11 Sep 2011

Tetamu Datang Beraya di Nur Qaseh

Walaupun tidak mengadakan majlis rumah terbuka, beberapa orang teman rapat telah menelefon ingin berkunjung ke rumah untuk berhari raya. Kebetulan sekali, Nana mengadakan jamuan raya khas untuk kawan kawan sekolah dan kawan sama universiti, jadi kedatangan mereka diraikan dengan pelbagai juadah. Kami sangat gembira kerana tetamu datang membawa rezeki ke rumah dan rahmat yang melimpah.

Walaupun majlis makan Nana menggunakan khidmat katering kerana saya memang tak larat memasak tanpa pembantu rumah, namun begitu, saya menyediakan juga beherapa juadah pencuci mulut berupa puding batek dan agar agar kastard serta juga rendang ayam yang dimakan bersama lemang sebab hubby kata kalau tak ada lemang, macam tak terasa suasana raya. Sebenarnya majlis ini dibuat di saat akhir atas permintaan Nana. Tapi kerja menjadi mudah kerana anak anak turut membantu memasak dan mengemas rumah. Sebagai ibu yang mementingkan kebahagiaan keluarga, saya cuba memenuhi keinginan beliau. Maklumlah sejak dia balik bercuti, saya sibuk urusan di pejabat. Kita perlu sentiasa berkorban masa dan wang ringgit demi anak anak kerana kita bekerja dan bertungkus lumus mencari rezeki juga untuk kesenangan anak anak. Dalam hidup kena ada keseimbangan kerana wang bukan segala galanya walaupun segala galanya memerlukan wang.


Haaa panjang pulak celoteh pagi ini, al maklum lah setiap hari kita kena berazam untuk berbuat kebaikan .... Berbalik kepada sahabat karib dan famili yang mengunjungi, kami sangat berbesar hati dengan kunjungan dan merasa amat terharu.




bersama Suraya yang datang bersama anak gadisnya


Hubby bersama Shah dan Dinda yang suka berposing


Kunjungan Raja Shah & Feeza yg pertama selepas berpindah


hidangan yang ringkas sahaja


dari sudut berbeza


Feeza yang lama tak bersua


Terima kasih atas kunjungan En Abu Hassan & Sidah


lagi gambar bersama kawan kawan sepejabat


kami makan di dapur secara santai saja


My best friend Norsidah yang bertambah anggun


Bakal bakal doktor..


Kawan kawan Nana dari USJ


As, Tihani dan Farhan turut mengunjungi


Dato Abu dan Datin Ros singgah minum teh


Cheq, Kahar dan Dannia mencari laksa asam ... hahaha lain kali ya


Din tetamu terakhir .. tetap sahabat sejati



EmoticonEmoticon