9 Sep 2012

Puding Karamel - Resepi II


Puding Karamel - Resepi II



Semasa berkunjung ke rumah terbuka sahabat kami, Maziah dan Syed di Taman Tun Dr Ismail, saya diminta mencuba Puding Karamel yang disediakan sendiri oleh Maziah. Kalau tidak kerana saranan Syed, memang saya tak bercadang mencubanya kerana saya telah kekenyangan selepas menikmati Rendang Pedas Ayam yang dimasak oleh Syed yang sangat sedap tu. 

Nanti bila saya dah sediakan rendang ini, saya akan sharekan resepinya. Jadi jangan ke mana mana, tapi tunggguuuuu.....  Lagi pulak, saya sudah mempunyai resepi Puding Karamel di SINI, yang memang menjadi resepi keluarga saya sejak lebih 20 tahun yang lalu.  

Puding Karamel - Resepi II

Tapi itulah, kalau tak dicuba, mana nak tahu sedap ke tidak, kan? Hmmm bila dah cuba, tak cukup satu, saya minta lagi satu Puding Karamel. Kalau tak malu, memang saya rasa macam nak minta lagi 2 atau 3 bekas. Memang sedap dan terasa lemak lemak manis, berbeza dengan Puding Karamel saya yang hanya menggunakan gula. Kesedapannya menjadikan saya terkenang kenangkan Puding Karamel walaupun badan dah jauh berbatu batu meninggalkan TTDI. 

Sedikit sahaja perubahan yang dibuat pada bahan yang digunakan, memberikan hasil yang berbeza. Selain itu, menurut Maziah gula hangus jika disediakan lebih awal dan disimpan di dalam peti sejuk semalaman, lebih sedap. Makanya kita kena sentiasa belajar dan mencuba resepi resepi orang lain juga sebagai menambahkan variasi kuih muih dan masakan kita.

Puding Karamel - Resepi IIPuding Karamel - Resepi II

Saya sediakan Puding Karamel ini untuk dihantar ke majlis jamuan raya di Surau Ad Dhuha dan juga untuk dibawa ke pejabat bagi jamuan makan kecil kecilan sempena meraikan hari lahir kawan kawan. 

Jom kita layan resepi Puding Karamel Maziah yang dipelajari dari buku resepi peninggalan arwah bonda beliau yang sedap dengan rasa gula hangus yang pahit pahit sedap. Tidak lupa saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Maziah dan Syed atas kesudian berkongsi resepi. Jom layaannn.....


Puding Karamel - Resepi II

Puding Karamel - Resepi II
Untuk: 20 bekas

Bahan bahan:
1 tin susu pekat manis (kurangkan jika tak suka manis)
1 tin susu cair
1 tin air
5 - 6 telur - buang mata
Esen vanilla

Bahan Gula Hangus:
1 1/2 cawan gula pasir
3 cawan air

Cara cara:
Goreng gula hingga perang. Bila gula cair dan bertukar warna, baru masukkan air. Masak sehingga menggelegak dan gula hangus menjadi cair semula. 

Tutup api dan biarkan sejuk sebelum disimpan dalam peti ais. Esok pagi, masukkan ke dalam bekas bekas kecil.

Telur dibuang mata dan dipukul tetapi jangan sampai berbuih. Masukkan semua bahan lain. Kacau sehingga sebati. 

Tuang ke dalam bekas kecil yang telah diisi dengan air gula hangus. 

Panaskan periuk pengukus sehingga air mendidih. Kukus selama 10 minit atau sehingga masak. Sentiasa di lap penutup pengukus supaya permukaan karamel menjadi cantik.



Puding Karamel - Resepi II



71 ulasan

Salam Azie...
Sedap puding karamel dihidang time sejuk....nyaman je lalu kat tekak...

Betul, sedap dimakan sejuk sejuk. Semalam sahaja buat sampai 3 kali sebab sedap


kak zie..hmm nyaman tekak...

tulah..mmg sedap kalau gula hangus di buat awal di simpan peti ais..nikee selalu buat extra kalau buat caramel...
anyway..memang best resepi lamakan..cuma resepi mama nikee letak susu pekat semata...

First time cuba resepi yang guna susu lemak manis. memang sedap. air gula pula dibuat pahit pahit manis sikit

telur buang mata tu maknanya apa ya? guna putih telur saja?

Cik gu, setiap biji telur bila dipecahkan, akan kelihatan mata yg dikatakan menyebabkan telur berbau hanyir. Ada mcm ketulan putih. Jangan pulak dibuang telur kuning.

opps terima kasih - kami budak baru belajar ;))

Kita pun sama, budak baru belajar juga

Nak kena try gak ni...hari tu tak puas makan...

Norli, try jgn tk try sb sgt mudah menyediakannya

1. Salam kak,nak tanya ada setengah org ltk telor 5,7,10biji apa bezanya ya...kalau ltk telor byk puding jd lg byk ke?
2. Lg 1 nak tanya...kdg org ltk 1tin je susu cair @ 1tin susu pekat..resepi akak saya tgk akak masukkan susu cair dan susu pekat...ia akan jadi lg byk ke?saya keliru..hrp akak tlg ajarkan..tq

Wslm,

Saya letak telur ikut agak agak bergantung kpd saiz telur. Klu kecil, letak banyak. Fungsi susu cair utk memberi rasa lemak. Boleh guna gula atau susu pekat utk rasa manis. Klu guna susu pekat, ianya memberi rasa lemak manis. Ikut mana yg kita sukai

hehe kalau x baca komen2 pasti ingat buang telur kuning

Sebenarnya ada resepi yg hanya guna telur kuning atau putih, jgn dibuang. Kalau telur putih boleh buat pavlova atau kalau tinggal kuning sahaja, boleh buat udang butter. Apa apa pun jangan buang. Tp utk karamel ni, guna kedua dua telur putih dan kuning

salam azie....nk tnya ..maklumlah sya x biasa buat puding dlm bekas kecil2 mcm ni....
sukatan air gula dgn adunan telur tu...sukatannya kira mcmana ya....

Br siap buat... exactly mcm dlm gmbr.. air gula rs mcm pahit sikit tp ank2 kata ok.... isi dlm bekas kcl2 sbb cadang nk jual di kedai... nk tnya, rasa2 brp hrg 1 nk jual ya..? ;-)

Saya memang suka rasanya yg pahit pahit sikit. Boleh jer dijual dalam RM1.50 sebiji. Terpulang pada Airi untuk menjualnya dg harga berapa.

assalamualaikum pn...sy nk tnye, karamel masuk kn dlm bekas kecik2 ni time panas2 ke? xcair ke bekas? then guna bekas ni jgk kn utk kukus?

Ya. Ia tahan panas, tak cair

Salam...karemel yg dlm bekas dadih ni masa nk kukus tu kna tutup penutup dadih ke x yah ye?

Tak perlu, itu sebab kena selalu lap penutup pengukus supaya permukaannya cantik. 5 minit terakhir, buka penutup pengukus supaya air di permukaan akan kering

Puding ni mmg x keras lps kukus ke? Bila sejuk akan keras ke?

Lepas kukus masih lembik, nnt akan jadi sedikit keras macam dalam gambar

As salam. Sy mmg duk cr resipi ni. Kebetulan lak jumpa resipi puding kat cni. Minta izin copy resipi ye. Td br buat n mmg jd tp sy kukus letak kain pd penutup kukusan. Tgk permukaan x cun mcm azie buat. Mmg x blh guna kaedah ni ke azie ? Sy guna bekas bsr terus. Berapa lama nak kukus dan semasa kukus, guna api bsr @ seserhana @ kecil ? Tq.

As salam azie. Sy minta izin copy resipi ye. Br je siap wat puding ni. Mmg jd tp permukaan x cantik cam azie buat. Sy balut dgn kain penutut kukus. X blh ke guna cr ni ? Sy terus guna bekas bsr, jd berapa lama puding akan masak dan lg 1, nak kena guna api kuat @ sederhana @ kecil ? Tq :-)

As-salam sis azie...nak tnye sket..yg gula kite panaskan tu..kan kite cmpr dgn air...means dgn air yg 1 tin tu la ye? Harap sis jwb...tq

Ya tp dg air yg 3 cawan tu, bkn 1 tin

Kalau air gula xmasuk lam peti sejuk terus masuk adunan telur bole x sis

Kalau air gula panas2 trcampur dgn adunan tlur xpe ke

saya pun ingatkan buang telur kuning jugak...huhu

Salalm kak, sy nak tanya pasal part pukul terlur dengan bahan2 lain tu. Bahan2 lain tu termasuk air 3 cawan ke? Or air 3 cawan tu guna utk gula hangus tu?

Salam. Kak azie, nmpk menarik karamel bekas kecil2 ni. Sy selalu buat dlm loyang je. Sy nk tnya la...gula hangus tu tak perlu keras ke sblm tuang kan bancuhan telur. Yg selalu sy praktis kan gula hangus tanpa air.

Air gula ni mmg jenis cecair. Tak kan keras


salam puan azie...gula pasir 1 1/2 cawan dengan air 3 cawan tuh untuk buat gula hangus ya?...
terima kasih...

nasib baik baca komen. klu x, dh terbuang kuning telur. hehehe

As salam azie...Kak ramlah cini dr Canberra....tq so much ..resepi2 u bnyk membantu i yg x reti masak ni....td berbuka I masak ayam lemak cili padi...husban n anak2 suka Sgt....skrg ni (mlm day)
I nak but puding karamel u....utk esok..harap2 menjadi

sis sy try buat puding karemel guna resepi sis ni...tersgtlah sedap..x hanyir telur langsung...;)

Assalam azie, sy br 1st time buat puding ni. Camne ye nk tau puding ni dah btl msk ekk! -Sue-

Assalam azie, sy 1st time buat puding ni camne nak tau ye puding tu dah betul2 masak ekk?

Salam kak azie bestla resepi kak azie.. Dah 2 kali sy buat tp permukaan x secantik dan selicin dlm gambar kak azie.. Sy dh lap pengukus.. Berapa kerap kak azie lap ye.. Atau cara sy salah?

Assalammualaikum. Terima kasih atas perkongsian ilmu yang bermanfaat. Boleh tahu lebih detail jenama susu cair dan susu pekat manis yang digunakan? Terima kasih.

saya nak taye 1 tin susu kecil atau besar dan secawan besar atau kecil

Guna tin susu saiz standard. Saya guna cawan metric.

Alhamdulillah.... satu lagi resepi dari blog kak Azie saya cuba. Menjadi dengan jayanya. Tapi saya kurangkan susu pekat manis ke 1/4 tin saje. Itupun cukup manis bagi saya. Terima kasih ye kak Azie

Hi kak.azie.... saya penah cuba buat, tp kenapa gula saya tak cair walaupun kita dh kukus.. n, air gula yg kita masak tu akan mengeras, kalau masuk fridge n esok hari baru tuang dalam bekas tu mcm mane.. kene cairkan balik gula tu ke?

Saya tak pernah pulak jadi mcm tu. Air gula hangus tu memang cair. Cuba baca resepi betul2 kot ada yg tak dibuat.

kak azie..kenapa gula tercampur dgn karamel? maybe saya terletak banyak kut karamel tu

kak azie..air gula saya tak nampak he he..mcm bercampur dgn karamel..tapi rasanya sgt sedap..dah jual dah rm1.50 sebekas..tak jadi lah mcm dalam gambar

As salam azie..
Resepi ni kalau guna loyang saiz apa yg sesuai...

Dah siap mmg jadi..tq atas perkongsian resepi yg mabeles kak azie

Assalamualaikum kak azie, semua resepi kak azie mang best sedap giler. Sy pun dah cuba....tp baru separuh la. Hehehe. Nk ty..utk resepi karamel ni, yg dimaksudkan mata tu...kuning telur ke. Mohon pencerahan ye kak. Tkasih..:-)

Assalamualaikum.. Nak tanya. Sya try buat tapi puding tu dia cair skit. X keras spenuhnya. X ckup telur ke?

Wslm. Ikut resepi. Insya Allah ok

Assalamualaikum...kak Azie nk tnya mcm mn nk msuk kan gula hangus dlm bekas kecil yea.

Wslm. Masukkan dalam jug bermuncung dan tuang lah.

Tq azie..sy nk try buat utk majlis nikah adik

Salam. Kalau guna susu cair saja tanpa susu pekat apa efek dia

Wslm. Puding karamel yang tawar lah. Kalau tak guna susu pekat, kena bubuh gula pasir

Salam. Gula hangus klau dah sejuk/keras warna dia dah jdi putih ke?

Kalau resepi ni, nnt akan jadi macam air gula dalam gambar lah. Lepas simpan dlm peti sebelum digunakan.

Minta izin copy resepi yer kak azie..

Salam kak azie..alhamdulillah.sy mmg dh buat ikut resepi ni..mmg jadi cm dlm gambar kak azie..sedap..

Kak nak tanya ckit,kat resepi tu ada 1 tin air dan 3cawan air.....air 3 cawan guna untuk gula ye....air 1 tin tu guna untuk apa pulak ye kak,harap kak tolong jelaskan,nak try petang ni....tq kak

As salam Kak Azie telur yg dibuang mata tu , maksudnya mcm mana ? buang yang kuning tu ke?

wslm. dalam telur putih, ada ketulan kecil. kalau tak ada pun tak payah lah buang. boleh tapis jer. kalau dalam telur itik, mmg kena buang sebab hanyir

Salam , Kak azie guna telur gred ape?


EmoticonEmoticon