4 Sep 2011

Ayam Phat Phet


Ayam Phat Phet


Haaa ... unik tak nama resepi ini?  Resepi yang dimasak oleh Nana adalah resepi yang berasal dari Kelantan tetapi bercirikan masakan siam kerana penggunaan daun limau purut.  

Resepi ini biasa dimasak beliau semasa di Egypt. Sedap dimakan dengan nasi panas panas atau dimakan dengan roti gardenia pun sedap. Kalau kekeringan idea nak masak apa hari ini, boleh cuba resepi mudah ini. 

Jom layan resepi dan gambar gambar nya ..




Ayam Phat Phet

Ayam Phat Phet
Oleh: Azie Kitchen


Bahan bahan:
Ayam

Bahan kisar
2 biji bawang besar

5 ulas bawang putih
1/2 inci halia
2 batang serai
Cili padi (ikut suka kepedasan)


Lain lain
1 batang serai (titik)
4 daun limau purut
Asam keping
Garam dan gula



Cara cara
Tumis bahan kisar hingga wangi dan kering. Masukkan sedikit air, masukkan ayam, serai titik dan lain lain bahan. Dimasak hingga ayam masak. Masukkan garam dan gula. Kepekatan ikut suka sendiri, jika ingin berkuah, masukkan air.

Ayam Phat Phet




1 ulasan so far

akak lupa taip satu lg bhn iaitu kunyit...


EmoticonEmoticon