26 Aug 2012

Ayam Masak Kicap Pedas Yang Sedap


Ayam Masak Kicap Pedas Yang Sedap


Hari jumaat lepas, saya memasak Ikan Bawal Emas Masak Kicap Pedas di SINI. Di situ rakan blogger saya di Engineers Love Cooking beri komen yang jika diletak susu pekat dan sedikit lada hitam menjadi Ayam Masak Black Rose. 

Pagi semalam semasa ke masjid, tanya hubby apa nak masak ayam tapi dia hanya mendiamkan diri bila saya menyebut Kari Ayam atau Ayam Masak Merah. Oleh kerana tak tahu apa yang dimasak dengan ayam yang hubby beli di Pasar TTDI, saya pun terfikir untuk mencuba apa yang disarankan. Hmmm boleh tahan juga sedapnya. 


Ayam Masak Kicap Pedas Yang Sedap

Kalau semasa memasak ikan, saya meletakkan sedikit gula tapi hari ini digantikan dengan susu pekat manis. Satu kuali besar yang dibuat, laju jer hubby dengan anak anak makan. Aween makan menambah nambah dan makan berulang ulang kali. 

Saya rasa sungguh seronok bila mereka suka apa yang saya masak. Kebetulan saya mengupas ubi kentang untuk dibuat begedil, jadi sebiji saya hiris nipis, goreng dan masukkan sekali ke dalamnya. Sedaaap ni, tak tipu nyeer. Kalau tak caya, cuba buat sendiri dan rasa sendiri. hahaha boleh gitu pulak ya...

Ayam Masak Kicap Pedas Yang SedapAyam Masak Kicap Pedas Yang Sedap

Di samping Ayam Masak Kicap Pedas ni, saya juga membuat Masak Lemak Putih Terung dan Begedil Ayam di SINI untuk hidangan tengahari kami di hujung minggu.  

Jom kita tengok resepi dulu...

Ayam Masak Kicap Pedas Yang Sedap

Ayam Masak Kicap Pedas
Oleh: Azie Kitchen


Bahan bahan:
Ayam - lumur garam kunyit dan goreng
1 biji ubi kentang - hiris nipis dan goreng
1 labu bawang besar - hiris bulat
1 biji cili hidup merah/benggala - hiris
1 sudu besar cili kisar - ikut pedas disukai
Daun sadri/daun bawang - hiris
Susu pekat manis
Lada hitam - tumbuk kasar
Rempah penumis: Kayu manis, bunga lawang, buah pelaga



Bahan sos:
Kicap pekat
Kicap manis
Sos tomato
Sos tiram

Bahan bahan kisar:
1/2 labu bawang besar
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia

Cara-cara :
Panaskan minyak dan tumis rempah penumis bersama bahan-bahan kisar hingga wangi. Kemudian masukkan cili kisar dan tumis sehingga cili garing dan masak.

Ayam Masak Kicap Pedas Yang Sedap

Masukkan kicap pekat, kicap manis, sos tomato dan sos tiram. Kacau hingga sebati. Masukkan air.

Setelah mendidih,  masukkan susu pekat, serbuk lada hitam, bawang besar dan cili hidup. 

Akhir sekali masukkan ayam bersama ubi kentang yang digoreng. Gaul-gaulkan seketika sebelum ditutup api. 

Sebelum dihidangkan, taburkan sedikit hirisan daun sadri atau daun bawang.

Ayam Masak Kicap Pedas Yang Sedap

Selamat mencuba....




50 ulasan

wow nie pebret D5 nie..Nampak sedap sgt masak kicap Azie nie :D

D5, musim raya ni memang sedap lauk lauk macam ni sebab kalau asyik berlemak pun dah tak berselera juga, maklumlah perut kita masih dalam mood puasa,

Salam sejahtera Azie

terimakasih Azie. Ni nak pi dapur nak buat sbgmana saranan, macam sedap je.

Mama Ju, buat jangan tak buat. Masih dalam suasana raya ni, jadi lauk begini sangat sedap. Kalau ikut bro Engineers Love Cooking, namanya Ayam Black Rose

susu pekat tu nak letak byk mana ye?

Ianya berfungsi utk mengganti gula. Tapi berlemak. Jadi masuklah sedikit dulu dan rasalah manisnya

susu pekat tu yg mcm mna ye ?

Susu pekat manis biasa yg org guna utk buat teh tarik tu

dh cuba dh n mmg sedap.... tengs azie share resepi 2...:-)

Sama sama. Kami sgt suka resepi ini. Harap you juga menggemarinya

kalau x nak taruk susu pekat tu pon boleh kan?

Boleh jer. Ganti dg sedikit gula

Boleh azie share resepi Ayam Masak Merah Pedas..

boleh try ni, lain cket resipinye sbb letak susu pekat ... heee tQ share resipi

lapa pulak mlm2 ni tgok blog akak..best3 masakan akak...sedapnyeee....... ;)

Assalamualaikum kak... wish me luck ye.. Nk masak ni...
(*¯︶¯*) nanti da post kat blog saya bg link ye.. tunggu resultnya..

salam.. akk nk tnye bahan sos tu nk bubuh banyak mne ye? lada hitam pun bnyak mne ye?

Wslm. Bubuh agak agak dan kemudian rasa lah. Kalau belum cukup pedas tambah lagi lada hitam.

kak, ayu share kat blog. somi ayu masak ritu. hihi

Susu manis nk letak bape byk??

nk wat skrg gak ni...nmpk menyelerakan

Kak Azie, thank u sgt2 sbb share resipi ni.. Hasben & anak2 really enjoy :)

Sy dh try..memg terbaekkj..tq kak

Sy dh cube mmg sedap..ank2 sy suke sgt..thank kak bg resepi...

Mmg sedap...dah try...mcm ala2 org jawa masak kicap dgn nasi ambeng....:)

Salam Pn Azie...minta maaf tanya, bahan kisar tu apa bahannya ye...

Nk cuba masak cam sedap je .

Suda try masak hri ni utk mknn tghri. Husband suka siap menambah nasi lagi. Next time dia mau lagi. Memang sedappp!

Salam pn azie, ni confirm ke kena letak susu pekat manis?untuk apa yea?

Wslm. Fungsi susu pekat adalah utk memberi rasa manis spt gula. Cuma bila menggunakan susu pekat, akan lebih memberi rasa lemak juga

Kicap pekat kalau takde nak ganti dgan apa ya puan?

Terima kasih kak Azie, resepi sudah di cuba. Puas hati, :-)

Salam..klo xguna halia blh x..
terima kasih..

Tq.arini pening takde idea dh nk masak. Pastu jumpa blog nie 😊

Terima kasih resepinya.. mmg sedap sgt.. nak try masak berkali2, membuka selera btul lauk ni..

Tq for the resipi.. Selalu follow resipi blog akak ni...

Nak tanya, kalau kicap pekat takda nak ganti dengan apa ya?

Terima kasih kpd admin. Selama 6 tahun saya berada di Egypt, sume resepi saya google, datang dari blog ni. :D

Belajar Medic ke. Anak saya dulu belajar di Alex Uni.

Kak Azie, kalau nak bagi berkuah sikit nak kena letak air asam @ air biasa je?

Kalo pakai susu cair boleh x puan

Oyeayy..biasa letak nisang(gula melaka) or gula terus kalau nk manis,x prnah lagi letak susu pekat..wajib try ni..resepi puan azie x pernah mengecewakan..thanks

Nak tanya berapa sudu setiap sos?

Sy buat berkuah...bila tgk gambar, mcm x jadi. Xtau nk agak sos, kicap & air byk mana. Hahaha!... tpi tgk semua org mkn. Kira jadi ler tu...

terima kasih resepi..boleh cuba ..jemput singgah blog saya ea: dirawanhartawan.blogsport.com


EmoticonEmoticon