31 Mar 2012

Kari Ikan Tenggiri Mamak Style


Kari Ikan Tenggiri Mamak Style

Seperti saya, hubby pun suka menjamu dan meraikan kawan kawannya. Setiap kali menjemput kawan kawan, beliau minta saya memasak yang hidangannya ikut waktu kedatangan tetamu samada makan tengahari, minum petang atau makan malam. Esok Razali dan Liza akan berkunjung ke rumah dan seperti dijanjikan saya akan memasak untuk mereka.

Pada mulanya saya bercadang untuk memasak laksa johor tetapi memandangkan mereka akan datang waktu tengahari, ada baiknya jika saya terus menyajikan hidangan tengahari. Oleh kerana tengahari, maka saya perlu menyiapkan nasi dan beberapa lauk pauk. 

Oleh kerana hari ini saya bekerja dan tiba di rumah sudah hampir pukul 6 petang, saya rasa elok jika saya terus memasak Kari Ikan Tenggiri malam ini. Selain tidak mau terburu buru pagi esok, juga kerana kari ikan lebih sedap jika dimasak sehari sebelum masa mahu dihidangkan kerana ianya lebih mesra dengan rempah rempah kari.  

Kari Ikan Tenggiri Mamak Style

Kali ini saya menggunakan resepi Kari Ikan ala Mamak Style yang tidak menggunakan santan, sebaliknya menggunakan bawang bawang dan rempah yang banyak. Mengikut apa yang saya baca dari blog Madihaa, resepi ini memang  resepi pilihan kerana kari yang dihasilkan adalah terbaiiikkk...

Jom kita layan resepinya ... 

Kari Ikan Tenggiri Mamak Style

Kari Ikan Tenggiri Mamak Style
Sumber : MaDiHaA  
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
5 keping ikan tenggiri - kepala ikan lagi sedap
5 sudu besar rempah kari ikan - Alagappas atau Baba's 
2 sudu besar cili kisar/cili serbuk 
2 tangkai daun kari - jangan leraikan  
1 sudu kecil halba campur  
Air asam jawa lebihkan sedikit - 1 sb pes asam jawa adabi 
Garam secukup rasa 
Air secukupnya utk kuah 

Bahan bahan Kisar  
1 biji bawang besar  
4 ulas bawang merah  
4 ulas bawang putih  
1 sudu kecil serbuk lada hitam  

Bahan bahan Mayang  
1 labu bawang besar 
3 ulas bawang putih  
3 tangkai cili padi - potong kecil 

Bahan Rampai  
Terung - belah tengah; atau 
Kacang bendi 
Cili hijau  
Buah tomato - belah dua  

Cara cara
Panaskan minyak dan masukkan cili padi yang dipotong. Masukkan halba campur dan bahan bahan yang dimayang.  Setelah agak layu, masukkan cili kisar dan bahan mesin. 




Kemudian masukkan rempah kari ikan. Masukkan 2 tangkai daun kari. Jangan ceraikan daun tu sebab batang daun kari tu akan memberi aroma yg sedap pada kari. 

Masak sehingga hilang bau rempah tu. Masukkan air jika rempah nampak kering.  



Setelah rempah dah masak dan hilang bau, masukkan air asam jawa yg ditapis, air secukupnya ikut kepekatan kuah yg disukai. Masukkan garam.  

 
Setelah mendidih, masukkan ikan, bahan-bahan rampai. Masakkan sekejap sahaja supaya tak nak ikan masak terlalu lama dan hancur. Rasakan apa yg kurang bolehlah ditambah. 




Kari Ikan Tenggiri Mamak Style

 Sedia utk dihidangkan.

Kari Ikan Tenggiri Mamak Style

Kari Ikan Tenggiri Mamak Style



15 ulasan

Saya cuba resepi akak ni. Menu berbuka puasa. Terima kasih

Memang sedap..en.suami pun suka..siap cakap kari ibu ni no.1..hihihi..thnks kak azie..

Ooh soo sweet. Alhamdulillah.

Tq Azie, baru masak kari resepi ni.

Memang sedap sangat tapi gunakan ikan unga.

Assalam wbt.sy byk rujuk resepibyg akak share kat blog..akak halalkan sy tiru resepi2 akak ye. Semoga akak sentiasa dimurhkn rezeki dgn perkongsian ilmu bermanfaat buat sy yg bru blajar masak..huhu

Askum kak😊..selalu intai resepi dlm blog ni,arini ikut resepi kari ikan tenggiri resepi akk yg ini plk..sedapp amatt! Tq😉

Assalamualaikum....kari ni mmg x guna santan atau susu cair ke...nmpak sedap blh cuba ni...sy minta halal ya

Kalau nak masak & carik resepi mmg resepi dari Azie Kitchen jd pilihan utama.terima kasih kak azie ntuk resepi yg sedap2 ni..halal kan yea..

sy dh cuba dh resipi ni. alhamdulillah menjadi. tkasih kak azie.

Tq kak.. asben kita cakap kalah kedai mamak ni.. hahaha..tatau la perli ke apa tu..tapi mmg sedap!!! 😊😊😊

Resepi2 akak mmg terbaik dan x mngecewakan..semoga akak sentiasa dimurahkan rezeki..😘

So delicious azie..tq for the recipe..
Saya suka sangat² resipi yg azie bg ni..


EmoticonEmoticon