Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Persiapan London Marathon 2026




Boleh klik entri 2026 London Marathon pada 26 April 2026 di SINI. Pada 24 April, saya dan Aween tak keluar seperti biasa kerana ikut Nana untuk mengambil barang untuk penyertaan dalam London Marathon. Kami naik Jubliee line dan turun di Canary Wharf sebelum mengambil Elizabeth line untuk ke Excel.




Saya melihat betapa terujanya Nana selepas selesai pendaftaran dan mendapat nombor bib.






Nana dan Aween mencari barang barang keperluan seperti Jaket rasmi TCS London Marathon dan peralatan lain. Kemudian mencari nama untuk bergambar. 




Kami kemudian berjalan dan singgah di booth Volta Pro jenama Malaysia di situ. 




Nana kemudian mengambil vest VICTA di mana Nana juga berlari bagi mengutip dana kebajikan untuk membantu anak anak yang mengalami kebutaan atau separa buta pengelihatan. 





Semasa dalam perjalanan balik saya dan Aween singgah di London Bridge untuk ke Five Guys. Saya memang suka makam kacang tanah di situ. Selepas itu bergambar di hadapan Tower Bridge. 



Catat Ulasan for "Persiapan London Marathon 2026"