18 Mar 2012

Puding Roti Karamel

Puding Roti Karamel

Selain mee rebus dan kuih wajik, saya menyediakan Puding Roti Karamel sebagai hidangan pencuci mulut. Barulah lengkap hidangan petang. Saya memang biasa buat Puding Karamel tapi belum pernah cuba buat Puding Roti Karamel. 

Kalau nak tengok resepi Puding Karamel saya, boleh klik di SINI. Ini memang resepi yang saya belajar dari sahabat saya Puan Asmawati dan diamal sejak berpuluh tahun dahulu.

Puding Roti Karamel

Pada mulanya saya ingin mengukus dalam bekas pyrex yang kecil kecil tapi terfikir lama pula, saya tak mengukus dalam bekas besar dan dipotong. Nampak lebih cantik di meja hidangan. Tetapi tak ada pulak loyang yang bersaiz kecil, jadi bila guna loyang yang besar, puding dah menjadi terlalu nipis lah pulak. Banyak lagi rupanya peralatan dapur yang perlu dicari.


OK lah, jom kita tengok resepi yang saya gunakan tadi....

Puding Roti Karamel
Puding Roti Karamel 
Sumber: Dapur CT
Oleh: Azie Kitchen

Bahan-bahan:
3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
4 keping roti gardenia
3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul manja dan di tapis
2 cawan air suam @ (1cwn susu cair + 1cwn air suam)
1/2 cawan susu pekat - resepi asal 1 cawan
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara:
Cara membuat gula hangus, masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jd perang (guna api kecil takut hangit). 


Kemudian masukkan 1 sudu besar air, (berhati2 gula panas). Kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan.






Panaskan pengukus. Carik carikkan roti kemudian kisar bersama air suam dan susu.

Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati. Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak. (40 min-1 jam).



Puding Roti Karamel

Sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dipotong dan dihidangkan.


EmoticonEmoticon