17 Feb 2012

Nasi Goreng Kampung Yang Sangat Lah Sedap Nyer




Nasi Goreng Kampung



Semasa seminar di Shah Alam Convention Centre tadi, saya makan nasi goreng yang fulamaakk sedap nyer walaupun saya masih kekenyangan dek breakfast dengan nasi dagang di Hartini Restaurant. Saya dan Sabariah kawan saya dari JB, cuba meneka bahan bahan yang digunakan. 

Saya memang teruja sangat sangat untuk menyediakan nasi goreng yang sesedap ini. Jadi balik rumah, terus minta hubby ke kedai runcit untuk membeli udang dan cili merah untuk dimasak nasi goreng sebagai hidangan makan malam.

Jom lah layan resepi yang saya reka berdasarkan agak agak dari masakan nasi goreng yang saya makan ...



Nasi Goreng Kampung

Nasi Goreng Kampung
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan
Nasi
Udang - buang kulit
Isi ayam - potong kecil
Telur
Kangkung
Kacang panjang - hiris nipis
Karot - potong panjang
Bawang merah - hiris
Bawang putih - hiris
Garam 
Serbuk perasa

Tumbuk:
Cili merah
Belacan
Cili padi - tumbuk kasar
Ikan bilis - tumbuk kasar

Cara cara:
Sediakan bahan bahan diperlukan.





Panaskan minyak, tumis bawang merah dan bahan tumbuk sehingga wangi. Masukkan ayam dan goreng lagi sehingga masak.





Masukkan kacang panjang dan karot. Kacau sebati dan masukkan kangkung.






Ketepikan bahan goreng di dalam kuali, masukkan telur dan kacau rata.




Masukkan nasi dan kacau sehingga bergaul rata. Akhir sekali masukkan garam dan serbuk perasa.



Nasi Goreng Kampung


Siap untuk dihidangkan.


Nasi Goreng Kampung


Enjoy ....


14 ulasan

masuk banyak rencah, pasti sedap

Salam kak.
Nak share kat blog sy boleh?
Thanks =D

Boleh, tak jadi halangan

Salam...Nak cuba ye resepi ni n resepi yg lain...TQVM

serbuk perasa tu yg mcm mane ek?sy nie tk pandai msk,,,,tp tgk blog akak nie cm mudah je kn,,,nmpk sedap....

Zaman dulu saya guna ajino moto, kini sya letak serbuk perasa secukup rasa adabi atau knorr

Salam kak. heee saya reader baru blog akak ni. aritu cari resepi cornflake madu, pastu godeh2 jumpa mcm2 resepi best2. utk sahur pg td, mlm semlm try wat nasi goreng ni. beza cuma xde carrot, pastu guna 2 ketul ayam percik x abis mkn dlm freezer, dgn guna maggi cukup rasa je x guna garam pon. mamma mia!! sedap giler x terkata!! thanks kak for sharing. pasni nak try wat cornflake milo lak. nak g kedai brg kuih beli golden syrup. heeeeeeeeeeee (^^,)v

Kalau guna belacan biasa yg xbakar lg tu boleh ke ye? Ke xsedap? Haha.

cunnya awak masak..thanks ya 4 the info.

hai isung sy sakit..tpi nasi goreng ni sedap


EmoticonEmoticon