Resipi · Tip Dapur · Citarasa Nusantara

Azie Kitchen

Malaysia Food Blogger

 ◆ ◆ ◆ 

Daging Goreng Garam Kunyit

Azie 06/11/2011 2 ulasan


Daging Goreng Garam Kunyit


Ini adalah satu lagi masakan yang wajib dimasak setiap kali kami membuat qorban. Sementara daging dipotong dan dibahagikan, kakak saya akan menggoreng daging terlebih dahulu.  

Jadi selepas saja selesai pembahagian daging, kami semua akan makan nasi putih bersama daging goreng yang simple tetapi sedap pada saya.  




Daging Goreng Garam Kunyit
Oleh: Azie Kitchen


Bahan bahan:
Daging
Serbuk kunyit
Kunyit hidup
Garam
bawang besar (hiris)
bawang putih (hiris)
Cili hidup (hiris)
Halia (hiris)
Serbuk perasa

Daging dilumur dengan garam dan kunyit serta kunyit hidup.  Direbus dengan air yang sedikit terlebih dahulu supaya daging cepat empuk.  Setelah daging empuk dan air kering, masukkan minyak masak ke dalam kuali tadi.  Goreng sehingga daging agak garing, masukkan halia, bawang dan cili hidup yang dihiris.  Jangan terlalu garing, kerana daging akan menjadi liat.  Masukkan garam dan serbuk perasa.  

Daging Goreng Garam Kunyit

Daging Goreng Garam Kunyit



Sudah cuba resipi ini?
 

Ulasan

Catat Ulasan