Isnin, 29 Oktober 2018

Masak Lemak Cili Api Ikan Tenggiri Dengan Petai Kikis

Masak Lemak Cili Api Ikan Tenggiri Dengan Petai Kikis

Hari ini saya memasak satu lagi lauk yang menjadi kegemaran saya sejak kebelakangan ini. Taraaa masak lemak cili api ikan tenggiri dengan petai kikis. Ikan tenggiri yang dihantar oleh @fishforitmy yang sangat segar. Ikan yang telah disiang, dicuci dan dihantar dalam vaccum pek beg tahan sejuk yang memang sangat memudahkan kerja para suri rumah di dapur. Walaupun telah menerimanya beberapa hari lepas, namun masih segar seperti baru beli di pasar. 

Berita baik bagi follower blog Azie Kitchen ialah mereka telah menawarkan promo code RM5 OFF bagi setiap pembelian barang basah dengan mereka. Jom singgah di Instagram @fishforitmy. Dah order, bolehlah cuba resepi seperti yang saya sediakan hari ini. 

Masak Lemak Cili Api Ikan Tenggiri Dengan Petai Kikis

Hari ini saya memasak antara lauk kegemaran saya iaitu masak lemak cili api cara Nogori yang hanya menggunakan dua bahan kisar sahaja iaitu cili api dan kunyit hidup. Ikan tenggiri bila digandingkan dengan petai, memang sangat serasi. Sangat sedap.

Sebelum ini, saya pernah menyediakan masak lemak cili api dengan petai yang dikupas kulitnya. Boleh klik di SINI. Jika ditanya saya, kedua duanya sedap tetapi menggunakan petai kikis, laaagi sedap kerana kulit petai yang lembut sedap dikunyah dan dimakan. Yang paling best, walaupun makan banyak tapi mulut tidak berbau seperti yang seharusnya selepas makan petai. 

Jom layan resepi yang saya gunakan hari ini dan juga video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Sangat sedap, sedap, sedap sekali. Rugi jika anda tidak mencubanya...


Masak Lemak Cili Api Ikan Tenggiri Dengan Petai Kikis

Masak Lemak Cili Api Ikan Tenggiri Dengan Petai Kikis

Bahan bahan:
1 ekor ikan tenggiri papan
2-3 papan petai - dikikis
1 biji kelapa parut - santan segar
1/2 keping asam keping
Garam

Bahan kisar:
12 tangkai cili api
2 inci kunyit hidup

Cara cara:
Masukkan bahan kisar ke dalam periuk dan kacau sehingga mendidih dan cili masak dan kering. 

Tuangkan santan segar dan kacau rata. Masukkan petai kikis, asam keping dan garam. Masak sehingga kuah mendidih sambil dikacau.

Masak Lemak Cili Api Ikan Tenggiri Dengan Petai Kikis

Masak Lemak Cili Api Ikan Tenggiri Dengan Petai Kikis

Akhir sekali, masukkan ikan dan kacau sehingga ikan masak dengan api kecil. 

Masak Lemak Cili Api Ikan Tenggiri Dengan Petai Kikis

Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat dan dihidangkan. 

Nota:
Terus mengacau kuah beberapa minit selepas api ditutup supaya kuah cantik dan tidak berketul.


Add your comment
EmoticonEmoticon