Ayam Masak Pedas






Ayam Masak Pedas atau dipanggil juga sebagai Ayam Masak Merah adalah masakan yang biasa disediakan untuk majlis kenduri kendara keluarga saya di Kelantan. Lauk ini dimasak secara beramai ramai sebagai salah satu dari lauk yang dihidangkan semasa majlis aqiqah Ahmad Adib Idris, cucu saudara saya yang terbaharu.  Walaupun masakan ini adalah masakan biasa, tapi saya mengambil kesempatan untuk belajar cara masakan ini yang dimasak oleh tukang masak Kelantan.

Jom layan resepi yang digunakan di bawah. Oleh kerana ianya dimasak dalam kuantiti yang banyak, jadi saya tidak dapat memberikan sukatan untuk lauk ini. Jadi kenalah agak agak sendiri juga untuk memasak seekor ayam.





Ayam Masak Pedas
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
Ayam
Cili kisar
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Sos tomato
Garam dan gula
Ajino moto
Kacang peas
Bawang besar hiris

Cara cara:
Ayam diperap dengan garam, bawang merah, bawang putih, halia dan kunyit. Ayam dicelur sekejap sebelum digoreng.

Blend bawang merah, bawang putih dan halia. Tumis bahan di blend hingga garing. Masukkan cili kisar dan kacau hingga betul betul garing. Masukkan sos tomato, gula, garam dan sedikit aji nomoto. Bila dah betul betul masak, masukkan kacang peas dan bawang besar hiris. Akhir sekali, masukkan ayam yang telah digoreng.


tumis bawang merah, putih dan halia dikisar hingga garing

celur ayam dlm air garam, bawang putih, halia dan kunyit

masukkan cili kisar

masukkan sos tomato

masukkan sos cili

masukkan gula dan garam

sedikit aji no moto

letakkan kacang peas dan bawang besar hiris

sesuaikan rasa dan kepekatan

masukkan ayam celur yg digoreng

kacau sebati dan siap dihidangkan

Ayam Masak Pedas Ayam Masak Pedas Reviewed by Azie on December 25, 2011 Rating: 5

26 comments

  1. Saya dah buat resepi tu.. mmg sedap... suami pon suka, timo kasih banyok2

    drp, suri

    ReplyDelete
  2. Salam kenal.
    Memg menjadila resepi ni.
    Terima kasih atas perkongsian :-)

    ReplyDelete
  3. As salam,

    mohon copy paste resepi ini.
    TQ

    ReplyDelete
  4. Kalau kat kenduri kat tempat saya pon sama. Biasa masakan ni memang ada. Memang sedap biasanya. ;)

    ReplyDelete
  5. sy na cba buat ni kalau mnjdi...

    ReplyDelete
  6. kalau tak ade kcg peas bole tak?? rsa dy cm mna ye?? tlong blas ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak bubuh OK sb saya pun jarang bubuh sebab anak pun tak suka

      Delete
  7. sy dh buat... meme sedap dan cepat.... sy msak kntuk adek2 sya... almklumler baru nk beljar dup dpur semntra cuti niee.... tq akak... sedap sngt :)

    ReplyDelete
  8. Memg sedappp..sy da try wat..cuma tambah serai je..mabeles..tq atas perkongsian resepi;)

    ReplyDelete
  9. Salam kak,maaf nk tanye..ayam tu diperap dan digoreng dlu baru dicelur atau aym mentah dicelur dlm air garam + bawang..sori kak,saya br nk belajar :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perap dan celur. Tapi kalau masak dlm kuantiti sedikit tk perlu lah dicelur. Kalau kenduri, jumlahnya banyak

      Delete
  10. Masakan ayam pedas yang ini emang mak nyussss
    mampu menggoyang2kan libah dan membuat ketagihan untuk memasak lagi

    ReplyDelete
  11. Cili tu cili kering ke cili tak kering? Cili boh boleh x?

    Jay

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak sedap guna cili kering. Kalau kenduri, guna cili boh jer.

      Delete
  12. Nk try buat la..nampak cam best jer...

    ReplyDelete
  13. cili kering tue takyah rebus ker?

    ReplyDelete
  14. Baru cuba resipi ni tadi, alhamdulillah sedap :)

    ReplyDelete
  15. nak kne cuba ni. xpnh pulak sy celur dulu aym. huhu

    ReplyDelete
  16. Salam kak Azie, saya dah cuba resepi ni, sgt puas hati..senang nak masak dan sedap...sy silent follower aziekitchen blog, saya x pandai masak n mmg x suka masak coz sejak zaman sekolah mmg jarang ke dapur, tapi semenjak sy berkeluarga, dah kena rajin ke dapur and masak untuk suami dan anak2 kan...blog akak menjadi main reference sy utk try many recipe..sekarang dah suka masak saya ni...thanks kak azie for the inspiration....

    from nora, melaka

    ReplyDelete