Khamis, 16 Ogos 2018

Sup Ikan Kurau Untuk Wanita Dalam Pantang

Sup Ikan Kurau Untuk Wanita Dalam Pantang
Kali ini saya ingin menyambung bab doa keampunan yang saya kongsikan sebelum ini di SINI. Doa yang paling afhdal adalah doa memohon keampunan dari dosa dosa. Tak tahu bagaimana nak berdoa memohon keampunan. Jom kita baca apa yang dikongsi oleh Ustaz Jafri dalam video beliau. Kalau kita ikut, cakap sambil membayangkan apa yang dicakap, pasti airmata kita akan mengalir dengan penuh keinsafan. 

Mula mula bayangkan saat kita hendak mati. Jadi mohon meminta segala urusan kematian dipermudahkan. Minta supaya mati yang baik. Waktu mati di jauhi dari fitnah. Supaya dapat Mengucap dua kalimah syahqdah. Mohon supaya mati waktu sedang dalam ibadah. Juga minta supaya mati dalam husnul khatimah.

Kemudian kita membayangkan pula, saat dimasukkan ke dalam kubur. Saat berada di alam barzah. Mohon supaya dijadi kubur dari taman taman syurga. Jangan jadi lubang dari api neraka. Ya Allah, aku takut berada dalam kegelapan. Aku takut sempitnya kubur. Nampakkan lah daku akan taman syurga. 

Kemudian beralih pula ketika dibangkitkan dari kubur dan dibawa ke padang Mahsyar, Bayangkan ketika di Padang Mahsyar dengan matahari sejengkal di atas kepala dengan peluh yang membanjiri hampir paras hidung. Ianya untuk menginsafkan kita. Jadi kita berdoa agar mendapat berada di bawah perlindungan arasy Allah. Berilah suratan amal ku dari tangan kanan. Beratkan lah timbangan aku di tangan kanan. Jangan siksa aku, Ya Allah. Jangan lah Engkau tayang dosa dosa aku. Padamkan lah dosa aku dalam kitab Amal. Tutupkan lah aib aku dulu di padang masyhar. Jangan lah ditayang aib aku di padang mahsyar. Jadikan aku golongan yang masuk syurga tanpa hisab, Ya Allah. 

Yang kedua akhir ialah membayangkan kita akan melintas titian sirat yang terletak di bawahnya adalah api neraka. Jadi kita berdoa permudahkan lah aku melintas titian sirat, Ya Allah. Tolong lah aku ketika melintas. Percepatkan aku melintas titian sirat sepantas kilat, Ya Allah.

Dan yang akhir ialah memohon syurga. Mohon syurga. Ya Allah, kurniakan lah aku syurga firdaus supaya aku dapat bersama baginda Rasulullah. Jauhilah aku dari neraka Mu Ya Allah. Sepanjang penerbangan mengerjakan umrah sehingga tertidur, saya berdoa seperti yang Ustaz Jafri ajar di atas ini. Itulah antara yang saya dapat kongsikan kali ini. Semoga bermanafaat.

Sup Ikan Kurau Untuk Wanita Dalam Pantang
Sebetulnya saya tidak pernah beli ikan kurau segar. Hanya ikan kurau masin sahaja, yang telah dijadikan ikan kering. Inilah kali pertama selepas diberitahu bahawa ikan ini sangat bagus untuk wanita dalam pantang. Ianya bagus untuk menyembuhkan luka rahim.

Itu kata penjual ikan di Pasar Taman Tun. Katanya dia banyak membekalkan ikan ini pada orang Cina yang sedang dalam pantang. Jadi saya beli dua keping. Harganya pun boleh tahan, 2 keping berharga RM36. Isi ikannya lembut sangat. 

Jom layan resepi di bawah ini. Juga jangan lupa subscribe Azie Kitchen youtube channel untuk melihat video penyediaannya di SINI.

Sup Ikan Kurau Untuk Wanita Dalam Pantang

Sup Ikan Kurau

Bahan bahan:
1 keping ikan kurau
3 ulas bawang merah - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
1 inci halia - hiris
1 sudu besar lada hitam - tumbuk kasar
2 batang kayu manis
Daun sup
Garam

Cara cara:
Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang bawang dan halia sehingga kekuningan. Masukkan air secukupnya.

Sup Ikan Kurau Untuk Wanita Dalam Pantang

Biarkan sehingga mendidih, baru dimasukkan ikan. Masukkan lada hitam dan garam secukupnya.

Sup Ikan Kurau Untuk Wanita Dalam Pantang

Sup Ikan Kurau Untuk Wanita Dalam Pantang

Akhir sekali, taburkan daun sup dan tutup api.

Sup Ikan Kurau Untuk Wanita Dalam Pantang

Sup Ikan Kurau Untuk Wanita Dalam Pantang


2 ulasan:

  1. Semua menu pantang yg sedap ya puan,boleh sy buat..lagipun sy masih dlm pantang miscarriage..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pantang miscarriage pun sama dg pantang bersalin.

      Padam

Add your comment
EmoticonEmoticon