Ahad, 24 November 2019

Dodol Sedap Dan Mudah Menggunakan Periuk Noxxa

Dodol Sedap Dan Mudah Menggunakan Periuk Noxxa

Selamat berhari minggu semua. Lepas sarapan dengan BFF pagi tadi, saya hanya berbaring baring dan melepak di ruang keluarga sahaja. Insya Allah esok, saya akan admit di hospital lagi untuk procedure pembuangan batu karang lagi. Doakan saya ya. Hari ini masak apa? Kalau tak ada plan apa apa lagi, apa kata pakat ramai ramai cuba memasak dodol. Sangat mudah dan cepat jer. 

Seumur hidup saya tak pernah melihat orang membuat dodol. Bukan makanan tradisi masyarakat kampung saya menyediakan dodol di musim perayaan. Banyak jer dodol yang dijual di Pasar Siti Khadijah. Arwah ayah memang suka makan dodol. Kalau beli, dia akan makan sedikit sedikit sehingga habis. 

Hari ini saya membuat dodol bersama Mia. Mia yang menyukat bahan bahan dan mengacau di periuk. Kebetulan Mia biasa melihat arwah Mak Tok menyediakan dodol untuk hidangan raya ketika di kampung dulu. Jadi Mia yang memberitahu bagaimana kalau nak tahu dodol dah boleh diangkat. 

Kata Mia, Mak Tok akan melihat kalau warna dah gelap. Dodol yang diceduk dari kawah, akan dipotong menggunakan gunting kerana tekstur dodol yang kenyal. Hmm barulah saya faham bagaimana mahu melihat dodol masak.

Serious dodol ni sangat sedap. Bila dah sejuk, lagi sedap dan tidak terlalu kenyal seperti ketika baru baru dikeluarkan dari periuk untuk dihiris. Malam malam, saya sanggup lagi turun ke dapur untuk menikmati seketul dodol. Bila dah sejuk, licin berkilat dan cantik sangat.

Dodol Sedap Dan Mudah Menggunakan Periuk Noxxa

Dodol Sedap Dan Mudah Menggunakan Periuk Noxxa

Rasa dodol saya hari ini secukup sahaja. Tidak terlalu manis. Sangat sesuai kemanisannya. Kalau sekadar untuk makan keluarga kecil, satu adunan ini telah cukup. Dapatlah sebekas bekas plastik. Happy sangat bila akhirnya berjaya memasak kuih dodol. Yeaay.

Jom layan resepi dodol di bawah ini dan video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba...


Dodol Sedap Dan Mudah Menggunakan Periuk Noxxa

Dodol Mudah Dengan Periuk Noxxa

Bahan A:
2 cawan gula merah
1 cawan gula
1 cawan air
2 helai daun pandan 

Bahan B:
2 cawan tepung beras pulut
4 cawan santan
1 sudu kecil garam
Sedikit kapur

Cara cara:
Masak bahan A sehingga mendidih, gula larut menjadi air gula. Ketepikan sehingga suam.

Dodol Sedap Dan Mudah Menggunakan Periuk Noxxa

Satukan semua bahan B  dan tuang air gula. Masukkan sedikit kapur. Kacau rata. 

Dodol Sedap Dan Mudah Menggunakan Periuk Noxxa

Dodol Sedap Dan Mudah Menggunakan Periuk Noxxa

Tapis ke dalam periuk Noxxa. Set pada fungsi stir fry dan kacau sehingga menjadi dodol. 

Dodol Sedap Dan Mudah Menggunakan Periuk Noxxa

Kacau selama 30 minit sehingga dodol berkilat, warna bertukar menjadi gelap dan licin pada daun pandan. Nota: pastikan benar benar masak supaya dodol tahan lama dan tidak cepat berkulat.

Dodol Sedap Dan Mudah Menggunakan Periuk Noxxa
  
Boleh simpan dodol di suhu bilik dan dipotong setelah sejuk.

Dodol Sedap Dan Mudah Menggunakan Periuk Noxxa


Add your comment
EmoticonEmoticon