Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Kubis Goreng Telur Dan Bab Riak Dalam Amalan



Saya ingin kongsikan petikan dari Kuliah zoom Wasiat Ibnu Qadhamah oleh Ustaz Al Fadhil Ustaz Mat Esa Deraman (Tokku Pasir Gudang). Serios pada saya kitab ini sangat bagus dan kupasan oleh ustaz juga sangat terbaik. Kali ini, saya ingin kongsikan sebahagian dari intipati kuliah beberapa minggu lepas berkenaan beberapa amalan yang tidak termasuk dalam makna atau definisi riak. Boleh baca bab riak di SINI.

1. Kita buat sesuatu bukan untuk pujian tetapi kemudiannya orang puji apa yang kita buat. Kita pun mula rasa seronok dengan amalan itu. Riak ialah di permulaan amalan atau satu satu perbuatan adalah untuk mendapat pujian dan perhatian manusia. 
2. Kedua kita suka berpakaian cantik, rumah yang kemas dan cantik. Kemudian ada orang memujinya. Itu tak salah kerana lumrahnya kita sukakan sesuatu yang cantik dan kemas. 
3. Menulis sesuatu yang ada faedah dan bermanafaat. Jika ianya bermanafaat, maka kita boleh tulis. Contoh, saya nak kongsi satu benda baik yang boleh dapat pahala bila orang mendapat manafaat darinya dan berkongsi pula dengan orang lain. Kebaikan itu bukan saya nak pujian dari awak. Itu tak salah. Namun begitu, setiap kita tulis, kita perlu bertanggungjawab. Jadi kena tulis nama. Kalau salah, orang boleh tegur.

Ustaz juga menyentuh bab jangan kerana bimbang dikatakan riak sehingga tidak berbuat kebaikan. Jika kita takut ada rasa riak, takut ada rasa ujub, kita kena lawan. Jangan kerana takut riak maka tertutup pintu kebaikan. Contoh, saya nak sedekah tapi saya takut dikatakan riak, jadi saya tak bagi. Rugi lah.  Kita kena bermujahadah iaitu lawan sifat riak. Jangan mengalah dengan riak dan ujub sehingga tertutup pintu kebaikan.

Ustaz juga ditanya soalan berkenaan jika seseorang membuat satu amalan, bagaimana untuk kita nak tahu jika ianya diterima? Jawapan ustaz ialah kita tak tahu secara yakin tapi tahu melalui alamat. Antaranya ialah seperti berikut: 

1. Kita rasa kemanisan amalannya tersebut. Itu tanda Allah terima.
2. Kita rasa nak tambah amalan kerana satu amalan baik akan menarik satu amalan baik yang lain. Rasa nak buat lagi. Rasa nak tambah dan perbanyakkan lagi bersedekah.
3. Kita nak ajak orang lain untuk turut sama berbuat kebaikan. Kita rasa nak berkongsi. Semua kebaikan akhirat diperintah supaya berkongsi. Kebaikan kena buat keberkatan berjemaah.
Itu juga adalah tanda Allah terima.
4. Keempat tanda lain ialah bila ramai orang baik di sekeiling kita. Kita dah jadi macam magnet. Contoh macam orang kaya atau orang berpangkat yang ramai orang suka berada dan berdamping dengan mereka. Jadi kita juga akan mulai didampingi oleh orang soleh dan orang baik baik.
5. Kelima bila buat amalan, kita suka menyembunyikan. Kita tak mahu bercakap atau memberitahu orang mengenainya. Lebih suka jika amalan kebaikan itu tersembunyi. Contoh, aku suka orang belajar ilmu dari aku tapi jangan sandar pada aku. 

Setakat ini dahulu, mudah mudahan apa yang saya kongsikan ini memberi sedikit sebanyak manafaat dan kebaikan buat semua di saat kita masih hidup ini. KIta kena perguna ruang usia yang ada ini untuk mengumpul amalan. 

Amalan dan pahala hanya boleh dibuat di dunia. Di akhirat, hanyalah tempat pembalasan berdasarkan dosa dan pahala yang kita buat semasa di dunia. Sekarang kita sentuh sedikit bab masakan. 


Saya suka makan sayur kubis goreng kalau makan nasi kandar di restoran nasi kandar. Sayurnya simple jer, tak ada bahan bahan lauk seperti ayam udang pun dalam tu. Hari ini saya menyediakan sayur kubis soreng telur. 

Supaya tak nampak kosong, saya letak telur dalam sayur kubis. Sedap dan makan menambah nambah walaupun dengan nasi putih dan lauk ayam goreng sahaja. Kuah dari sayur ni dah cukup untuk membasahkan nasi saya. 

Jom layan resipi yang saya gunakan hari ini dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba....



Kubis Goreng Telur

Bahan bahan:
1 mangkuk kubis  - dipotong kecil memanjang 
2 biji cili merah
1 sudu besar sos tiram
½ kiub pati ayam
2 biji telur ayam
Garam secukup rasa
Sedikit minyak - untuk menumis
Sedikit serbuk kunyit - opsyenal

Bahan hiris:
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih

Cara Membuatnya :
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan yang dihiris hingga naik bau.

Masukkan sos tiram, kiub pati ayam serta sedikit garam, kacau bahan-bahan ini.

Pecahkan telur dalam kuali tumisan dan kacaukan lah telur tersebut.

Masukkan kubis, kacau serta masukkan sedikit serbuk kunyit. Gaulkan sayuran tersebut sehingga sebati. Sesuaikan rasa dan bolehlah tutup api.


1 ulasan for "Kubis Goreng Telur Dan Bab Riak Dalam Amalan"

  1. lama dah tak makan kubis goreng telur macam ni, nampak sedap pulak

    BalasPadam