Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Nasi Goreng Cili Padi Dengan Telur



Sebelum mula bab resipi, jom kita baca dahulu perkongsian ilmu. Umur kita semakin hari semakin singkat. Jadi kita perlu menambah pahala dan kebaikan dalam pelbagai cara. Jangan lupa untuk klik iklan di blog saya dan juga untuk follow blog tau. Terima kasih. 

Saya ingin kongsikan petikan dari Kuliah zoom Kitab Wasiat Ibnu Qadhamah oleh Ustaz Al Fadhil Ust Mat Esa Deraman (Tokku Pasir Gudang) yang sangat bagus dan sangat menginsafkan. Bhgn 2 kitab membicarakan berkenaan perosak amalan supaya amalan kamu tidak binasa dan usaha tidak menjadi sia sia. Jika amalan menjadi sia sia kamu tak dapat meraih balasan atas amalan kamu dan kamu telah mensia sia dunia dan akhirat.

Apakah yang menyebabkan pahala terbatal? Beribadat tapi penat. Tak dapat pahala dan tidak mendapat ganjaran. Ibnu Qudhamah menyebut 4 perkara iaitu yang pertama, kerana perkara ini yang mudah dan biasa berlaku. Kedua, hanya sedikit terselamat daripadanya. Ketiga, besar nya perkara ini dari sudut membatalkan amalan sehingga kita kena mulakan baru. Seolah kita tak pernah beramal. 4 perkara tersebut ialah:

Pertama, sifat riak di mana beramal kerana mencari pujian manusia. Perbuatan itu syirik. Hadis Qudsi, siapa yang melakukan amalan bukan kerana aku, maka amalan itu untuk orang yang dia lakukan. Aku berlepas diri darinya. Diriwayatkan satu kisah Ada seorang lelaki sentiasa riak dengan amalannya. Bila dia melintasi, orang ramai akan berkata ini orang yang riak. Demi Allah saya tidak memperolehi sesuatu pun, melainkan kerana Allah Taala. Jadi dia menukar niat. Setelah menukar niatnya, orang ramai mengatakan ini lah orang yang soleh bila dia lalu di hadapan mereka. 

Kalau sekiranya 2 ekor serigala kebuluran masuk ke dalam kandang kambing. Macam mana kebulur sekali pun, serigala tak makan semua kambing Cuma makan sekor atau dua kambing sahaja. Tapi orang yang ada penyakit riak yang lebih perosak dari serigala. Kalau sekor babi masuk ke ladang dan merosakkan kebun. Kita boleh melihat bagaimana kerosakan tersebut. Riak lebih teruk dari babi kerana riak merosakkan ladang amalan kita dan akan di habiskan semua sekali sehingga tak bersisa. 

Ada juga sifat riak bercampur kerana Allah ada dan juga kerana nak cari kedudukan di sisi manusia. Surah Al Kahfi ayat 110 Siapa yang nak jumpa Allah buat amalan soleh dan jangan menyekutu dalam ibadah akan sesuatu. Jangan ada perbuatan yang nak nilaian manusia. Ayat 264 Al Baqarah bagaimana riak membatal amalan. Bandingan orang yang membelanjakan hartanya kerana riak pada manusia dan tidak kerana beriman dengan Allah dan hari akhirat. Umpama seperti batu licin. Yang atasnya ada tanah. Bila Hujan menimpa. Maka batu tadi tak tinggalkan apa apa kesan satu pun pasir atasnya. Itu lah bandingannya orang riak.

Ketiga, sifat ujub bila kita sendiri rasa kita bagus. Kita rasa kita buat sesuatu dengan kemampuan kita. Bukan kerana pertolongan Allah. Kita berjaya kerana ilmu dan usaha kita. Sehingga lupa dia manusia berdosa. Orang yang ujub ada 3 benda dalam diri dia. Pertama, lupa dosa. Bila ada dosa, kita akan rasa rendah. Kedua, rasa apa yang dibuat itu hebat. Tak ramai orang buat macam aku ni. Walhal apa dibuat tak besar sangat pun. Ketiga, merasa bangga dengan diri. Saya ni bagus, kuat, alim gagah dan berbangga dengan diri dia dsb.  Sejarah Saidina Umar Abdul Aziz ketika anak beliau Abdul Malek gering berkata wahai anakku, aku berharap kamu lah yang akan memberatkan timbangan pahala aku. Anaknya pula berkata wahai ayah, aku berharap kamu yang akan memberatkan timbangan amalan ku. Masing masing rasa akan diberi syafaat. Bukan memberi syafaat. 

Jadi jangan teruja bila orang kata kalau tak jumpa saya di syurga, carilah saya. Jangan ada rasa di akhirat, kita yang akan beri syafaat. Kita sepatut menjawab, Sama lah kalau tak jumpa saya di syurga, carilah saya. Jangan rasa kita layak dengan amalan kita melainkan dengan rahmat Allah. Orang ujub rasa dirinya yang berhak. Bukan melihat rahmat Allah yang menjadikan dia berhak. 

Ketiga, sifat menghina orang Islam dan menyangka engkau lebih baik dari dia juga akan menyebabkan segala amalan terhapus. Kisah di mana Nabi Isa melintasi satu kota yang ada di dalamnya pencuri. Pencuri itu kenal Nabi Isa. Ini adalah Isa dan sahabatnya yang mulia. Sahabat bertanya Siapa pula kamu celaka? Dia menbjawab, aku pencuri yang mengganggu jalan. Lalu pencuri itu berjalan di belakang Nabi Isa dan temannya dalam keadaan bertaubat dan hina. 

Aku tidak layak berjalan bersama mereka. Aku akan berjalan di belakang mereka berdua sebagai orang yang hina. Sahabat Nabi isa menoleh dan kenal lelaki itu. Dia berkata pada dirinya, Siapa anjing ini yang berjalan di belakang. Allah mewahyu pada Nabi Isa supaya berkata pada kedua duanya supaya memulakan kembali amalan kebaikan mereka. Pencuri itu telah diampunkan kerana bertaubat dan rasa hina dirinya. Sahabat dihapuskan amalan kerana telah menghina pencuri yang telah bertaubat itu.

Keempat, perkara yang membatalkan amalan ialah menyalahi sunnah. Samada dengan perkataan, perbuatan atau iktikad. Rasulullah adalah dalil yang memberi petunjuk ke jalan yang lurus dengan Al Quran. Ikutlah sunnah Rasulullah. Sesiapa menolak dalil dan ikut jalan lain, akan sesat. Berjalan sebagaimana ia berjalan. Berhenti bila berhenti. Jangan engkau melangkauinya. Contoh was was dalam solat, melebihi 3 kali basuhan yang disunatkan dalam berwudhu, melakukan solat dalam waktu dilarang serta puasa pada hari yang dilarang. Bila ingin melakukan suatu amalan yang kamu anggap sebagai satu ketaatan, tengok lah dahulu sunnah jika ada, lakukan. Jika tidak, tinggalkan. 

Ulamak sepakat bahawa satu amalan tak akan diterima melainkan dengan 2 syarat, iaitu ikhlas dan tepat dengan sunnah. Dalam amalan kita tak boleh jadi pak turut. Kita kena belajar untuk dapat ilmu. Menuntut ilmu itu wajib pada umat islam supaya kita beribadat bukan ikut tradisi. Kita ada disiplin solat, mengaji, puasa. Semua lengkap melingkungi kehidupan beragama supaya kita tahu islam menjelaskan tatacara dari cara ambil wudhu sehingga selesai solat. 

Semua perbuatan ada dalil yang menjelaskan. Kita wajib belajar. Tanya orang yang tahu jika kamu tak tahu. Bertanya adalah kunci pada kebutaan itu. Setiap perbuatan mesti ada dalil. Bukan kerana nenek moyang suruh. Tapi Rasulullah suruh buat. Jangan melangkaui sunnah nabi. Jangan melampau dalam agama. Ada orang guna air membazir masa ambil wudhu. Islam ajar buat 3 kali. Selepas 3 kali dikira membazir.

Kita belajar dan mengakui kesilapan kita. Walaupun saya baru tahu. Jangan putus asa. Putus asa bukan sifat orang beriman. Betapa sayangnya Allah. Allah suka orang bertaubat. Jangan rasa kita terlambat. Mulia kita kerana niat kita nak jadi baik. Niat kita nak ikhlas itu yang jadikan kita ikhlas. Keinginan kita nak kusyuk dalam solat yang menyempurnakan solat kita. 

Perbaharui niat dan azam. Niat itulah yang datangkan darjat dan pahala. Mulakan langkah lebih kemas dalam mualat dengan Allah. Perbaharui langkah. Ambil berat hubungan dengan Allah. Allah bagi peluang nyawa lagi. Bila Allah sayang kita, Allah bagi ruang untuk kita. Umur walaupun sedetik adalah rahmat. Mulakan dengan taubat, mulakan niat yang baik, mulakan dengan belajar dan mula bertanya. Cukup di sini dahulu, sekarang kita masuk pula bab resipi.


Saya sebenarnya tidak pernah jemu makan nasi goreng. Kalau makan nasi putih dengan lauk, kadang kadang rasa tak berselera. Tapi kalau nasi goreng, saya tak perlu lauk pauk lagi. Saya boleh makan nasi goreng sepanjang masa dari pagi sehingga ke malam pun. 

Tapi itulah, kalau beli nasi goreng ni, kadang kadang tak sedap. Susah nak cari yang sedap. Memang kena masak sendiri jika mahukan nasi goreng yang sedap. Untuk nasi goreng sedap, sebenarnya tak perlu lauk pauk yang banyak pun. Cukup sekadar ada telur, pun dah boleh buat nasi goreng yang sedap. 

Hari ini saya kongsikan resipi nasi goreng yang mudah sahaja iaitu nasi goreng cili padi dengan telur. JIka tak mahu guna cili padi, boleh jer guna cili kering kisar biasa. Tapi rasanya dah lain. Telah lama tak buat video. hari ini rasa nak buat video nasi goreng cili padi dengan telur. Jika nak tengok, boleh klik di SINI.

Jom layan resipi yang saya salin di bawah ini. Selamat mencuba... 


Nasi Goreng Cili Padi Dengan Telur

Bahan bahan:
700 gram nasi putih - 2 pot beras
3 biji telur
1 mangkuk kacang panjang - atau apa apa yang disukai 
½ kiub ikan bilis
Garam
Gula
¼ cawan minyak 

Bahan tumbuk:
4-5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 genggam cili padi 

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga masak. Masukkan kiub ikan bilis dan kacang panjang dan kacau seketika, terus ketepikan bahan di kuali.

Tuang telur. Bila telur separuh masak, baru dikacau. Kemudian masukkan nasi. Kacau rata. Masukkan garam dan gula secukup rasa.

Besarkan api dan kacau sehingga ianya berasap dan beraroma. Tutup api. Tabur bawang goreng dan sedia untuk dinikmati. 


Catat Ulasan for "Nasi Goreng Cili Padi Dengan Telur"