Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sup Tulang Simple Dan Sedap



Satu perkara yang buat saya rasa sedih ialah bila mendengar Nellisa menyebut rindu nak makan homemade food. Bila saya tiada, mereka semua terpaksa order makanan kerana memang tak sempat untuk memasak. Pagi pagi hari dah keluar rumah dan lewat petang baru sampai rumah.

Semasa balik dari Oxford Street dengan Aliya dan Ammar, kami singgah di St James Market untuk beli daging dan tulang. Sejak di UK, ini kali pertama saya beli tulang lembu. Harga dalam £10 sekilo. OK lan kan. Dapat satu periuk besar juga. 



Saya perasan daging di UK ni sedap dan lembut sahaja. Tak perlu masak lama lama pun. Rasanya mereka menggunakan daging muda. Kalau daging kat tempat kita kena masak at least 1 jam untuk bagi empuk. 

Kalau kita beli di kedai menjual daging halal, stock pun tak banyak. Biasanya mereka akan ada sjil halal digantung untuk kita semak. Jadi mereka tak simpan stock, stock yang ada adalah stock baru. 

Sup tulang saya hari ni pun sangat sedap. Setiap kali dipanaskan, akan bau semerbak. Walhalnya sup saya hari ni terpaling simple. Guna sup bunjut sahaja. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba…


Sup Tulang Simple
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 kg tulang lembu

Bahan kisar:
1 biji bawang Holland - saiz sederhana
4-5 ulas bawang putih

Bahan tumis:
1/2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia 
1 sup bunjut
1 batang kayu manis/rempah 3 sekawan 

Bahan lain:
Garam
Serbuk perasa
Daun bawang
Bawang goreng

Cara cara:
Rebus tulang sehingga empuk. Masukkan bahan kisar dan masak lagi sehingga sebati rasanya.

Masukkan garam dan serbuk perasa.

Di dalam kuali lain, panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan tumis sehingga bawang keperangan. Tuang semua sekali ke dalam sup. 

Akhir sekali, masukkan daun bawang dan bawang goreng. Nota: bawang goreng boleh juga ditabur masa dihidangkan. 




Selamat menjamu selera...


Catat Ulasan for "Sup Tulang Simple Dan Sedap "