29 Mar 2012

Sambal Tumis Telur Yang Menggoda

Sambal Tumis Telur Yang Menggoda

Hmmm semuanya gara gara Sambal Tumis Telur ini  menyebabkan saya makan banyak malam ni, nasi lemak lagi... Camne nak citer pasal diet bagai? 

Asalnya saya terbaca dalam blog Kkida pasal jenis jenis cili kering, aduhai dalam tu diselit pulak gambar gambar sambal tumis udang, sambal tumis telur yang gambar nya nampak sangat menyelerakan. Ada berani nak buat azam nak diet lagi? Atau makan jer lah apa rasa nak makan sementara masih boleh makan. 



Memang saya bermasalah sekarang ini, masalah tak boleh mengawal selera, masalah tengah seronok nak memasak dan masalah seronok melawat lawat dapur rumah orang. OK dah tak mahu citer lagi lah, sendiri mahu ingat lah, Azie. Nak pergi US bulan depan ni rasanya baju semua dah tak muat, kalau tak mahu berubah kena lah beli baju baru. 

Jom layan resepi sebab lepas ni nak dengar kuliah Ustaz Kazim nak cari ketenangan diri, nak bermuhasabah diri sekali. Hidup untuk makan atau makan untuk hidup?

Sambal Tumis Telur Yang Menggoda

Sambal Tumis Telur 
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan 
5 ulas bawang merah 
3 ulas bawang putih 
1 biji bawang besar - hiris 
4 sudu besar cili kering kisar 
Sedikit belacan 
Garam 
Gula 
Air asam jawa 
Telur - rebus, kupas & goreng 

Cara cara: 
Panaskan minyak. Tumis bawang merah dan bawang putih yang dimesin sehingga garing dan wangi.

Masukkan cili kisar dan goreng dengan api perlahan sehingga betul betul garing. Masukkan gula terlebih dahulu supaya sambal berwarna merah cantik. 

Masukkan garam, belacan dan air asam jawa. Kalau terlalu pekat, tambahkan air sedikit demi sedikit. 





Kemudian masukkan bawang besar yang dihiris. Akhir sekali masukkan telur rebus yang telah digoreng. Sesuaikan rasa dan kepekatan. 




Sambal Tumis Telur Yang Menggoda

Angkat dan hidangkan panas panas dengan nasi lemak atau nasi putih atau nasi minyak.


Sambal Tumis Telur Yang Menggoda


32 ulasan

salam Zie apa kabar?? takde gambar sambal nye ke Zie mesti ngancam ni kan

Noor, baru jer upload gambar gambarnya. Tengah sedih ni Noor sebab dah termakan banyak malam ni semua dek sambal tumis telur nih

Sedapnyer..meleleh air liur tgk foto ni Zie..

Haluuuuuuu. ...........


Lahaulawala sdapnyer.........yes!!!!

Hi azie.. Sedap memang sedap. Saya pompuan cina Dari Malaysia duduk Kat canada. Rinduuuu segala makanan warung... Saya dah try recipe Kari Ikan (makan dengan roti canai frozen) & sambal telur... Memang sedap! Thank you!!

Hi Jen, gembira jika blog ini dpt membantu Jen di Kanads

Sedapnyerrr....nak buat lah jugak..

Sdpnyer..nk try msk time bbka nti.

Nampak sedapnya...semalam nak buat tapi tak jadi pulak..hihi..:)

Nampak sgt sedap.. Dah try tadi... Nyumss.. Tq kak azie!

Terima kasih.. Membantu sy masak utk adik sbb ibu x sehat :)

Sedapnye... nk try masak la jugak...

Sy da try wat byk kli da mmg sedap.sy bkn kate telur. Ikan pun sy pkai resepi ni. Thanks 4 d resepi

Saya selalu guna resepi dari blog akak. Semua sedap2 hihi. Tq utk segala perkongsian.-Maisara-

Salam sis... klu x ad cili kisar... nak ganti ngan ap ye? Maaf ... sya bru nak belajar masak :)

Boleh guna cili kering, rebus dan kisar.. Kalau tak ada juga, bolelah guna cili merah hidup

Saya buat tak jadi sebab kurang minyak 😭

Salam kak zie..sy selalu follow resepi akak...mmg best resepi2 akak...

Sy da try & mmg sedap 👍🏼, bahan2 pun senang nk dpt. thanks for sharing sis

Assalammualaikum Kak Zie, saya dah buat semalam sejurus selepas saya terjumpa resepi sambal telur akak. Memang tak rugi saya try, sedap sangat! Lepas ni boleh try buat nasi lemak. Thank you kak!

mmg sedapla kak sy dh try mmg marvelous

KLau tak ada air asam jawa, gantikan dg asam keping atau kisar 1 biji tomato buah

Tak letak belacan boleh tak kak azie ?

Salam kak Azie sy slalu skodeng resepi akk..klu nk msak msti cari resepi kt blog akk..

Assalamualaikum, I'm not a big fan of cooking but satu hari ttiba terdetik dkt hati ni utk try masak... So,saya google for resepi2 yg senang utk dimasak and trust me, your recipies are my favourite... Byk yg saya belajar through out your blog... Thank you so much sbb byk kongsi resepi.. And Selamat Hari Guru bcos u're my cooking teacher now

Sejak kahwin,blog ni banyak membantu saya dalam sediakan makanan&juadah open house

Dah cuba dan menjadi..tq kak azie share resepi..
Izinkan saya copy resepi akak ya..tq..


EmoticonEmoticon