Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Canterbury River Punting




Alhamdulillah, kita bersua lagi untuk perjalanan kami ke Kent. Ini adalah dikira percutian pertama kami luar dari London. Boleh klik entri memetik buah cherry sebelum ini di SINI. Dari ladang cherry, kami bertolak ke rumah Puan Azlina di Canterbury yang mengambil masa 50 minit perjalanan. Sepanjang jalan, kelihatan ladang ladang luas di kiri kanan. Pemandangan country side yang sangat cantik. 

Rumah Puan Azlina terletak dalam perkampungan English yang kita biasa tengok dalam cerita cerita English zaman dulu. Rumah sebuah yang perlu melalui taman luas dengan rumput menghijau dan pokok pokok buah di kiri kanannya. Sepanjang pintu masuk juga disambut dengan pokok cherry blossom yang berbunga setiap bulan April. 







Namun sayang sekali, demi menghormati tuan rumah, saya tidak dapat kongsikan gambar gambar rumah mereka di sini. Rumah English pertama yang saya kunjungi yang keluasan yang selesa seperti keluasan rumah kita di Malaysia. Biasanya rumah di sini kecil kecil dengan ruang tamu kecil, bilik tidur kecil dan bilik air pun kecil sahaja.

Kami dijamu dengan masakan Melayu yang sedap sedap semuanya. Juga disediakan sup daging yang sedap kerana menggunakan daging brisket yang segar. Yang membuat saya terharu ialah Puan Azlina dan suami suka dengan bawang goreng premium Azie Kitchen yang dimakan dengan sup. 



Destinasi kami selepas makan dan menumpang solat di sini ialah untuk aktiviti river punting. Kami tak dapat lama di rumah Puan Azlina kerana Nana telah book tiket secara online. Canterbury punting  adalah juga antara aktiviti yang berada dalam wishlist saya. Alhamdulillah akhirnya ia menjadi kenyataan bersama anak menantu dan cucu cucu saya.  

River punting ini juga dikenali sebagai Canterbury river stour yang bermaksud "stirring" atau "moving" yang mana sungai Kent mengalir melalui Canterbury kemudian berpecah melalui beberapa cabang sungai dan bertemu semula sebelum menghampiri Fordwich. Zaman dahulu, River Stour merupakan pengangkutan utama yang menghubungkan Canterbury dengan bandar bandar utama di Eropah. Malah kami diberitahu bahawa Canterbury adalah lebih tua usianya dari bandar London sendiri. 

Ada 2 jenis tour yang disediakan di mana satunya ialah guided tour di mana boatman akan memberi penerangan tentang sejarah sepanjang perjalanan dengan boat. Kami mengambil tour tanpa guide dengan bayaran sebanyak £101 untuk 3 dewasa dan 1 kanak kanak. Tapi kami bernasib baik kerana Boatman kami telah sudi untuk memberikan serba sedikit penerangan kepada kami. 



Melihat air sungai yang jernih sehingga kita dapat melihat sehingga ke dasar sungai. Dasar berpasir dan rasanya tidak begitu dalam. Ada anak anak ikan tapi tak banyak. Sayang sekali kerana dengan kejernihan air sungai, sepatut lebih banyak ikan berenang renang di situ. Banyak itik dan angsa yang juga berenang riang di sepanjang perjalanan. 




Aliran sungai kemudian membawa kita masuk ke terusan manmade yang di kiri kanan adalah bangunan termasuk rumah, kedai dan juga gereja di tengah bandar. 


Boat kita juga akan melalui bawah jambatan dan terowong di mana boatman kena duduk menunduk ketika berkayuh di bawahnya. Boatman kami juga sangat ramah dan berkongsi sejarah tempat yang kami lalui walaupun kami tidak mengambil guided tour.

Perjalanan yang sangat santai ini  mengambil masa selama 40-45 minit dan menyusuri bawah jambatan yang di atas nya terdapat  sarang labah labah yang berusia beratus tahun.


Yang paling membuat saya teruja ialah bila melihat adanya pokok pokok epal yang lebat berbuah menyusuri sungai. Hati teruja dan rasa macam nak pergi menghampiri pokok pokok tersebut. Di sepanjang sungai dan terusan juga banyak pokok blackberries liar yang sedang berbuah. 


Boatman kami bertanya kalau kami ingin memetiknya. Hahaha apa lagi, pucuk dicita ulam mendatang lah. Saya sempat memetik beberapa biji wild blackberries yang telah masak. Pokoknya berduri, jadi tidak mudah untuk memetiknya. Saya basuh dan terus makan. Hmm nikmat nyer dapat makan buah yang baru dipetik segar.   


Serious seronok menyusuri sungai dengan air yang jernih ini sehingga Ammar bertanya bila boleh datang lagi. Hahaha belum pun selesai menaiki boat, dia dah nak datang lagi. Teringat pulak, geng JJCM kami. Kalau naik bersama mereka, mestilah riuh rendah dengan usik usikan dan sessi bergambar seperti pengalaman naik boat semasa bercuti di Hanoi baru baru ini. 

Bila dah satu famili, tak adalah gambar kami dalam boat penuh di tengah sungai seperti yang kita tengok gambar cantik dalam internet.  Itu pun gilir gilir lah ambil gambar macam dalam gambar gambar di bawah.






Selepas selesai river punting, kami bergambar di tepi sungai yang cantik dengan pokok bunga berwarna warni. 



Saya  merasa sangat beryukur kerana berpeluang untuk menikmati percutian terpilih seperti ini. Untuk saya, terutama di UK, percutian bukan lagi sesuatu yang saya inginkan. Saya lebih mahukan percutian santai yang tidak memenatkan bersama keluarga atau bersama sahabat baik. Setakat ini dahulu, nantikan entri seterusnya perjalanan kami ke Canterbury.
 


Catat Ulasan for "Canterbury River Punting"