19 Feb 2012

Sausage and Chicken Mushroom Crustless Quiche

Sausage and Chicken Mushroom Crustless Quiche

Saya belajar membuat Quiche yang mempunyai crust dengan TeeaRa Yatie tapi saya mendapati membuat crustnya yang agak remeh sedikit terutama bahagian mencanainya.  Jadi bila terjumpa resepi quiche tanpa crust, saya menjadi amat teruja untuk cuba membuatnya kerana saya amat menggemari quiche yang boleh menaikkan lagi kolesterol badan saya ni. Hahahah itu lah saya, bila stress jer makan tak hinggat. Macam mana nak buat ni?  

Selepas memasak Fettucinni with prawns and scallops pagi tadi, saya mula menyediakan bahan bahan untuk membuat crustless quiche. Sangat mudah menyediakannya kerana tak perlu lagi disediakan quiche crust tu. Rasanya tetap sedap...

Sausage and Chicken Mushroom Crustless Quiche

Sausage and Chicken Mushroom Crustless Quiche
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 sb butter
1 sb olive oil
1 green capsicum
1 bawang besar kuning
7 white button mushroom
1 biji cili merah
2 cawan sausage - potong
1 cawan isi ayam
4 telur besar
1 1/2 cawan heavy cream
1/4 sk garam
Black pepper
1 cawan shredded cheddar cheese
10" pie plate/quiche dish

Cara cara:
Sapu butter pada bekas acuan pie. Panaskan oven pada suhu 170.

Panaskan olive oil dan butter atas api sederhana sehingga butter cair. Masukkan isi ayam.  Kemudian masukkan sosej.




Masukkan pula sayuran yang dihiris. Tabur secubit garam dan juga serbuk lada hitam. Kacau rata. Masukkan ke dalam bekas acuan pie.






Tabur cheese parut di atasnya secara rata.

Di dalam bekas lain, pukul telur, cream, garam dan black pepper. Tuangkan ke atas lapisan cheese tadi.





Akhir sekali, taburkan cheese lagi di permukaan, jika suka.




Bakar di dalam oven selama 30 minit atau sehingga masak bila dicucuk dengan lidi atau cake tester.



Boleh dipotong dan dihidangkan.


Sausage and Chicken Mushroom Crustless Quiche

Sausage and Chicken Mushroom Crustless Quiche


Nota: boleh juga diganti dengan leek, asparagus atau apa apa yg disukai

Sausage and Chicken Mushroom Crustless Quiche


Enjoy ...


7 ulasan

Azie pun kenal Teera Yatie? Dia pun pandai masak...

DuRa, asalnya saya tak suka memasak. Tapi sebab selalu sangat melayan gambar gambar masakan dalam fb TeeaRa Yatie, tu yang sekarang berubah dan mula belajar masuk dapur. quiche pun belajar dari dia juga

Saya pun tak tahan tengok masakan TeeaRa Yatie tu. Semuanya sedap2. Blog Azie pun apa kurangnya. Saya sekrg byk tgk blog Azie...samo selero kito ni...oghe kelate la gitu!

Betul tu, dialah antara inspirasi sehingga bercambahnya minat memasak selain dari Kak Noor. Yes, selera ore Klate unik, babe

salam kak azie.. dkt mn bole dptkan havy cream.. tq

Saya beli di The Village Grocer. Tempat lain mesti ada juga

tq v much azie resepi azie memang iklas akak dah boleh jual laksam dan nasi dagang ikut resepi azie semoga Allah murahkan rezeki n panjangkan umur amin


EmoticonEmoticon