31 Dec 2011

Nasi Goreng


Nasi Goreng Azie Kitchen


Pagi ni saya menggoreng nasi mengikut cara yang saya menyediakan nasi goreng sejak kecil di mana kesemua bahan ditumbuk dengan lesung batu. Yang paling saya tak suka ialah menumbuk cili kering, hmm lambat nak melumatkannya.  

Sayur pula hanya menggunakan sayuran yang ditanam sendiri seperti kacang panjang atau sayur sawi. Dah lama saya tak menggoreng nasi seperti ini, kini samada saya menggoreng nasi goreng cina atau menggoreng menggunakan perencah nasi goreng yang dibeli.

Oleh kerana pagi pagi lagi hubby ke pejabat untuk year end closing, terpaksa lah saya menyediakan breakfast walaupun badan masih rasa tak sihat. Di samping nasi goreng, saya juga menyediakan daging goreng garam kunyit.

Jom kita tengok apa yang saya sediakan untuk sarapan pagi ini. Resepi nya semua orang tahu, tapi tak apa lah, sekadar nak melengkapkan blog yang memaparkan kehidupan saya sendiri sejak kecil hingga sekarang. Jom layan...



Nasi Goreng Azie Kitchen

Nasi Goreng
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
Cili kisar secukupnya 
Daging
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 biji telur
Sayuran
Garam dan serbuk perasa

Cara cara:
Blend cili, bawang merah dan bawang putih.  Panaskan kuali, tumis bahan yang dikisar hingga betul betul garing.  

Masukkan daging dan goreng lagi hingga daging masak.  

Masukkan sayuran dan ketepikan bahan bahan ke tepi kuali, pecahkan telur. Kacau rata telur dan terus tuang nasi ke dalam kuali.  

Masukkan garam dan serbuk perasa.  Kacau rata sebelum diangkat.

tumis bahan kisar hingga garing

Nasi Goreng Azie Kitchen
masukkan daging, ayam atau apa apa yang disukai

Nasi Goreng Azie Kitchen
masukkan sayuran yang disukai

Nasi Goreng Azie Kitchen
ketepikan dan pecahkan 2 biji telur

Nasi Goreng Azie Kitchen
kacau telur,  tuang nasi dan dikacau rata

Nasi Goreng Azie Kitchen
masukkan garam dan serbuk perasa
 
daging goreng garam kunyit



EmoticonEmoticon