Minum Petang Di Canterbury
Selepas selesai Canterbury River Punting di SINI, kami bergegas ke rumah Dr Syazwani yang mengambil masa lebih kurang 5 minit dari sini. Mereka menjemput kami untuk singgah minum petang. Sesampai di rumah Syaz dan keluarganya, saya terus terpikat akan rekabentuk rumah dan suasana laman rumah dengan dekorasi English. Di tepi rumahnya terdapat pokok blueberries yang tengah lebat berputik.
Secara jujur, Canterbury sangat cantik dan saya tidak kisah untuk menetap di sini jika bersama keluarga. Tapi pasti ia tidak mungkin terjadi setelah anak anak besar dan telah menpunyai kerjaya di Malaysia. Saya pulak mahu tinggal berdekatan dengan keluarga. Kalau tidak lama, OK jer. Tapi kalau untuk menetap, tidak mungkin lah. Jadi impian akan kekal sebagai impian sahaja.
Bila melangklah masuk, saya terus terpikat dengan dekorasi English di rumah Syaz dengan sofa dan perabut yang simple dan minimalis. Pemilihan warna terus membuatkan saya merasa "at home". Best kalau dapat relax santai dan dalam masa sama berkomunikasi dengan alam menghijau di belakang rumah.
Ketika kami sampai, Dr Ismatul dan keluarganya yang telah menetap di UK selama 16 tahun kalau tak silap, juga ada di rumah Syaz. Mereka telah memiliki rumah sendiri di Canterbury. Mereka menjemput kami untuk singgah di rumah mereka tapi sebab kekangan masa, tak dapat pergi kali ini. Insya Allah jika kami diberikan peluang untuk ke sana lagi, kami akan singgah di rumah Is.
Tidak lama kemudian, Puan Azlina juga sampai. Ianya satu kejutan buat saya kerana tidak mengetahui langsung dia akan datang ke sini. Saya diberitahu tidak ramai keluarga Malaysia di Canterbury, jadi hubungan dan ukhwah sesama mereka sangat rapat.
Syaz juga menunjukkan kepada kami bilik tidur siap dengan bilik air untuk ibubapa dan sahabat handai yang datang berkunjung dan bermalam di Canterbury. Bilik yang terletak di bangunan tepi rumah memberikan ruang dan privacy kepada tetamu.
Teringat pada seorang sahabat saya yang ketika membina rumah, telah menyediakan bilik khas untuk ibubapa mereka yang akan datang ke rumah mereka. Sungguhnya anak anak yang mengutamakan ibubapa dalam apa jua urusan, adalah anak anak yang soleh dan solehah. Mereka sanggup menghabiskan duit yang banyak demi ibubapa. Niat untuk berbuat kebaikan pun, telah diberikan ganjaran pahala. `
Syaz menyediakan laksa Sarawak dan kek serta kuih muih sebagai hidangan petang. Saya memilih kuih muih seperti kek red velvet, soft chocolate cookies dan buah buahan. Tidak lupa Syaz juga menghidangkan untuk saya, Spaghetti Bolognese menggunakan herba yang dipetik dari taman keliling rumah mereka.
Spaghetti yang menggunakan wheat, kalau tak silap saya. Rasa dan teksturnya berbeza berbanding dengan spaghetti biasa. Ianya kaya dengan kandungan fiber dan lebih nutrisi.
Kami tidak lama di sini kerana perlu bergegas balik ke London kerana keesokannya Nana bekerja. Jadi memberi masa rehat yang cukup supaya tidak kepenatan. Itu pun kami terlewat sampai kerana terpaksa mencari tempat untuk charge kereta elektrik. Kami sampai rumah lebih kurang pukul 10.00 malam.
Alhamdulillah, nikmat apa lagi yang hendak engkau dustakan dengan pelbagai peluang yang telah Allah berikan. Peluang melihat muka bumi cantik di tempat yang jauh berbeza dengan negara kelahiran, berpeluang mengenali sesama warga Malaysia di luar negara yang semuanya baik baik. Alhamdulillah masih diberikan rezeki dan kesihatan yang baik untuk menikmati semua ini.
Dengan ini berakhirlah day road trip percutian kami ke Canterbury. Pastinya terima kasih kepada anakanda saya, Dr Nana Ain yang telah menrealisasikan semua impian saya di sini. Lebih nikmat, bila saya tidak perlu mengeluarkan apa apa perbelanjaan seperti yang biasa berlaku bila percutian keluarga. Boleh klik di SINI untuk entri pertama memetik buah cherry di ladang di Kent.
Catat Ulasan for "Minum Petang Di Canterbury"
Add your comment