Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Rendang Kerang Cili Padi Yang Sangat Sedap



Telah lama saya sedang mencari buku persiapan menjelang kematian oleh Ustaz Ahmad Dasuki. Ramai yang tidak tahu persiapan yang perlu dibuat. Kita juga tidak tahu jika apa yang kita alami adalah tanda kita sedang menghadapi saat kematian. Agen yang saya hubungi memberitahu buku dah out of stock. Insya Allah saya akan terus mencari.

Saya kongsikan intipati dari ceramah Ustaz Ahmad Dasuki di youtube di mana setiap orang akan mula rasa menyesal bila malaikat mula datang berdiri di hadapan kita untuk mencabut roh kita. Malaikat istihar bahawa telah datang saat sakaratul maut yang penuh dengan kebenaran dalam kehidupan kamu. Kematian yang kamu lari dalam hidup kamu selama ini. Orang yang makan ubat segenggam setiap pagi untuk apa. Untuk sihat dan lambat mati. 

Kita akan minta dengan malaikat supaya mohon dari Allah untuk tidak dimatikan supaya ada peluang untuk bersedekah dan menjadi hamba Allah yang soleh sedang ajal tidak dapat ditangguh. Di waktu itu, kita akan ditunjuk balik semua amalan yang pernah kita kerjakan sepanjang hidup. 

Kita keliru apa ni, mati ke apa ni. Masa ni belum mati lagi. Kamu tak boleh nak bayangkan dalam pemikiran kita sesakit masa sakaratul maut. Rasulullah suruh kita belajar. Ini masa paling penting dalam hidup. Bila sahabat tanya macam mana sakitnya Rasulullah. 

Rasulullah ajar macam mana cara nak lalui saat sakaratul maut. Badan seolah badan dirobek dan ditarik atas bara api yang panas dan ditarik atas kapas yang basah. Iman Ghazali berkata sakit sakaratul maut sehingga lidah mengesot masuk ke dalam. Sakit yang sehingga mata hitam menjadi putih. Kedengaran hanya dengusan. 

Sakit meneran masa bersalin adalah hanya 1 juzuk dari 99 juzuk kesakitan kematian. Saat sakaratul maut, masih ada peluang untuk bertaubat tapi kita tidak mengambil peluang tersebut kerana syaitan menghasut supaya tidak bertaubat. Masa roh dihujung kaki, kita masih boleh bertaubat. 

Tapi ramai orang tak bertaubat sebab tak tahu kerana tak pernah dengar ceramah agama tentang kematian. Roh akan ditarik naik sehingga ke lutut dan naik sehingga ke pusat. Kemudian roh akan turun semula. Ketika ini kita akan keliru dengan pujukan syaitan bila mana syaitan akan kata, tengok kamu belum nak mati, roh turun balik. 

Roh akan turun dari pusat sehingga ke kemaluan dan kemudian akan direntap terus sehingga ke halkum. Masa roh berada di halkum, baru kita tahu kita akan mati. Jika ketika ini baru hendak bertaubat, telah dikira terlambat. Pintu taubat telah ditutup. Mata mula pandang kanan dan kiri melihat semua yang kita lakukan samada kecil atau besar. Kita akan sambung di entri akan akan datang tentang 3 perkara yang seorang mukmin perlu jaga supaya boleh menjawab soalan kubur dan kubur akan dilapang sejauh 70 hasta. 


Kali ini saya ingin kongsikan Rendang Kerang cili padi yang terlajak sedap. Memasak rendang ini sangat mudah sebenarnya tapi perlu nak memastikan santan berketul dan sebagainya. Kacau jer sehingga kuah kering. 

Saya tengok ada orang yang masak rendang kerang dengan dicampurkan sekali pes rendang segera. Saya hanya guna pes rendang segera bila bercuti ke luar negara sahaja. Kalau tidak, memang akan memasak rendang from scratch. Boleh tengok resepi rendang kerang saya sebelum ini di SINI

Saya memang suka rendang kerang tapi nak mencari kerang yang segar agak sukar. Kena ke pasar Taman Tun, baru jumpa. Harga memang mahal. RM18 sekilo. Saya beli 2 kilo, dapatlah 450 gram isi kerang.

Cara rebus kerang yang saya belajar ialah selepas dibasuh, direndam kerang dengan sedikit garam selama 20 minit untuk membersihkan kekotoran dan membuang toksin jika ada. Kemudian masukkan kerang ke dalam kuali tanpa memasukkan air

Tutup kuali dan biarkan selama 5 minit. Selepas itu angkat dan masukkan kerang dalam besen yang mengandung air ais atau masukkan ketulan air batu. 

Biarkan seketika sebelum dikopek. Jadi isi kerang akan masih kelihatan segar dan tidak kecut. Lepas tu, boleh dimasukkan dalam bekas dan disimpan dalam peti ais jika tidak terus menggunakannya. 


Untuk rendang saya hari ini, walaupun ianya rendang cili padi tapi saya letak juga sedikit cili kering kisar supaya lebih cantik warnanya. Tidaklah terlalu kuning seperti mana rendang cili padi yang hanya menggunakan cili padi semata.

Rendang kerang yang sangat sedap ini sangat versatile dan banyak yang boleh digandingkan dengannya selain makan dengan nasi putih. Sedap dimakan dengan nasi lemak, pulut kuning, mee hoon goreng atau dimakan dengan lemang. Pendek kata semua sedap. 

Jom layan resepi di bawah ini. Jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba...


Rendang Kerang Cili Padi

Bahan bahan:
2 kg kerang direbus - 500 gram isi
2 cawan santan segar pekat
1 sudu besar cili kisar 
1 sudu besar kerisik
1 keping asam keping
2 helai daun kunyit - hiris 
1 batang serai - ketuk
1 sudu kecil garam
1 cawan minyak

Bahan kisar:
9 biji bawang merah
7 ulas bawang putih
10-12 tangkai cili api - ikut suka pedas
3 batang serai
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas

Cara cara:
Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan cili kisar dan tumis lagi sehingga terbit minyak. 


Masukkan santan, asam keping dan kacau rata. Masak sehingga terbit minyak. 

Setelah terbit minyak dan hampir kering, masukkan kerisik dan garam secukup rasa. Masukkan daun kunyit yang dihiris. Kacau rata. 

Akhir sekali, masukkan kerang dan kacau rata sehingga kering yang disukai.  



Tabur sedikit lagi daun kunyit dan tutup api.



1 ulasan for "Rendang Kerang Cili Padi Yang Sangat Sedap"