Jumaat, 2 Mac 2012

Puding Kastard Jagung

Puding Kastard Jagung

Salam buat semua. Malam ini saya membuat Puding Kastard Jagung sahaja tanpa Buah buahan Koktail. Resepi ini saya ambil dari Dapur CT iaitu resepi Puding Kastard Jagung Berkoktail. Itu pun kerana saya hanya ingin menghabiskan baki jagung manis dalam tin yang telah dibuka dulu yang kebetulan cukup cukup untuk membuat puding ini. Lagi pulak, puding ni dah ada jagung, jadi saya rasa tak perlu lagi letak buah buahan koktail. Nanti hilang rasa dan keenakan jagung manis.  

Dulu saya pernah membuat puding jagung ini tapi entah kenapa tak menjadi. 2 kali saya membuat nya tapi tetap tak menjadi seperti yang sepatutnya. Tapi resepi ini, bila dikacau jer, terus pekat dan berkilat menandakan kejadian yang positif. Hati tersenyum puas setelah percubaan lepas tak menjadi jadi.

Sedap puding ini, apa lagi bila dimakan sejuk sejuk. Jom apa kata cuba membuatnya. Boleh juga dimakan sambil lepak lepak di hujung minggu. Esok nak layan taman taman saya kerana ada shooting dalam minggu depan. Jom layan resepinya....


Puding Kastard Jagung

Puding Kastard Jagung 
sumber: Dapur CT
Oleh: Azie Kitchen

Bahan utk Puding:
1 cawan tepung kastard
1 1/2 cawan jagung manis (dalam tin)
3/4 cawan gula pasir
3 cawan air
1 1/2 cawan susu cair

Bahan Tambahan:
1 cawan buah campuran dalam tin (tak letak)

Cara-cara:
Letak buah-buahan campuran ke dalam loyang atau bekas acuan kecil2, ketepikan, jika mahu buat Puding Kastard Jagung Berkoktail.


Campurkan kesemua bahan utk puding ke dalam kuali dan kacau mesra. Kemudian letak di atas api yang perlahan dan kacau terus-menerus hingga adunan pekat dan berkilat.






Angkat dan tuangkan ke dalam loyang kesukaan atau bekas acuan berisi buah-buahan campuran tadi. 



Tunggu sehingga sejuk dan kemudian masukkan dalam peti ais.  Sedap dimakan bila sejuk.

Puding Kastard Jagung


Enjoy ....


84 ulasan:

  1. Balasan
    1. Oh ya, Insya Allah, di masa depan, boleh guna santan pulak sebagai satu kelainan

      Padam
    2. Tq akkazie pertama kali buat menjadi

      Padam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. Balasan
    1. Everbiscake, sedap tapi saya tak berapa suka.

      Padam
    2. Samala..kalau sy buat pun sbb hubby saya suka puding jagung..hehe..thanks ya..boleh cuba ni..

      Padam
    3. Samala..kalau sy buat pun sbb hubby saya suka puding jagung..hehe..thanks ya..boleh cuba ni..

      Padam
    4. Dah cuba, boleh bagi feedback ya

      Padam
    5. Sy sedang mencuba.... hrp2 jd... amin....

      Padam
  4. Balasan
    1. Alhamdulillah, tumpang gembira

      Padam
  5. Salam.. Saya dh cuba..best... Tq ya.

    BalasPadam
  6. Baru nak cuba buat hari ni..sblm ni biasa buat puding jagung biasa jer,tak letak kastard la...bee ni mmg hantu jagung..klu boleh tiap2 minggu nk mkn mknan yg ada jagung ni...he3x...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ohh... Saya pun suka makan juga terutama kalau dimakan beramai ramai

      Padam
  7. Sedap...saya dah Cuba dah..thanks Kak..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, semoga terus bertamh baik

      Padam
  8. Baru nak try buat hari ni..hrp2 la menjadi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Inshaa Allah, pasti menjadi.

      Padam
  9. Alhamdulillah puan...senang hati sgt puding menjadi.trima kasih dgn resepi express ni ya.bl2 ms pun bole buat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, saya suka mendengar feedback dari mereka yg telah mencuba. Sekurang kurangnya bagi makluman utk orang lain yg sedang tercari cari resepi

      Padam
  10. Kak azie..apasal puding saya ni tak jadi ye?rasa sedap tapi lembik sangat la..tak leh nak potong.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagaimana dg cawan yg digunakan utk sukatan, kalau lembik maknanya sukatan cecair yg terlebih. Saya buat spt dlm gambar tu, hasilnya. Cuba lagi dg guna sukatan cawan standard.

      Padam
  11. Xltk agar2 ke.. die jd keras sb ap..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada 2 jenis, ada yg mnggunakan agar agar. Tapi yg ni tak guna. Ia akan mengeras selepas dikacau spt dlm gambar di atas.

      Padam
    2. sy dh buar..guna sukatan measuremnt tpi lembik. sdap dh sdap dh

      Padam
  12. sy bt xjd kilat la n lembik skit..nti try lg laa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena kacau lama lama lagi kot

      Padam
    2. Alhamdulillah kali ke2 dah buat, sebelum ni tak berani nak wat. Ok sedap hubby suke! Thanks 4 d simple recipe!

      Padam
    3. Alhamdulillah. Terima kasih kerana memberi feedback di sini. Boleh dijadikan rujukan utk kawan kawan lain yg sedang mencari resepi Puding jagung nanti.

      Padam
  13. Dah cuba tak tau lah jdi ke tak hihihihi.. Tp memang simple lah wat nie hehehe mak seh yer

    BalasPadam
  14. Mmng niat nak bt puding jagung..blog puan mjadi pilihan..mudah ringkas...Alhamdulillah menjadi..
    T.kasih..

    BalasPadam
  15. Ιt's a shame you don't have a donate button!
    I'd without a doubt donate to this fantastic blog! I guess for now i'll settle for book-maгκing and аdding your RSS feed to my
    Googlе acсount. I looκ forwarԁ to bгand new updates anԁ
    ωill talk аbout thіs sіte with my Fасebooκ group.
    Tаlk ѕoon!

    Look at my webpage; Low cost Resorts Record - Compare Accommodations Costs

    BalasPadam
  16. Nak buat ni pulak hari ni.....pernah buat dulu tp dah hilang resepinya.....nasib baik jumpa dlm ni

    BalasPadam
  17. wah sedapnya puding.sedap di makan sejuk-sejuk

    BalasPadam
  18. Da buat, memang menjadi dan sedap, siap promote kat kwn2... terima kasih akak!

    BalasPadam
  19. Dah cuba ..jadi terima kasih.

    BalasPadam
  20. Sedang mncuba harini...insyllh puding sy jd...thank sis....

    BalasPadam
  21. Perasa apa lg yg sesuai selain jagung ye akak utk buat puding kastard?

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau letak nanas pun sedap juga :)

      Padam
  22. Salam Azie..dah 2x saya cuba resepi puding custard ni ikut resepi Azie... mmg menjadi dan sedap!.. :) terima kasih ye...

    BalasPadam
  23. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  24. Dah cuba! Jadi.. Tgh tggu sejuk. Tq admin❤️❤️❤️

    BalasPadam
  25. T.kasih share resepi,., menjadi Dan Sgt sedap..sye ambil yang haq semata mata dulu kini Dan selamanya..

    BalasPadam
  26. Assalamualaikum. Kalau guna jagung manis tongkol tu boleh ke ye?

    BalasPadam
  27. Terima kasih share resepi..Mmg mnjadi n sedap..ank2 pun suka..alhamdulillah

    BalasPadam
  28. Saya mohon share di FB ya

    BalasPadam
  29. Tgh mencuba.....selalu buat guna 1 peket kastad....byk sgt ..try yg ni dptla satu bekas acuan jagung dan satu bekas kecil...ok la....tp x tau lg kejadiannya sbb masih panas.....

    BalasPadam
  30. Puan, saya dh Cuba. Alhamdulillah jadik. Makan dgn susu cair lagi double sedap

    BalasPadam
  31. Alhamdulillah jadi...Terima kasih sudi share resepi puding jagung Ni.

    BalasPadam
  32. Salam ramadhan..thnks Azie Kitchen.
    Dah lama betul tak buat..resepi ingat2 lupa. Scroll kat sini..Alhamdulillah..perfect..
    Cukup utk juadah berbuka ptg ni..

    BalasPadam
  33. bru buat hri ni.. tpi x letak jagung dlm tin... sy x suka jgung dlm tin... sy letak buah dlm tin.... ptg ni bru dpt rsa ...

    BalasPadam
  34. tq admin..dah 2kali buat guna resepi puan utk ramadhan ni..husband pon suka..sedang2 je manis die..

    BalasPadam
  35. Terima kasih puan. Tadi saya google dpt resepi puan.. saya buat tadi.. sedap dan manis.

    BalasPadam
  36. Tq puan..saya kalo nak masak sedap punya mesti resepi puan.Memang terbukti sedap Dan menjadi...huhu

    BalasPadam
  37. Alhamdulillah..dah beberapa kali cuba rezepi ni..dan memang menjadi! Terima kasih ats ilmu yh d beri.. Td cuba lg..tp kali ni saya cuba tambah sket santan..pun jd! Cuma secara peribadi saya lebih suka resepi asal dr yh boh santan ni !)

    BalasPadam
  38. Assalamualaikum Kak Azie. I've tried the recipe but substituted the water with fresh milk. I used 1L of fresh milk. My family really likes it...the pudding is soft,creamy and not too sweet. Thanks for sharing your recipe...Alya

    BalasPadam
  39. Slm puan..nk tnya jagung dlm tin tu nak 1 1/2 cwn kan..agk2 dlm brp tin ye..sbb nk beli bahan..hehe..tq..

    BalasPadam
  40. kalau xguna jagung manis boleh x ?

    BalasPadam
  41. Sedap sangat. Dah 2x cuba. Bahan pun senang

    BalasPadam
  42. Kalau buat pakai fresh corn boleh ke? Tak pakai jagung yg dalam tin.

    BalasPadam
  43. Saya dh try.. sedap.. tapi saya guna santan sbb xde susu cair.

    BalasPadam
  44. saya dah cuba tapi dah letak semalaman dalam peti sejuk, tetap lembik, tidak boleh dipotong. apa silapnya? apa2x pun sedap, disendukkan dlm mangkuk bagai makan aiskrim.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Guna sukatan cawan standard atau cawan minuman biasa. Sebaik guna cawan standard yg dijual kedai bakeri supaya kuih kita lebih tepat sukatan bahannya

      Padam
  45. Baru buat. Alhamdulillah menjadi. Resepi dari blog puan yang paling ringkas sebab yang lain kebanyakannya buat dengan sos sekali. Resepi dari blog ni setakat ni buat memang menjadi lah! :D

    BalasPadam
  46. Saya selalu guna resepi ni utk buat pusing jagung... cuma sy tambah 2 sudu besar butter dan corn emulco.. jd rasa lebih lemak bila tambah butter.. terima kasih Pn Azie utk resepi yg mudah dan sedap ni..

    Saya Diana dr Kota Bharu.

    BalasPadam
  47. Tgh mencuba resepi ni. Tunggu sejuk jap nk tgk ape jadi.first time buat..

    BalasPadam
  48. Terima kasih cikgu azie
    Wat smlm, alhamdulillah dpt mkn puding kastard jagung buatan sendiri. Selama ni main beli je. TQ sgt2

    BalasPadam
  49. Sy bru siap wat puding ni..sdg sejukkn..xtau jd ke x

    BalasPadam
  50. assalamualaikum pn azie...tq sgt mnjadi dan smua memuji kesedapannya...smoga pn azie dberi kesihatn dan pahala berpanjangn aminnnn....

    BalasPadam
  51. Assalammualaikum sis azie...sy baru nak cuba tapi klu xletak jagung cara nya sama kan??

    BalasPadam
  52. Saya dah buat ikut resepi puan azie ni.mmg jd.Alhamdulillah mmg ianya sedap

    BalasPadam
  53. Baru nk cuba buat. Harap2 menjadi

    BalasPadam
  54. Tq for the simple resepi...first time sy cube buat..alhamdulillah menjadi..sedap

    BalasPadam
  55. Kak azie? Sye masak tadi kejap sampai dia pekat tapi tak sempat kental sye dah tutup api. Le0as sejukkan sye letak dlm peti pastu bila makan lembik pulak. Boleh ke panaskan balik?

    BalasPadam
  56. Kita wat menjadi..tq kak azie ikut sukatan

    BalasPadam
  57. Yeah. Akhirnya berjaya buat puding jagung. Tp sy tukar susu ke santan n pati jagung wat sendiri😁 tq sis azie.

    BalasPadam

Add your comment
EmoticonEmoticon