Nasi Minyak Pada Cuti Hari Pertabalan Agong





Nasi minyak hari ini memang menu spontan jer. Semuanya sebab malam tadi saya memasak Ayam Masak Merah yang agak banyak. Seekor ayam gitu, sedangkan hubby dan Boy makan di luar. Lihat resepi di SINI. Jadi saya terfikir, ada baiknya hari ini saya menyediakan nasi apa apa yang sesuai dimakan dengan lauk ayam masak merah.

Tiba tiba teringatkan Nasi Minyak yang rasa nya dah lama saya tak membuatnya, lagipun memasak nasi minyak sangat mudah. Masa saya kecil kecil dulu, suka sangat kalau hari raya kerana dapat makan nasi minyak di rumah my late aunty di Kuau yang memang handal dalam bab masak memasak, sedangkan my mom memang tak tahu memasak semua itu. My mom pakar dalam bab membuat kuih muih atau lauk pauk tradisional sahaja.  Malahan beliau membuat kuih muih dan dihantar di kedai kedai makan di kampung saya. 



Lompat tikam adalah antara kuih my mom yang terkenal tetapi dah 2 kali saya cuba memasaknya tetap tak menjadi. Kena tengok sendiri lah gamaknya tu. Orang dulu dulu, bila memasak, mana ada pakai sukatan bagai, semuanya hanya main agak agak jer. Apa yang diajar, kecairan adunan tepung tu bila diangkat tinggi senduk kayu mestilah laju jatuhannya. hihihi rasa rasanya lah. Lupa pulak, nanti kena tanya semula lah. Rindu masakan my mom tapi apa nak buat, dia pun dah uzur sekarang. Yang penting semoga Mek sentiasa dalam keberkatan Allah. Ameen.

Hmmm bila dah ada Nasi Minyak, dah ada Ayam Masak Merah kena pula ada pajeri atau acar bagi melengkapkan juadah. Jadi bagi melengkapkan geng Nasi Minyak hari ini, saya buat juga Pajeri Nenas. Klik di SINI untuk melihat resepinya. Jom layan resepi ...




Nasi Minyak
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
4 cawan beras basmathi
Air secukupnya 
1 biji bwg besar - hiris
2 inci halia - hiris
3 biji bawang putih - hiris
1 cawan susu cair
2 sb minyak sapi 
Sedikit garam
Rempah penumis - kayu manis, cengkih, pelaga & bunga lawang
2 helai daun pandan
Sedikit kismis sebagai hiasan
 
Sedikit pewarna kuning


Cara-cara

Panaskan minyak sapi dan tumis bahan bahan hiris. Masukkan daun pandan yang dicarik disimpul  dan terus tumis sehingga wangi. 


 
Masukkan beras yang telah dibasuh dan ditos. Goreng beras sekejap sehingga rata.  Masukkan air dan sedikit garam. Pindahkan ke dalam rice cooker.


 
Bila nasi hampir kering, tuangkan susu cair dan terus memasak. 


 
Apabila nasi telah masak, titiskan beberapa tompok pewarna kuning dan taburkan kismis. Tutup periuk dan biarkan seketika.




Bila nasi masak, dikacau perlahan lahan supaya nasi tidak patah. 





Bolehlah dihidangkan dengan lauk Kurma Daging/ayam atau Ayam Masak Merah dan Pajeri Nenas. 



Selamat menjamu selera 







Nasi Minyak Pada Cuti Hari Pertabalan Agong Nasi Minyak Pada Cuti Hari Pertabalan Agong Reviewed by Azie on April 11, 2012 Rating: 5

2 comments

  1. Pergggh kak azie....sedapnye i cook resepi akak....very simpel n sdap gtu......plen nk uat laksa brg lak blom smpai kdai so tkr plen nasi mintak lak......mmg bestt....tq resepi kak azie

    ReplyDelete
  2. Salam kak Azie.. boleh x kak azie post resipi ayam masak kurma.. Tq..

    ReplyDelete