Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sambal Tempoyak Daun Kayu


Di dunia sebenarnya tidak ada keadilan kerana tiada pembalasan kepada amalan jahat dan baik yang dibuat seseorang. Hanya di akhirat baru ada keadilan kerana di sana setiap perbuatan akan dihitung dengan seadil adilnya hatta sebesar zarah juga. 

Itu sebab manusia tidak takut untuk melakukan perbuatan yang ditegah dan tidak mengikut perbuatan yang dipesan Rasulullah supaya mengamalkannya. Rasulullah banyak menunjukkan contoh teladan untuk kita ikuti. Baik dari segi akhlak mahu pun ibadah.

Mengikuti apa yang dilakukan oleh baginda adalah sunnah dan pastinya mendapat pahala, lagi lagi jika diniat melakukannya untuk mengikuti sunnah Rasulullah. Antaranya yang baginda selalu lakukan ialah solat sunat Dhuha dan solat sunat Witir. Tak mampu buat banyak, buat sedikit asal jangan ditinggal terus.

Manakala perbuatan yang dilarang, pastinya membawa dosa. Mudah sahaja, buat sahaja yang baik baik seperti menepati janji, bercakap benar, menghormati hak orang lain dsb. Tapi berapa ramai antara kita yang betul betul mengikutinya. 

Dunia adalah ladang untuk kita bercucuk tanam dan tuaiannya akan kita buat di akhirat kelak. Kalau kita tidak menanam, mana mungkin kita akan menuai hasilnya. Begitu lah ibaratnya. Jangan pula menanam perkara yang tidak baik, kelak kita akan menuai hasil yang tidak baik juga. Di dunia kita perlu kebaikan untuk mendapat pahala tapi di akhirat, kita perlu pahala untuk mendapat kebaikan. OK sekarang kita masuk pula bab masakan.


Oleh kerana saya adalah blogger masakan, maka cinta saya bukan hanya pada resepi dari Kelantan, negeri kelahiran saya tapi dari semua negeri. Terutama lauk pauk dan masakan kampung dan tradisional dari negeri negeri di seluruh negara. 

Lauk pauk begini tidak ramai anak anak muda yang pandai membuatnya lagi kerana mungkin sajian masakan tradisional agak sukar dicari. Mereka pun tak pernah makan atau tak suka makan masakan begini.

Saya pertama kali makan masakan ini di rumah Bonda Datin Seri Rafidah. Ketika itu, kami berdua bertugas di Seremban. Jadi sebelum balik KL, kami singgah rumah bonda beliau. Bonda beliau menggunakan sayuran yang terdapat di sekeliling rumah saya. Pucuk ubi pun dipetik dari tepi rumah.

Melihatkan pucuk ubi begitu banyak sekali di belakang rumah, saya terfikir sedap juga kalau dibuat sambal tempoyak pucuk kayu. Selain pucuk ubi, ada juga daun kaduk yang segar segar. 

Dalam peti ais pun ada isi petai dan tempoyak. Tempoyak ini adalah tempoyak yang saya buat sendiri menggunakan durian yang dibeli dari penjual durian di Kota Damansara. 

Jom layan resepi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa untuk klik follow blog saya dan juga klik iklan iklan yang keluar ya. Selamat mencuba....


Sambal Tempoyak Daun Kayu
Oleh: Azie Kitchen

Bahan tumbuk:
5-6 biji cili padi 
1 ½ inci kunyit hidup
2 sudu besar ikan bilis
3 sudu besar tempoyak
½ sudu kecil serbuk kunyit

Bahan hiris halus:
1 ikat pucuk ubi 
20 helai daun kaduk
1 helai daun kunyit
1-2 batang serai

Bahan lain:
Segenggam petai
¼ kg santan pekat
1 sudu kecil garam 
5-6 ekor udang
2 sudu besar ikan bilis 

Cara cara: 
Masukkan bahan tumbuk dan bahan hiris ke dalam kuali. Masukkan semua bahan lain kecuali santan. Kacau rata sehingga layu sedikit. 

Tuang santan dan air secukupnya. Kacau sehingga masak. Masukkan garam dan bila hampir kering dan pucuk ubi lembut, bolehlah tutup api. 


Catat Ulasan for "Sambal Tempoyak Daun Kayu"