Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Berakhir Umrah Awal Ramadhan Februari 2026



Alhamdulillah kini saya tiba di entri terakhir. Boleh klik entri sebelum ini di SINI. Seperti yang saya tulis sebelum ini, saya merasa sangat bersyukur dengan rezeki dan peluang yang Allah kurniakan ini kerana saya sendiri tidak pernah terfikir untuk melakukan umrah ketika ini. Semua diuruskan anakanda saya dan menantu tanpa saya. Jadi bila diberitahu, saya hanya mengikut sahaja. Rezeki mereka juga untuk membawa saya mengerjakan umrah. OK kita sambung catatan hari kami berangkat balik ke London.

Selepas solat Maghrib dan melakukan ziarah wada, saya berjalan balik ke hotel untuk mandi dan bersiap untuk check out. Memang tercungap cungap juga kerana perlu berjalan laju dengan orang yang ramai dan hotel agak jauh dari gate 29 Masjid Nabawi. 

Pemandu telah menunggu di lobi hotel kerana dijangka jalan akan ditutup dan menimbulkan kesesakan jalanraya menuju ke airport. Puan Sasha, kawan yang kami kenal masa masuk Raudhah pun beritahu teksi yang mereka booking juga sangkut dalam kesesakan lalu lintas. 



Flight kami pukul 2.00 pagi tapi sebab masalah jalan tutup, kenalah datang awal. Sebaik sampai di airport, kami terus ke kaunter penjualan air zam zam dan beli 5 botol dengan harga Rial62.00. 



Lama kena menunggu kaunter check in dibuka. Nasib baik juga air zam zam di dalam botol kecil dalam bag yang dibawa ke dalam kapalterbang, dibenarkan masuk. Sebaik check in, kami masuk ke prayer room untuk solat Isyak. 



Kami kemudian menunggu di dalam kawasan menunggu depan gate berlepas sambil charge handphone. 



Flight transit di Istanbul Sabiha International Airport selama 3 jam. Di sini kami menunaikan solat Subuh di prayer room. Sebaik tiba di Stanstead Airport, kami mengambil grab untuk balik ke rumah. Sampai rumah dah hari sabtu. Terus naik baring baring dan rehat sebelum memasak untuk berbuka puasa. 

Alhamdulillah selesai ibadah umrah kami dengan pengalaman berbeza bila pergi dari London menggunakan private package dari sini. Boleh klik entri pertama perjalanan umrah awal Ramadhan kami di SINI
 

Catat Ulasan for "Berakhir Umrah Awal Ramadhan Februari 2026 "