12 Jun 2012

Apam Dot Dot a.k.a Apam Polkadot


Apam Dot Dot a.k.a Apam Polkadot

Saya sebenarnya dari dulu tak terlintas nak mencuba membuat Apam Dot Dot aka Apam Polkadot. Orang kata belum terbuka hati walaupun sana sini orang membuat dan menayangkan Apam Dot Dot yang cantik cantik dan beraneka warna mengikut kreativiti masing masing. 

Sehingga lah malam sewaktu berehat rehat di Hotel Cititel Penang baru baru ni, bila tiba tiba terasa ingin membuatnya sendiri selepas melayan layan mata dari satu dapur ke satu dapur. Sebenarnya masa zaman remaja dulu, saya gemar sekali membeli baju bercorak polkadot terutama hitam dan merah, warna kegemaran saya. Hahaha lari dari topik, sat.


Apam Dot Dot a.k.a Apam Polkadot

Sebenarnya tidak seperti apam lain, Apam Dot Dot ini lebih sedap kerana mempunyai filling dan bentuknya pun comey comey jer, sebesar ibu jari kot, lagi membuka selera. Saya pernah makan apabila sahabat saya, Sharifah Zalina Shahabudin memberikan 1 kotak Apam Dot Dot pada kami. 

Setiap kali nak masuk mulut, saya mesti tengok bentuk dot dot dan kemudian tengok intinya. Pendek kata, leka dan makan sambil bersantai lah. Ada seni juga memakan Apam Dot Dot ni, bukan main masuk mulut jer.


Apam Dot Dot a.k.a Apam Polkadot

Saya ambik resepi ni dari blog Miss Mirror yang dikatakan lebih sedap, lebih gebu dan lebih lembut dan telah ramai menggunakannya untuk berniaga. Membacanya menjadikan saya lagi teruja untuk mencuba sendiri. 

Saya menyediakan apam ini sambil memasak hidangan makan malam, jadi agak bercinta lah kena ke sana ke mari di dapur. Kejap tengok tumisan di kuali, kejap menjenguk mixer yang sedang beroperasi. Maka kejadiannya pun tak lah cantik seperti apam dapur rumah orang lain. Picit dot dot pun ada yang terlebih besar. Apa apa pun, jom saya kongsikan resepinya di bawah ini....


Apam Dot Dot a.k.a Apam Polkadot

Apam Dot Dot
Oleh: Azie Kitchen 

3 biji telur sejuk (dari dalam peti ais)
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar
3 sudu kecil baking powder
1  sudu kecil ovalette
Filling - ikut suka (coklat nuttella)
Pewarna - ikut suka (merah dan purple) 

Masukkan telur satu persatu ke dalam mixer bersama gula (boleh guna gula pasir je), biar hingga telur benar-benar kembang, baru diikuti dgn ovellete, tepung yg telah bercampur baking powder dan akhir sekali masukkan susu segar. Pukul dengan kelajuan maksima hingga kembang (dlm lebih kurang 8 minit).

Bahagikan adunan kepada 2 bahagian atau lebih. Titiskan pewarna ke setiap satu mangkuk tersebut menggunakan warna berlainan ikut kesukaan anda. 

Utk buat dot dot, ambil dalam 1/4 cawan dan dibiarkan warna asal. Kemudian masukkan ke dalam piping bag atau plastik biasa. Potong bucu utk kerja kerja membuat dot dot. 

Picitkan/sudukan adunan berwarna ke dalam acuan kertas yang telah disusun dalam acuan lompang utk mengelak acuan dari mengembang ketika dikukus.

Letakkan filling secukupnya dengan menggunakan piping utk memudahkan kerja anda.

Picit lagi adunan berwarna sehingga penuh permukaan acuan kertas itu bagi mendapatkan apam yang montel.

Selepas itu bolehlah membuat kerja dot-dot ke atasnya dgn warna pilihan mengikut kreativiti sendiri.

Pastikan air pengukus betul-betul panas, baru masukkan adunan ke dalam pengukus. 


Apam Dot Dot a.k.a Apam Polkadot

Apam Dot Dot a.k.a Apam Polkadot

Kukus dengan api yang perlahan, tutup pengukus dengan kain atau tuala untuk elakkan wap dari menitis ke atas apam selama 15-20 minit. Saya kukus selama 10 minit sahaja. Saya cuma lap penutup pengukus dari masa ke semasa.



Apam Dot Dot a.k.a Apam PolkadotApam Dot Dot a.k.a Apam Polkadot

Apam Dot Dot a.k.a Apam Polkadot

Nota:
Walaupun di dlm resepi tidak dituliskan esen vanilla, bagi yg risaukan ianya berbau TELUR, boleh la dititiskan sedikit esen tersebut. Sebenarnya utk hilangkan dari bau telur, ketika proses memecahkan telur pastikan "pusat telur" dibuang. 

Alas yg diguna untuk menampung papercup (acuan lompang/cheesetart) hendaklah jangan terlalu kecil dari saiz papercup - nanti apam anda akan mengerkot.

Kelebihan resepi di atas ialah, permukaannya tidak "berjerawat" walaupun pengukus tidak dibalut dengan kain.

Jangan biarkan adunan terlalu lama terdedah di luar sebelum dikukus, nanti apam anda akan menjadi keras.

49 ulasan

antara bizz sy nie kak.... kenkadang x larat juga mmbuatnya...tp kenkadang seronok membuatnya....jadi terapi pulak...! hehe....

Syifa, I pun penat sangat tapi semangat nak memasak dan mencuba resepi tengah tinggi menyala. Betul, masa tu tak terasa pun penat. Tapi lepas dah update semua, baru terasa penatnya

Salam sis. comei-comeinya apam polkadot tu.....
betul tu letak vanila boleh kurangkan bau telur..

Sis, masa melawat dapur you hari tu, memang leka sungguh melihat apam dot dot yang beraneka warna. Itu yg dah tak boleh tahan. Sambil memasak, sambil memutar telur. Dot dot pun tak kemas. Itulah sebab dah teruja dan ter cinta dg apam dot dot

comey nye apam dot dot ni macam tuan dia jugak ceria je ada kaler oren lagi,cantik bangat tu macam nak minta je banyak2 heee

Kak Noor, patutnya warna nampak merah dan purple tapi sebab snap gambar malam hari, terpaksa guna cahaya lampu. Itu sebab nampak oren.

Alahai comelnya apam ni. Montel dan gebu je. Rasa nak ngap terus...Ehehehe;)

chomeynyerrr apam dot dot Azie.. saya sendiri belum pernah cuba membuatnya..

LP, sepatutnya lagi bright, guna warna red velvet.

Sheila, buat ni pun sebab nak join geng geng yang dah buat apam dot dot. Hahaha sebab tak nak ketinggalan kapal.

hwaaa...comelnye apam dot2 kak Azie...boleh pulak tu sambil masak2... suka tgk mcm2 design apam ni skrg...

Masih berbaju pejabat, tak sempat tukar dulu. Bayangkan kena bersilat kat dapur tu

alahai.. cute cutenya comeinya comeinya kak azie punya apam dot-dot tu..

CY, kecik comey jer kan? Cuma dot dot tu ada yg tak berapa kemas

terima kasih kak Azie.. resepi ni tip top ;))

Sama sama CW. Saya cuma memanjangkan resepi yamg dicuba oleh Miss Mirror

PH, thank your visiting my blog. Do come again

assalammualaikum..akak, mohon akak tak kesa copy resepi akak..sbb sy nk blaja msk..hehehe :)

Silakan. Tak jadi masalah pun

Tks Azie , I love all your recipes n tried them all came out well as pro.

Azie use egg size A or B?

Lupa pulak. Rasanya saiz biasa atau sederhana jer kot

Assalamualaikum kak azie...
kuih ni boleh tahan berapa hari...???
saya baru nak mencuba...

Resipi k.azie yg sentiasa terbaik

Sya pn nk try wt mlm ni....hihihihi....buat utk ank2...

kak.. nk tnya kenapa apam dot dot ni mcm batat kak.. tepung die mcm keras ckit.. naik pun x de gebu

Nak Kena tapis ke tepung kak

Buat apa pun, tepung elok diayak

slm... sy slalu buat ok.je.tp sejak.akhir ini...apam asik x masak dan.mgecut d bwh. sblh atas gebu gila..cantek...d mn silap nye??

Assalamualaikum... just nk tanye... sk tu apa ye?

Sis mcmana sis wat dot2 tu?? Sy wat x jd la dot2..ada cara dia ke?

Mohon cuba resepi yer..☺😊

kalau dah siap msk,apam ni paling lama tahan brapa hari ye?

Sis saya cuba buat ikut resepi yg sama tp..apam tu x comel..dan permukaan x secantik ni..mcm ade lubang2 sikit..x rata..ape yg kurang ye sis...

sy guns trio food steamer tp x menjadilah sis.

Assalamualaikum sis,apa maksud sk untk sukat bahan tu ye?

Tumpang tnya..selalu adunan ni spt brapa bji apam dot dot ye

Aishah

Assalamualaikum,Akak Azie.. Yana selalu stalk recipe dr blog akak.. Kali ni terpanggil nk komen..Nk tanya, susu segar boleh ganti full cream, sejat cair atau santan tak..

Wslm. Boleh ganti dg susu full cream. Tak pernah lagi guna susu cair.

Salam kak azie . Adunan ni dpt brp biji apam eh ?

salam kak azie... klau x gna ovellet blh x.atau digntikan dgn apa2

Sis nie blh dpt brapa bnyak nie ye?

Maaf saya tak hitung. Tapi banyak lah. Cuba buat dan hitung dpt brp biji

Sis nk bg apam polkafot nie than lama...mcm mna nk bt yea...sbb sya ingt nk bt niaga...

kenapa apam jd merekah..rasa semua dah sdp


EmoticonEmoticon