Bonda saya Hajah Jahara atau dikenali sebagai Mak Cik Jara, sangat terkenal di kampung kerana masakan kuih lompat tikam yang sedap. Teringat lagi semasa kecil, di bulan puasa, kami akan bergilir gilir menghantar makanan ke madrasah untuk dimakan selepas bersolat terawih.
Sepanjang yang saya ingat, bonda saya mesti menyediakan kuih lompat tikam dan kehadiran jemaah pasti ramai di malam giliran kami.
Sebenarnya sudah banyak kali saya cuba memasak kuih lompat tikam selepas belajar cara cara nya. Malahan bonda pernah memasak bersama saya dan menunjukkan cara caranya tapi bila balik dicuba sendiri, masih juga tak menjadi. Hasilnya lapisan hijau tu masuk ke dalam tong sampah jer.
Saya memang kecewa. Satu hari bila balik kampung, saya meminta kuali tembaga yang selalu dia gunakan untuk membuat lapisan hijau lompat tikam. Balik Subang Jaya, cuba memasak dengan kuali tembaga, pun masih tak menjadi.
Setelah agak lama, saya kini membuat percubaan lagi sekali. Kalau masih tak menjadi, inilah percubaan terakhir, itu detik hati saya. Maklumlah resepi orang dulu dulu ni tak pakai sukatan bagai, semuanya pakai campak campak jer.
Alhamdulillah, hari ini semuanya dipermudahkan. Saya berjaya membuat kuih Lompat Tikam yang sangat sedap walaupun tak dapat menandingi Kuih Lompat Tikam air tangan bonda tercinta.

Lapisan hijau:
2 cawan tepung beras
3 cawan air
1 cawan air daun pandan
½ sudu kecil garam
1 sudu kecil air kapur
Lapisan putih:
1 senduk leper tepung beras (sukatan menggunung)
2 cawan santan
½ cawan air
¼ sudu kecil garam
Pulut Merah
1 cawan pulut - rendam terlebih dahulu
Santan cair secukupnya
Garam secukupnya
Sedikit pewarna merah
Air gula melaka:
1 keping gula melaka
Air secukupnya
1 helai daun pandan
Cara lapisan hijau:
Gaul rata semua bahan lapisan hijau dalam mangkuk dan tapis. Kecairan mestilah bila senduk kayu diangkat tinggi, ianya mengalir laju dan tak melekat di senduk.
Masakkan adunan ini ke dalam kuali tembaga (jika ada) dan kacau atas api yang sederhana sehingga menggelegak.
Mula mula saya kacau dengan whisk, lagi mudah. Lepas dah mengeras, baru guna senduk kayu.
Terus dikacau sehingga adunan menjadi pekat dan berkilat serta menggelembung. Masukkan ke dalam loyang dan disejukkan.

Cara lapisan putih:
Satukan semua bahan lapisan putih dalam mangkuk dan tapis. Masak atas api sederhana dengan sentiasa dikacau dengan whisk sehingga mendidih dalam 15-20 minit.
Apabila adunan menjadi pekat dan berkilat masukkan ke dalam bekas dan sejukkan.
Nota: lapisan putih mesti rasa masin sedikit, baru sedap
Cara Pulut Merah:

Panaskan periuk pengukus dan kukus beras pulut selama 10-15 minit.
Angkat dan masukkan ke dalam mangkuk. Tuangkan santan cair yang telah dicampur dengan garam halus, agak agak sehingga pulut menjadi lembut. Masukkan dalam pengukus dan kukus sekali lagi dalam 10 minit. Buka penutup dan dibalik balikkan pulut supaya masak rata.
Angkat dan masukkan ke dalam mangkuk dan dikacau rata. Taburkan sedikit gula bagi menjadikan pulut berkilat dan bersinar. Siap untuk dihidangkan.
Cara Air Gula Melaka:
Masak gula melaka dengan air dan daun pandan hingga hancur dan mendidih. Tapis dan sejukkan.

Cara menghidang:
Potong lapisan hijau dan masukkan ke dalam pinggan.
Masukkan juga sedikit pulut.
Kemudian sendukkan lapisan putih ke atasnya. Akhir sekali, tuang air gula melaka. Hahaha main capai jer senduk tu...
Hmmm sedap sangat nih. Tengok tu.. yummy yummy yummy....
Enjoy.....
And tadi dah dapatkan bahan2 untuk kueh ni, nasib baik ada. doakan menjadi hehehehe.
Farah Jasni
www.zairulakmaldaylife.blogspot.com
lina
Alhamdulillah.. sedappp..