24 Aug 2012

Ikan Masak Kicap Pedas


Ikan Masak Kicap Pedas


Bagi setengah orang yang hari hari memasak pagi dan petang, resepi mudah macam ni dah tak payah nak fikir fikir lagi. Tangan secara automatik mengambil itu dan ini, menghiris itu dan ini. Tapi bagi orang yang sekali sekala memasak, ada yang kena buat rujukan. 

Bukan tak tahu memasak tetapi bagi tujuan innovasi kot ada cara lain atau bahan lain bagi menjadikan masakan lebih sedap dari kebiasaan yang dibuat. Dengan kata lain, macam saya lah. Haaa gitu lah kira kiranya yang menyebabkan saya kongsikan juga resepi Ikan Masak Kicap di sini. Lebih lebih lagi untuk rujukan anak anak saya di masa masa hadapan.


Ikan Masak Kicap Pedas


Sementara masih di mood raya ni dan saya pulak masih berpuasa enam, jadi saya sediakan menu ringkas untuk hidangan keluarga. Mereka pun mesti nak merasa hidangan nasi kerana setelah berhari hari dijamu dengan kuih muih raya jer. Maka hidangan saya hari ini ialah Ikan Masak Kicap Pedas. Selepas menghantar saya ke pejabat, pagi pagi lagi hubby ke Pasar TTDI mencari sotong bertelur untuk dibuat ketupat sotong dan juga ikan segar untuk dimasak hari ini.

Jom tengok resepi dulu. Hari ini saya menggunakan cili hijau yang diguna untuk membuat solok lada dari Kelantan. Saya memang suka sangat cili ini samada dimasukkan dalam sayuran atau dimasukkan dalam lauk bergoreng....


Ikan Masak Kicap Pedas

Ikan Masak Kicap Pedas

Bahan bahan:
1 ekor Ikan bawal emas - lumur garam kunyit dan goreng
1 sudu besar cili kisar - ikut pedas disukai
1 labu bawang besar - hiris bulat
1 biji cili hidup merah/hijau - hiris
1 batang daun sadri/daun bawang - hiris
1 batang kulit kayu manis - opsyenal

Bahan bahan sos:
Kicap pekat
Kicap manis
Sos tomato
Sos tiram
Sos ikan
Sedikit gula

Bahan bahan kisar:
1/2 labu bawang besar
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia

Cara-cara:
Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis dan bahan-bahan kisar hingga wangi. Kemudian masukkan cili kisar dan tumis lagi sehingga cili garing dan masak.

Masukkan semua bahan sos seperti kicap pekat, kicap manis, sos tomato, sos tiram dan sos ikan. Kacau hingga sebati. Masukkan sedikit air untuk berkuah.

Setelah mendidih, bawang besar dan cili hidup. Saya guna cili hijau solok dari Kelantan. Akhir sekali masukkan ikan yang digoreng. Gaul-gaulkan seketika sebelum ditutup api.

Sebelum dihidangkan, taburkan sedikit hirisan daun sadri atau daun bawang.

Ikan Masak Kicap Pedas

Ikan Masak Kicap Pedas


9 ulasan

Salam, kalau ditambah lada hitam dan susu pekat akan menjadikan resepi ikan masak black rose. Saya biasa buat untuk lauk ayam. Anak-anak memang suka.

Bro, terima kasih atas perkongsian itu. Insya Allah, boleh cuba nanti

Akak ni applicable kpd semua jenis ikan ke

As Salam, thanks so much for this wonderful recipe and delicious too

Kak azie, suka tengok resepi kebanyakkanya menjadi. TQ

Thanks akak kongsikan ilmu. Minta halal yeee.

Terima kasih kak share resepi. Banyak resepi akak sy guna.semua menjadi. Semoga Allah murahkan rezeki akak

terima kasih atas semua resepi yg puan kongsikan.. semoga ilmu ini akan menjadi ilmu yg berkekalan .


EmoticonEmoticon