29 Feb 2012

Lala Goreng Bercili Lagi

Lala Goreng Bercili Lagi


Untuk makan malam ni, saya masakkan lala goreng bercili yang memang menjadi kegemaran Aween. Dia memang suka makan lala, tak pernah jemu jemu. Kalau masak satu kuali tu, dia boleh habiskan seorang jer. Dia suka meratah lala begitu sahaja, bukan makan dengan nasi pun. Boleh tengok masakan lala sebelum ini di SINI.

Jom layan resepi dan gambar gambarnya ...


Lala Goreng Bercili 
Oleh: Azie Kitchen


Bahan bahan:
3 tangkai cili merah
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit halia
2 batang serai - ketuk
Garam
Gula


Cara cara:
Blend cili merah, bawang merah dan putih serta halia. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar serta serai sehingga naik minyak dan wangi. 



Masukkan lala dan dikacau rata rata.



Masukkan garam dan gula. Goreng sehingga lala masak. Bolehlah tutup api dan diangkat.



Selamat mencuba ...





2 ulasan

Saya suka try resepi kat sini sebab simple mudah dan jadi . terima kasih admin

Sgt berguna bgi yg tak pandai msk mcm sy

Setakat nie.. sy cuba resipi2 azie kitchen.. mmg tk pernah mengecewakan..


EmoticonEmoticon