Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Shopping di Oxford Street Dan Tower Bridge Lift Up



Kalau sebelum ini kami keluar ke Oxford Street, bawa Ammar dan Aliya sekali, kali ini kami keluar berdua sahaja untuk shopping buat diri sendiri pula. Saya kalau nak beli apa apa, memang Nelly kena ada kerana biasanya dia akan memilih baju atau apa apa sahaja untuk saya.

Kami naik bas nbr 1 dari Reverdy Road dan tukar bas di Lancaster Place, untuk turun depan Selfridges. Kami masuk ke Selfridges untuk cari foundation saya yang dah kehabisan. Biasa saya pakai baby cushion Estee Lauder tapi di sini tiada dijual. Jadi Nelly belikan saya foundation Dior. Harganya 52.00 dan katanya lebih sesuai untuk kulit muka kering seperti saya.


Kemudian kami berjalan ke Zara dan Primark Marble Arch. Secara jujur saya tidak pernah beli baju di Primark sebelum ini. Dulu beli ketika datang ke sini dalam cuaca yang sangat panas dan saya pula tak bawa baju yang sesuai. Jadi Nelly belikan lah 2 helai kemeja untuk saya. Kalau saya sendiri, memang tak pernah. Biasa baju saya dari Zara atau UniQlo tapi sekarang saya rasa kenalah berubah. Lagi pun saya nak cari baju kemeja. Bila masuk ke Primark, dan tengok harga memang murah sedikit. Oleh kerana ada banyak kemeja di sini, jadi saya belilah sehelai dua.

Selepas shopping, kami ambil bas 98 untuk ke The District Food di Edgeware Road untuk makan wagyu burger di Flip & Sear. 


Selepas makan, kami berjalan kaki untuk balik. Kata Nelly dah makan, kena berjalan lah sedikit bagi burnt some of the lemak. Kami berjalan ke George Street dan mengambil bas 139 untuk balik ke Waterloo. Kemudian tukar bas 1 ke St James market. 



Petang hari hujan tapi kami memang dah bercadang untuk ke Tower bridge untuk melihat Tower Bridge Lift up pukul 6.45 petang. Sebaik hujan berhenti saya dan Nelly bersiap dan berjalan untuk ambil bas 381 dan turun di Unicorn Theatre. Nana dan Alain naik basikal. 


Sebaik sampai kami terpaksa berlari untuk melihat momen ketika tower bridge mulai dinaikkan. Bila sampai, dah pun naik perlahan lahan tapi sempat lah melihat ianya diangkat sepenuhnya sebelum kapal lalu di bawahnya. Kemudian turun kembali ke posisi asal.




Selepas bergambar kami balik dengan bas kerana hujan pun dah mula turun rintik rintik. Ammar dan Aliya nak ikut naik bas dengan kami. Singgah beli minuman di local market sebelah train station. 

Balik makan malam dengan lauk sup tulang yang saya masak dan telur dadar. Boleh tengok resipi di SINI. Sedap tak boleh nak cerita. Seperti biasa, memasak dengan apa apa bahan tersedia jer. Yang penting sedap kerana daging dan tulang di sini segar. Air rebusan daging pun dah terasa sangat sedap walaupun tak guna rempah sup. 




Catat Ulasan for "Shopping di Oxford Street Dan Tower Bridge Lift Up"