28 Feb 2012

Kari Ikan Sardin

Kari Ikan Sardin

Saya tak bercadang untuk memasak apa apa malam ini kerana penat mengemas rumah dek banyak bumbung rumah kami jatuh berkecai diterbangkan angin yang kuat petang tadi. Banyak atap yang pecah jatuh ke dalam kolam dan teres. Air mencurah masuk ke dalam rumah. Act of God. Kami pasrah.  

Tapi bila hubby meminta saya memasak ikan sardin untuk dimakan dengan lemang yang dibeli di RnR, Seremban dalam perjalanan balik dari Seremban petang tadi, saya tiba tiba teringat komen Kak Ana, sahabat dan bekas boss dalam facebook saya pada gambar Ikan Sardin Masak Cili Padi di mana dia memberitahu yang sardin sedap juga dimasak kari. 

Jadi saya terus memasak Kari Ikan Sardin dan bukan masak sardin seperti yang biasa dimasak. Sedap bila kuah kari dibuat pekat pekat sikit sebab nak dicicah dengan lemang. Masaknya juga mudah, cuma masa menggoreng sardin tadi, minyak dah terpercik ke tangan. Aduhai boleh tahan juga pedihnya, cepat cepat disapu dengan garam kerana garam jer yang terdekat dan senang dicapai.

Jom layan resepinya...

Kari Ikan Sardin
Kari Ikan Sardin 
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 tin sardin
3 ulas bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
2 sudu besar serbuk kari
4 cili padi
1 tangkai daun kari
Sedikit halia
Garam
Asam jawa

Cara cara:
Asingkan ikan sardin dan sosnya.  Panaskan minyak dan goreng ikan sardin sehingga agak agak rata bergoreng.


Kari Ikan Sardin

Panaskan minyak dalam kuali lain.  Masukkan cili padi, bawang bawang hiris, halia dan daun kari sehingga garing dan wangi.


Masukkan serbuk kari yang dibancuh dengan sedikit air. Goreng sehingga rempah garing dan wangi.




Masukkan santan dan air secukupnya. Akhir sekali masukkan ikan sardin, asam jawa dan garam. Masukkan juga sedikit sos sardin, jika suka. Sesuaikan rasa dan kepekatan yang diingini.



Kari Ikan Sardin

 Angkat dan sedia dihidangkan.  yeah. Enjoy ...



14 ulasan

Thanks..sya dh cuba..sedap..simple but nice

Saya suka blog nie...sy da cuba...best n sgt ....

mak kat kg pernah masak kari sardin nie.tp ikan tidak digoreng ,cuma masukkan bile hampir2 tutup api utk elakkan ikan sardin hancur.ikan sardin tin sedap juga dibuat kari campur dengan belimbing buluh atau dimasak lemak cili padi campur belimbimng buluh.

Kak Azie, saya dah cuba resipi ni. Tapi saya masukkan ladyfinger sekali. Sekadar tambahkan warna. Sedap sangat. Thank you Kak kerana share resipi ni.

Hafizah dari Singapore

Mesti Cuba ni....thanks for sharing

Alhamdulillah byk inspirasi didapur saya dari AZIE KITCHEN..buatkan mood memasak sentiasa tinggi..thanks azie..semua resepi nice..

Wow... simple n sedap thanka azi...

Kak Azi, tq sbb share resipi2 yg anak dara senang nak belajar buat. Prektis2 :)

tq utk resepi..sy try mjadi..:)

Sye ingin mcuba.. Tringin nk rse kari sardin nie.. Hrap mjdi..

Assalammualaikum kak Azie
Saya dah lama x memasak (akibat dok rumah MIL) dan bila dah dpt duduk rumah sendiri, blog Akaklah yang banyak jadi rujukan. Saya dah try kuah kacang, nasi lemak dan nasi ayam.. ternyata memang mudah dan sedap.. saya nak try kari sardin pulak.. terima kasih ye.. seronoknya memasak..

Klu tk lntk santan, bley tk??

resipi mudah dan sedap..terima kasih puan ;)


EmoticonEmoticon