11 Feb 2012

Nasi Goreng Bunga Kantan



Nasi Goreng Bunga Kantan


Saya sebenarnya baru jer mengenali bunga kantan ni. Seingat saya semasa kecil di kampung, tak pernah pulak tengok my mom memasak dengan menggunakan bunga kantan.  Mengenali laksa penang yang menggunakan bunga kantan pun hanya setelah berkahwin, apalagi mengenali bunga kantan.  Tapi kini saya memang menggemari rasa dan bau bunga kantan. Kalau ada masakan yang perlukan bunga kantan, saya memang akan pastikan bunga kantan dimasukkan.

Malahan sebaik sahaja rumah kami siap, saya mula mencari benih pokok kantan dan ingin menanam sendiri supaya saya sentiasa mempunyai bunga kantan yang tersedia bila bila masa diperlukan. Kini pokok tersebut pun dah tinggi walaupun masih belum pernah lagi menghasilkan bunganya.  Tak apa kerana saya seorang yang sabar, sabar menunggu harinya pokok kantan saya akan berbunga.  



Berbalik kepada resepi ini, saya ingin mencuba nya dek kerana ianya menggunakan bunga kantan.  Saya belajar memasak nasi goreng ini dari kakak ipar yang memasak nasi goreng yang sedap, cuma perbezaannya hari ini saya menambahkan bunga kantan yang dihiris.  Sedap nasi goreng ini, apalagi ianya mempunyai kelainan dari nasi goreng biasa.  Kebetulan masih ada baki ayam goreng berempah malam tadi, saya jadikan lauk untuk dimakan dengan nasi goreng pagi ini.

Jom layan lah ....

Nasi Goreng Bunga Kantan 
Oleh: Azie Kitchen

Bahan-Bahan:
Tumbuk:
3 cawan nasi putih 
3 ulas bawang merah 
3 ulas bawang putih 
sedikit belacan 
7-8 biji cili merah (dan sedikit cili padi)
sedikit ikan bilis



10 - 15 ekor udang hidup 
1 batang bunga kantan di mayang halus 
sedikit garam 
sedikit serbuk perasa

Cara:
Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili merah, cili padi dan belacan. 






Panaskan minyak masak, goreng ikan bilis sehingga garing, angkat dan ketepikan. Masukkan pula bahan yang ditumbuk tadi dan kacau hingga kekuningan. 




Kemudian masukkan udang hidup dan biar hingga kekuningan lagi. 



Kemudian masukkan bunga kantan yang telah dimayang halus.Kacau hingga bunga kantan sedikit layu. 




Seterusnya masukkan nasi putih, garam dan sedikit serbuk perasa. 




Kacau hingga sebati dan biar nasi itu masak. Taburkan ikan bilis goreng dan nasi siap untuk dihidangkan. Hari ini saya tidak meletak ikan bilis kerana kehabisan stok.


Nasi Goreng Bunga Kantan

Nasi Goreng Bunga Kantan



1 ulasan so far

Memang sedap betul makan nasi goreng ni.dah banyak try...mmemang best..terbaik la...


EmoticonEmoticon