16 Nov 2012

Pulut Kukus Cantik Berkilat


Pulut Kukus Cantik Berkilat

Pulut Kukus Cantik Berkilat

Telah beberapa hari, saya asyik dok teringatkan raja segala buah iaitu buah durian. Rupanya bukan saya sahaja yang teringin nak makan durian tetapi Nellisa juga. Balik dari pejabat hari ini, saya terus mengukus pulut untuk dimakan dengan durian bersama santan yang diperah sendiri. 

Haai sejak pandai mengukus pulut ni, memang saya tak lagi menanak pulut. Bukan apa, tapi kerana pulut yang dikukus memang terhasil sangat cantik dan tidak berkerak. 

Jom ikut saya layan yang terlebih rajin ni kerana hari ini saya mengambil gambar langkah demi langkah yang diambil menggunakan handphone Boy kerana kamera kami masuk workshop....


Pulut Kukus Cantik Berkilat

Pulut Kukus

Bahan bahan:
Beras pulut
Secubit garam
2 helai daun pandan
1 sb minyak masak
Serbuk kunyit, jika mahu buat pulut kuning

Cara-cara:
Rendam pulut dalam 1/2 jam ke 2 jam sebelum dikukus. Selepas direndam, gaulkan dgn sedikit garam. Kepada yg nak buat pulut kuning, boleh taburkan serbuk kunyit dan gaulkan.

Masukkan beras pulut ke dalam periuk pengukus yang telah mendidih. Guntingkan daun pandan, jika suka. Kukus selama  15 ke 20 minit.



Angkat dan tuang ke dalam bekas. Renjis renjiskan air sedikit demi sedikit ke atas pulut sehingga pulut nampak kebasahan dan lembut. 





Tuang pula minyak masak ke atas pulut dan gaul rata. Kemudian masukkan semula pulut ini ke dalam periuk pengukus dan kukus lagi selama 15-20 minit. 

Kalau pulut masih nampak keras, renjiskan sedikit lagi air.




Angkat dan sedia dihidangkan. Pulut akan menjadi sedap, lembut dan cantik. Bolehlah dimakan sebagai pulut durian, pulut pagi atau apa apa yang disukai.


Pulut Kukus Cantik Berkilat

Pulut Kukus Cantik Berkilat


19 ulasan

wahh kak azie, bikin yong terliur pagi nie..
yong paling malas nak buat mengukus pulut..
tapi makan nak.. hahaa

mmng cantik pulut kalau di kukus....suka tngk pulut lembut tapi lerai satu2...

Cik Yong, sejak pandai mengukus ni, jadi seronok nak mengukus wp pulut yang dimasak sikit sahaja

Betul tu, sis. Lebih lebih lagi cantik dan tak berkerak.

idam cantik? cubalah resipi mudah fungus BBC MARDI Station hanya di MARDI Station CH

Ha yg ni betol la...pulut KUKUS,tapi apasal lak disiram ngan minyak masak lak???awat tak tarok ja kepala santan!!!tapi memang sedap siot...

Ada macam macam cara mengukus pulut. Ada yg disiram dg santan, ada yg disiram dg air sahaja dan ada yg disiram dg minyak. Yg ini memang tak menggunakan santan.

Selamat berpuasa, jadi sifu masaka untuk kami sekeluarga, pulut 10 kilo minyak berapa sudu

10 kg pulut atau minyak ni....pening2...tp resepi x guna santan ni bagus untuk yang amal diet sihat...

Boleh bagi sukatan air x Utk masak pulut kukus. 1 cawan pulut berapa cawan air... Harap membantu

Boleh btau x berapa sukatan Utk kukus pulut ni.. 1 cawan pulut perlukan berapa cawan air.
Harap membantu

Spt yg ditulis, renjis sehingga pulut lembut.

senang je rupenye kukus pulut...okeh, dah berani nak masak..thanks! :)

sedapnya. sgt menarik. nak try pg nie. thanks kak zie...

http://mamaashraf.blogspot.com/

Saya banyak try resepi dari blog kak azie ni. Mohon halal ilmu memasak tu yea kak... - Teja

Samalh..klu nk msk apa2 mesti bukak blog ni dl...hihihi 👍👍👍

Thanks for the recipe Kak Azie, I've learned to steam pulut the simplest way.

Thanks for this recipe kak. In fact thanks untuk semua recipe akak. Banyak recipe akak saya jadikan panduan everytime nak masak. Semua recipe menjadi. Pulut kukus ni baru buat tadi. Cantik kejadian dia. Thank youuuu xxxooo


EmoticonEmoticon