Sabtu, 30 November 2019

Dodol Kuala Pilah

Dodol Kuala Pilah

Sewaktu saya post entri dodol di SINI, seorang follower Instagram saya @Balqiisshh menulis komen di IG saya tentang keenakan dodol Kuala Pilah. Menurut beliau, dodol Kuala Pilah menggunakan beras pulut yang direndam sebelum dikisar halus. Saya menanyakan apa bezanya dengan menggunakan tepung beras pulut. Bila diberitahu, barulah saya faham.

Ohh bila menggunakan tepung beras pulut, dodolnya terlalu licin dan glowing sangat. Hahaha kalau guna beras yang dikisar, teksturnya lebih kasar dan sedap. Saya tambah juga ½ cawan kelapa parut untuk menambah tekstur dan rasa lemak pada dodol. 

Dodol Kuala Pilah

Saya meminta beliau tolong membelikan untuk saya tapi katanya dodol ini biasanya dimasak di bulan Ramadhan sahaja. Jadinya saya memutuskan untuk menyediakannya sendiri di rumah. Lama lagi nak tunggu Ramadhan. Lagi pun, ala ala tengah seronok dapat memasak dodol dengan cepat menggunakan periuk Noxxa.  

Dodol Kuala Pilah

Dodol Kuala Pilah

Saya sangat berpuashati dengan kejadian dodol ini. Memang sedap dan tidak terlalu manis. Sedang sedang sahaja. Lepas ni, boleh sediakan dodol sendiri di rumah. Boleh buat dalam kuantiti yang sekadar cukup untuk makan seminggu atau dua. Dengan kata lain, dapat makan dodol fresh. 

Jom pakat ramai ramai sediakan sendiri dodol di rumah. Seronok bila melihat suami dan anak anak makan dodol yang kita hasilkan. Maklumlah zaman dulu, dodol hanya disediakan di musim perayaan sahaja. Memakan masa berjam jam untuk disiapkan. Sekarang dengan Noxxa, sangat cepat. Set masa stir fry 30 minit sahaja. 

Jom layan resepi dodol Kuala Pilah yang ditunjukkan oleh rakan IG. Malahan beliau telah memberikan link video masyarakat kampung Kuala Pilah sedang menyediakan dodol dalam kawah.


Dodol Kuala Pilah

Dodol Kuala Pilah

Bahan bahan:
½ kg beras pulut
1 kg santan pekat 
½ kg gula Melaka
400 gram gula pasir 
½ cawan kelapa parut - opsyenal
Sedikit kapur

Cara cara:
Beras pulut direndam selama 3-4 jam dan dikisar hancur. Tuang ke dalam periuk. 

Masak gula Melaka, gula pasir dan gula merah dengan sedikit air sehingga gula larut. 

Kacau sebati santan, beras pulut dan air gula Melaka dalam periuk Noxxa dengan setting stir fry 30 minit. Kacau sehingga berwarna gelap dan berkilat. 

Dodol Kuala Pilah

Dodol Kuala Pilah

Dodol Kuala Pilah

Bolehlah diangkat. Untuk lagi mudah, masukkan dalam bekas plastik tahan panas sebab ianya tidak melekat. 

Dodol Kuala Pilah

Nota:
Boleh masukkan sedikit kelapa parut, jika suka. 

Add your comment
EmoticonEmoticon