17 Nov 2011

Kuih Talam Ubi Kayu


Kuih Talam Ubi Kayu

Kuih Talam Ubi Kayu


Saya tertarik dengan tulisan bdaria penulis blog berkenaan dengan kuih talam ubi kayu yang dia buat.  Dia mengatakan kuih ini sangat sedap dengan secukup rasa masin masin dan manis, menjadikan saya ingin sekali mencubanya.

Memang sedap kuih ini. Cuma di bahagian lapisan bawah agak nipis kerana ubi kayu yang saya gunakan adalah tidak mencukupi, jadi saya hanya menggunakan apa yang ada sahaja. 

Tapi itu lah, kuih ini masak dah pukul berapa, jadi saya tak sabar menunggu ia benar benar sejuk, dah dipotong jadi rupanya tak elok lah sikit tapi rasanya memang  mabeles you... kalau nak tahu, cuba lah sendiri.

Jom kita tengok resepinya yang saya cut and paste dari blog bdaria..



Kuih Talam Ubi Kayu


Kuih Talam Ubi Kayu
Sumber: Kelas Talam 2 (Chef Asma)
Oleh: Azie Kitchen

LAPISAN BAWAH
Bahan-bahan
700 gm ubi kayu (parut dan timbang)
100 ml santan pekat
300 ml air
250 gm gula castor
sedikit pewarna kuning

Cara-cara
Satukan kesemua bahan-bahan kedalam periuk dan kacau rata.  Masak semua bahan-bahan sehinga pekat.
Tuang kedalam loyang dan kukus selama 25 minit. Lapik plastik untuk memudahkan kuih dikeluarkan dari loyang

LAPISAN ATAS
Bahan-bahan
100 gm tepung beras
50 gm tepung ubi
50 gm tepung gandum
2 tsp garam
300 ml santan pekat
800 ml air

Cara-cara
Bancuh semua bahan-bahan diatas
Tapis ke dalam periuk, masak sehingga naik wap
Tuang ke atas lapisan bawah
Kukus selama 30 minit.


parut dan sejat air dlm 15 minit


masuk semua bahan lapisan bawah & masak hingga pekat


masuk semua bahan lapisan atas & masak hingga naik wap


selepas kukus 25 minit


tuang bahan lapisan atas


angkat selepas dikukus selama 30 minit



Kuih Talam Ubi Kayu
siap dipotong dan dihidangkan 


Kuih Talam Ubi Kayu
mabeles dg lemak manis dan masin




8 ulasan

Assalamualaikum kak,

Saya dah cuba buat semalam. :) Sedap sangat! Terima kasih. Nak share resipi di blog saya ye. Thanks.

Boleh saya tau macam mana tak nak kasi kepala santan yang atas tu pecah2 lepas kukus?

Ohh, pecah ke? Saya punya tak pecah pun. Tak pasti lah pulak.

Nampak sedap,mohon d copy resepinya nak cuba ...

Saya dah buat... alhamdulilla jadi... terima kasih utk share resepi..

Loyang saiz apa yg puan Azie gunakan.

Saya dh cuba, tp bahagian bwh xnak beku, kenapa ya..saya xtaw silap kt mn..


EmoticonEmoticon