Asam Pedas Melaka Ikan Pari Dan Tanda Kiamat
Hari ini saya ingin kongsikan tanda tanda kiamat petikan dari video Tokku Pasir Gudang. Tanda kiamat yang ke 68 ialah dekatnya pasar. Tanda kiamat yang disebut ulamak maksud pasar berdekatan ada 3 makna. Pertama, pengetahuan mengenai harga barang sebelum kita ke pasar. Hari ini kita dah tahu harga terlebih dahulu samada naik atau turun dengan cepat tanpa kita perlu pergi ke pasar terlebih dahulu, kedua maksudnya ialah cepatnya untuk kita ke pasar kerana adanya kenderaan yang moden. Cepat jer sampai sebab ada pengangkutan yang mudah kita ke pasar.
Ketiga, memang pasar itu begitu berdekatan. Harga nya berdekatan antara satu kedai dengan kedai lain. Pendapat jelas untk menunjukkan kenderaan baru dan sistem bandar yang baru. Kalau dulu nak jamak qasar kena keluar dari bandar. Tapi seakrang taman perumahan itu sendiri sudah seperti bandar yang menpunyai pelbagai kemudahan asas seperti bank, pos, hardware dsb. Ini juga tanda kiamat iaitu manusia sibuk dengan kerjaya dan perniagaan.
Tanda kiamat yang ke 69 umat Islam akan diratah di mana mana pun. Hadis Nabi menyebut, hampirlah kamu umat lain mengeliling kamu sebagaimana tukang makan mengelilingi makanannya. Bila ditanya pada Rasulullah, adakah kita sedikit sehingga dikelilingi orang ramai. Rasulullah menjawab, kamu ramai tapi kamu seperti buih. Kamu ramai tapi tak kuat. Musuh kamu tak lagi takut kepada kamu.
Kamu ditimpa pula penyakit wahan iaitu cinta dunia dan takut mati. Padaha mita diajar cinta akhirat dan berani mati. Mati kita bererti bertemu Allah, mati kita bererti masuk syurga. Mati bagi orang beriman bererti rehat tapi kita takut untuk mati. Seolah olah kita rasa hidup di dunia lebih hebat dari mati. Hidup di dunia, apa yang hebatnya. Banyak larangan, banyak ujian, kita tak ada apa apa pun. Beli rumah kena bayar cukai tanah, kena bayar cukai pintu. Beli kereta kena bayar lesen, kena bayar road tax dsb. Mana yang milik kita? Urusan dunia adalah satu benda yang tak pernah habis dari kepenatan.
Orang kafir tak ada alternatif, mereka cuma ada dunia. Ilmu mereka setakat situ sahaja. Mereka cuma tahu kehidupan dunia, tak tahu ada kehidupan akhirat. Kita orang beriman, kita tahu kehidupan akhirat. Mati kita adalah perpindahan alam abadi yang lebih baik. Sehingga Rasulullah kata bila mati orang beriman sahabat kita yang meninggal telah berehat dari kepenatan dunia. Kita masih bergelut dengan kepenatan dunia. Sepatutnya orang beriman tak takut akan mati.
Rasulullah menceritakan tanda kiamat adalah umat Islam akan diratah. Kita dapat melihat dengan jelas bila jatuhnya kerajaan Islam. Kerajaan Islam yang lemah kemudian membentuk kekuatan di Kota Madinah sehingga menjadi ketakutan pada orang kafir. Tapi ianya mula berubah, jatuhnya kerajan Utthmaniyah sekitar tahun 24 dan mereka rekrut orang Islam untuk meruntuh Islam dari dalam.
Datang tokoh tertentu untuk mengekang pengaruh Islam. Umat Islam di jajah seperti Libya dijajah oleh Itali, Algeria dijajah Peranchis 1932-1962. Morocco oleh Peranchis dan Itali di mana merdeka tahun 1956. Tunisia dijajah oleh Peranchis. Banyak negara Islam dijajah oleh orang kafir. Iraq dijajah oleh Britain. Palestine dijajah dan kemudian diberi kepada Yahudi pada tahun 1947. Mereka meratah dengan mudah tanpa perlawanan.
Kita di Malaysia dijajah oleh Portugis dan kemudian Belanda. Kemudian 1945 datang pula Britain, Jepun. Umat Islam diambil satu persatu tanpa perlawanan. Akhirya apa yang disebut oleh Rasulullah ialah musuh tidak lagi takutkan Islam dan orang Islam pula cintakan dunia. Akhirnya penguasa sanggup melepaskan untuk mendapat bayaran tertentu. Ini juga yang terjadi di Palestine. Kalau ada perlawanan, hanya lah gigitan semut yang tidak sakit.
Kem tentera Amerika di Timur Tengah cukup banyak untuk memperkukuhkan pengaruh kerana pemimpin boleh dibeli. Amerika proksi Yahudi. Semua takut dan akur selepas diugut dengan cukai oleh Amerika sahaja. Semua terpaksa menerima kunjungan Donald Trumph. Tak ada win win dengan orang kafir, kita hanya melukut di tepi gantang. Ini senario yang disebut oleh Rasulullah. Setakat ini dahulu, semoga bermanafaat untuk kita membuat persediaan.
Resepi yang saya ingin kongsikan hari ini ialah asam pedas Melaka tapi kali ini menggunakan ikan pari. Sangat sedap ikan pari ini. Selain segar, ianya juga lembut. Ada jenis ikan pari yang keras dan akan menggeleding bila dimasak. Yang tu, tak sedap. Boleh klik entri yang saya buat sebelum ini di SINI.
Jom layan resepi yang saya gunakan hari ini di bawah ini. Jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba...
Asam Pedas Melaka Ikan Pari
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
1 kg ikan pari
4 ulas bawang putih - ketuk pecah
30-50 gram + 200 ml
1 batang serai
Daun kesum
10 batang daun bendi
1 ½ - 2 sudu kecil garam kasar
450 ml air
¾ cawan minyak
Bahan tumbuk:
10 biji bawang merah
4 sudu besar cili kering kisar
1 inci kunyit hidup
2-3 biji buah keras
Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan serai hingga wangi. Masukkan bahan kisar dan tumis sehingga garing. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga benar benar garing dan terbit minyak.
Masukkan sedikit garam dan air asam jawa. Kacau rata. Masukkan separuh dari daun kesum.
Masukkan air dan setelah mendidih, masukkan ikan. Masukkan air secukupnya. Masukkan baki garam dan kacau rata.
Setelah mendidih dan ikan masak, masukkan kacang bendi dan baki daun kesum. Sesuaikan rasa dan bolehlah ditutup api.




Catat Ulasan for "Asam Pedas Melaka Ikan Pari Dan Tanda Kiamat "
Add your comment