Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Rendang Pedas Daging Azie Kitchen



Kebelakangan ini, saya banyak menulis bab resepi percuma yang tidak ramai orang menghargainya. Sedangkan resepi percuma yang saya bagi adalah resepi yang telah dicuba dan terbukti sedap.

Ramai yang sanggup bayar sehingga RM100 ke RM300 untuk satu resepi yang hasilnya yang sama atau lebih kurang sama. Yang membezakan antara satu resepi dengan resepi yang lain ialah teknik penyediaannya. 

Teringat dulu bekas boss saya di pejabat pernah cadangkan untuk charge RM10 jika ada yang ingin menyalin resepi yang saya kongsikan. Namun saya bertegas tidak mahu mengenakan apa apa bayaran. 

Sekarang baru saya sedar, cadangan boss saya tersebut telah dibuat oleh ramai blogger. Mereka hanya berkongsi gambar masakan, jika mahu resepi perlu mesej. Dikenali sebagai program PJJ.


Setakat ini, saya belum lagi bercadang untuk private kan blog saya atau pun mengenakan bayaran. Tapi saya hanya mohon sedikit sokongan agar anda yang masuk ke blog saya untuk klik mana mana iklan yang ada di sini. 

Memasak dan menulis blog juga memakan masa sekurang kurangnya setengah hari. Hanya sedikit tanda penghargaan akan dapat memberikan semangat untuk blogger kembali ber blog dengan meriah. Lebih lebih lagi sekarang saya memang sepenuh masa sebagai blogger masakan.

OK sebelum kita masuk bab resepi. Resepi saya hari ini adalah sama dengan resepi rendang pedas ayam di SINI. Cuma saya gantikan dengan daging. Rendang pedas ini sedap dimakan dengan lemang, pulut kuning selain dari nasi putih. 

Jom layan resepi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba...



Rendang Pedas Daging
    
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
2 kg daging
2 kg santan
½ biji kelapa parut - digoreng keperangan (jika suka boleh guna kerisik biasa)
3-4 keping asam keping
2 helai daun kunyit - hiris
1 sudu besar garam
70 gram gula Melaka - jika suka

Bahan kisar:
4 inci halia - 50 gram
3 inci kunyit hidup - 20 gram
7 biji bawang besar - 380 gram 
10 biji bawang merah - 100 gram
5-8 ulas bawang putih - opsyenal
8 batang serai
6 sudu besar penuh cili - 250 gram 

Cara cara;
Masukkan semua bahan ke dalam kuali dan masak sehingga daging agak kering air. 


Masukkan santan dan masak sehingga daging empuk. Setelah terbit minyak, masukkan kerisik, asam keping, gula Melaka dan garam. 

Masak sehingga rendang kering yang disukai. Setelah hampir kering, taburkan daun kunyit. Kacau dan bolehlah diangkat.




Nota:
Separuh dari bawang boleh dihiris jika suka.


1 ulasan for "Rendang Pedas Daging Azie Kitchen"

  1. Salam Kak Azie. Saya akan klik iklan sebagai tanda sokongan. Terima Kasih kerana sudi kongsi resipi secara percuma.

    BalasPadam