Aduh apa pulak saya pagi ni. Dari nak menulis pasal kuih Talam Durian, dah jauh pulak terpesongnya. Sebenarnya saya menyediakan kuih ini sebagai hidangan petang untuk dimakan sambil sambil berkumpul. Masih banyak durian yang saya simpan dalam freezer, jadi saya fikir eloklah dibuat kuih muih yang berasaskan durian. Lagi pulak, saya sendiri memang peminat durian. Sedap dan sedang elok jer kemanisan kuih ini. Jika rasa ingin cuba membuatnya sendiri, boleh semak resepinya di bawah ini.....

Kuih Talam Durian Untuk Hidangan Petang

Kuih Talam Durian

Lapisan Bawah:
1 cawan durian 
1/2 cawan gula pasir
1 cawan tepung beras
2 sudu besar tepung kastad 
2 cawan santan cair
Secubit garam
Sedikit pewarna kuning

Cara:
Panaskan loyang. Alaskan loyang bulat saiz 8 inci dengan plastik dan spray dengan minyak.
Blend semua bahan dan tuangkan ke dalam loyang.
Masukkan dalam kukusan dan kukus selama 30 minit.
Lorekkan permukaan lapisan bawah sebelum dituang permukaan bawah.

Bahan Atas:
1 cawan tepung beras
3 cawan santan pekat
3 sudu besar tepung jagung 
1 sudu kecil garam

Cara-cara:
Satukan semua bahan dan kacau sebati.
Tapiskan ke dalam kuali tak lekat dan kacau sebentar sehingga keluar wap dan pekat.
Tutup api dan tuangkan ke atas lapisan bawah.
Kukuskan lagi selama 20 minit.
Biarkan betul betul sejuk sebelum dipotong dengan pisau plastik. 



Kuih Talam Durian Untuk Hidangan Petang


10 ulasan

boleh cuba ni..heheh..semua nak mencuba..saya suka kuih talam..

Berbaloi mencubanya sebab sedaaap

Salam kak azie..
cantik+kemas potongan n teksturnya...sedap :))

sedap je kalau nampak kuih2 talam..bagai nak makan hari2

Terima kasih. Permukaan atas agak berlekuk kerana saya dah termasak terlebih pekat adunan atas, jadi bila dituang, ianya tidak mengalir licin.

Kuih talam durian ini, sangat sedap. Seriously.

sy cdgkn Azie cuba buat resepi serimuka durian pulak, tpi kuih yg Azie buat ni pn mesti sedap n blh mgalahkn durian crepe..ntahlah tekak sy cm tak boleh nk mkn durian crepe sbyk sy mkn serawa durian+pulut..

Sida, saya pernah buat kuih seri muka durian dan rasanya memang sedap. Tapi seperti biasa, hanya saya sahaja yang suka makan kuih ini. Hubby dan anak anak tak berapa suka

Assalamualaikum kak azie..tq ye kongsi resepi...saya dah cuba buat,bg jiran sikit,dia puji sedap...saya ambik resepi ye kak...tp buat dulu...hihi

salam kak Azie, sy baru nak mencuba, sy x biase tentang sukatan santan pekat & cair. kalau guna santan kotak, macam mane ye sukatannya. Terima kasih kak. :)


EmoticonEmoticon