26 Mar 2012

Basic Bread Recipe (A Keeper)

Basic Bread Recipe (A Keeper)

Saya memilih resepi ini kerana teruja membaca apa yang ditulis resepi ini sebagai A Keeper recipe.  Resepi ini diambil dari blog Hana yang diambil dari blog MamaFaMi sebelumnya. 

Tapi bagi tujuan perkongsian ilmu tak perlu ditulis sumber sumber sebelum sebelumnya kerana ganjaran perkongsian itu sudah ada dengan sendirinya. Ianya perlu ikhlas dan hanya semata mata kerana Allah.

Basic Bread Recipe (A Keeper)

Walaupun tak ada rancangan langsung untuk membuat roti malam ini, saya tiba tiba jer mula membancuh bahan bahan walaupun masa itu saya sedang menyediakan bahan bahan untuk memasak Rendang Cili Padi Noghori. Itulah saya, kalau nak membuat sesuatu, saya memang tak reti nak bertunggu tunggu. 

Yang sebenarnya bila kita memasak dalam keadaan badan penat dan tergesa gesa ni, pasti hasilnya tak sempurna. Ya lah sambil memasak lauk pauk untuk makan malam, saya juga berkejar menyediakan adunan doh roti. Lepas tu, break jap untuk solat maghrib.  Hahaha belum pun mandi lagi tu...  lepas ni nak naik bilik layan kuliah Ustaz Kazim melalui youtube pula.

Hmmm sebenarnya sedang mencari alasan pasal permukaan roti saya yang tak cantik dan licin macam yang orang lain buat walaupun rasanya sedap. huhuhu.... sungguh tak puashati. Nampaknya kena minta talian hayat di kampung lah sebab my brother memang ada perniagaan kilang roti, Zali Jaya Bakery.

Jom lah layan resepinya...

Basic Bread Recipe (A Keeper)
Resepi Basic Dough
sumber : hanamemories.blogspot.com
Oleh: Azie Kitchen


Bahan-bahan
Bahan A
500 gm tepung gandum@tepung roti
100 gm gula
30 gm susu tepung
11 gm yis mauripan
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil bread improver - optional
1 sudu kecil bread softener - optional

Bahan B
80 gm butter@marjerin
250 ml air
1 biji telur - kacau sedikit

Bahan C
Gula pasir - tabur

Cara-cara
Satukan semua bahan A. Buat lubang di tengah tengah dan masukkan bahan B ke dalam bahan A dan uli sehingga sebati. 

Masukkan bahan C dan terus uli sehingga nampak berkilat dan doh tidak melekat di tangan. Biarkan dalam 30-40 minit.





Tengok doh dah mengembang lebih dari sekali ganda. Tumbuk doh untuk mengeluarkan udara. 



Bahagikan doh (timbang) dalam 50 gram setiap satu.  Bulatkan dan susun dalam loyang yang telah dilenser dengan majerin dan tepung. Biarkan dalam 10 minit.


Sebelum bakar spray permukaan roti dgn air biasa dan taburkan gula. Bakar suhu 180 selama 25-30min atau sehingga masak.


Basic Bread Recipe (A Keeper)

Sejurus keluar dari oven, sapukan permukaan roti dengan butter@marjerin dan sejukkan di atas redai.

Basic Bread Recipe (A Keeper)

Simpan di dalam bekas kedap udara. Roti akan kekal lembut dan gebu.



EmoticonEmoticon