Ikan Tiga Rasa Dan Bab Tanda Kiamat
Saya ingin kongsikan petikan video dari Tokku Pasir Gudang berkenaan tanda kiamat yang ke 70 ialah berlaku tolak menolak dalam menjadi iman. Boleh klik tanda sebelum ini di SINI. Hadis Rasulullah mengatakan ahli masjid tolak menolak sehingga tiada imam yang boleh memimpin mereka. Ianya berkaitan dengan kejahilan. Ulamak dinafikan untuk berada di masjid, untuk mengajar.
Pemerintah menetapkan orang tertentu untuk jadi imam dan dibayar gaji. Bila dia tak hadir orang lain tak boleh jadi imam. Siapa nak azan. Masjid jadi perhiasan. AJK dilantik dan dibayar gaji. Masjid jadi tempat fitnah. Ini Rasulullah sebut sebagai tanda kiamat. Apa akan berlaku bila masjid tidak dijaga, kita tidak dapat melahirkan orang yang alim. Seorang ulamak hebat berada di masjid bukan berada di universiti. Kejahilan menjadi penyakit kanser.
Tanda ke 71 ialah mimpi orang beriman semuanya benar. Disebut dalam hadis Nabi bila hampir kiamat, mimpi orang Islam tidak ada yang bohong. Satu juzuk dari 45 tanda kenabian. Mimpi benar khabar gembira dari Allah. Siapa melihat mimpi yang kita tak suka, buka mata meludah sebelah kiri dan bangun supaya mimpi terputus dan jangan beritahu sesiapa. Manusia punya persepsi macam macam. Tidur dalam keadaan kita ingat Allah, zikir sehingga kita tertidur. Bukan tertidur dalam keadaan sedang mengumpat. Mimpi orang beriman tidak ada yang bersifat bohong lagi yang menjaga percakapan dengan manusia.
Tanda yang ke 72 ialah banyaknya bohong. Orang beriman ada semua sifat, penakut, kedekut dsb . Tapi ada 2 sifat yang tidak patut ada pada orang beriman ialah khianat dan bohong. Di antara tanda kiamat munculnya pembohong. Istilah scammer luar biasa hari ini, keldai dadah dan belum lagi pembohong politik yang hari ini janji lain, buat lain.
Sebahagian orang politik ni ramai sakit jiwa, cakap lain buat lain. Dia tak ingat pun apa dia cakap. Sebelum PRU kena buat medical check up untuk check ingatan. Bila naik jer terus membela diri bukan lagi membela rakyat. Rakyat macam kita ditipu dengan berharap harga barang turun, harap PTPTN dihapuskan seperti yang dijanjikan dalam kempen pilihanraya. Tapi mereka tidak melaksanakannya selepas mendapat kuasa memerintah. Wujud penipuan berskala besar tanpa segan silu.
Tanda kiamat yang ke 73 wujud nya bermasam muka antara masyarakat. Kita tak percaya orang, susah nak tengok orang senang, susah nak tegur, nak bagi salam, susah nak bergaul atau jawab salam. susah nak tidur walaupun duit banyak. Maka manusia mula terkena penyakit tak peduli orang, dah mati adab kejiranan. Ikut suka dia lah. Adab persahabatan aku aku, tak nak bertegur sapa. Tak nak ke surau berdekatan. Pergi kerja balik kerja sahaja. Kata Nabi hampir seorang tak kenal seorang
Tanda kiamat yang ke74 banyak berlaku gempa bumi, umat umat ku Allah mengganti dengan hukuman di dunia seperti gempa bumi. Tidak akan berlaku kiamat sehingga berlaku tanah runtuh dan gempa bumi terutamanya tempat yang mustahil berlaku gempa bumi. Tempat yang kita tak pernah sangka. Apa lagi yang kita boleh harap, banjir besar di Acheh seperti tsunami yang menghanyutkan balak besar. Malapetaka merupakan tanda kiamat. Dunia bukan tempat kita tinggal. Kita bersama dengan ujian sekarang.
Tanda kiamat yang ke 75 dan ke 76 ialah ramainya wanita dan sedikitnya lelaki. Lelaki ramai mati dan yang tinggal hanya wanita sehingga 50 orang wanita dijaga oleh seorang lelaki. Perang mengorbankan ramai lelaki. Akhir zaman berlaku banyak perang. Wanita hilang tempat bergantung jadi terpaksa keluar bekerja. Bukan pilihan. Kalau sekarang wanita bekerja kerana pilihan. Wanita lebih panjang umur dari lelaki yang suka dibebel oleh isteri.
Antara tanda kiamat ke 77 ialah berlakunya zina yang berleluasa dilakukan secara berdepan dan secara terang terangan. Tidak akan berlaku kiamat sehingga hamba tidak lagi berpegang pada agama. Seorang berzina di tengah jalan. Tidak ada lagi orang yang nak mencegah zina. Tidak ada lagi yang nak menegur sebaliknya akan berkata, kalau nak berzina jangan lah di tengah jalan tapi ketepi lah sedikit. Menunjukkan bahawa zina berlaku terang terangan dan boleh pula ditentukan hari ni nak zina dengan siapa dan di mana. Setakat ini dahulu, semog. a kita membuat persediaan.
Saya sebenarnya suka makan ikan kalau yang digoreng garing jer. Kalau masak berkuah macam ni, tak lah gemar sangat. Tapi sebab Nana suka ikan masak 3 rasa, jadi saya sediakan jer. Nak lagi sedap, letak nenas. Tak ada nenas segar, boleh letak nenas dalam tin. Tapi saya dua dua tak ada.
Saya paling miss di London ini ialah ikan segar di Malaysia seperti iakn tenggiri, ikan kembung, ikan pari dsb. Kat sini, saya memang tak jumpa lagi ikan ikan ni. Hari tu, ada jumpa ikan merah tapi di sini, ikannya macam pelik sikit rupanya. Ikan pun tak segar mana walaupun namanya fresh fish. Yang banyak kat sini ialah ikan salmon dan ikan mackerel.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba semua…
Ikan Tiga Rasa
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
1 ekor ikan bawal
Garam
Serbuk kunyit
Serbuk pati ayam
Bahan hiris:
5 ulas bawang putih
1 biji bawang Holland
1 biji buah tomato
1 biji cili merah
5-6 biji cili padi
Nenas
Bahan Perasa:
1 sudu besar cili kisar
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil gula
Sedikit perasa
Garam - jika perlu
Bahan lain:
Daun ketumbar
Cara cara:
Lumur ikan dengan bahan di atas dan goreng sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
Menggunakan minyak sama, tumis bahan hiris sehingga layu, masukkan cili kisar. Tumis sehingga cili masak.
Masukkan bahan perasa dan sedikit air. Kacau rata.
Akhir sekali, masukkan daun ketumbar. Nota: saya letak batang saderi dan daun bawang sebab tiada stock daun ketumbar.
Tuang bahan tumis ke atas ikan goremg. Sedia untuk dihidangkan.



Catat Ulasan for "Ikan Tiga Rasa Dan Bab Tanda Kiamat"
Add your comment